Penyanyi Iman Troye menjelaskan video yang dikongsikan menerusi salah satu perkongsian menerusi platform TikTok pada 1 Syawal lalu bukanlah gimik demi meraih perhatian.

Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin, 22, berkata dia berkongsi mengenai situasi yang mungkin boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

“Saya hanya kongsi perkara random yang dirasakan berkaitan dengan diri sendiri atau orang sekeliling. Saya juga seperti orang lain yang bercinta dan putus cinta.

“Apa yang saya kongsikan sebelum ini bukanlah gimik atau sengaja mahu tarik perhatian ramai,” katanya ketika majlis Raikan Keputusan SPM anjuran pusat tuisyen PTTI, baru-baru ini.

Untuk rekod, Iman yang juga penuntut Diploma Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ialah duta serta ikon bagi institusi pembelajaran berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Terdahulu hantaran yang dikongsikan Iman dengan berlatar belakangkan lagu Ariana Grande berjudul We Can’t Be Friends (Wait For Your Love) dengan kapsyen ‘Day 1 kena tinggal sis’ mencuri perhatian ramai.

Berkongsi mengenai perkembangan seninya pula, Iman bakal melancarkan lagu baharu berjudul Kemboja.

“Saya membuat keputusan untuk tangguh dahulu pengajian satu semester dalam jurusan yang saya ambil sekarang demi nak fokus terhadap lagu baharu ini.

IKLAN

“Insya-Allah, saya akan sambung semula pengajian selepas berjaya capai yang saya mahukan tahun ini.

“Sebelum ini pun saya ambil masa untuk tampil dengan lagu baru kerana tidak mahu terlalu terburu-buru dan memandangkan kena bersaing dengan ramai artis, jadi saya lebih pendekatan untuk lebih bertenang,” katanya lagi.

Iman Troye Jelaskan Video ‘Day 1 Kena Tinggal Sis’ Bukan Gimik, Kini Tangguh Pengajian Sebab Nak Fokus Lagu Baru Iman Troye Jelaskan Video ‘Day 1 Kena Tinggal Sis’ Bukan Gimik, Kini Tangguh Pengajian Sebab Nak Fokus Lagu BaruIman Troye Jelaskan Video ‘Day 1 Kena Tinggal Sis’ Bukan Gimik, Kini Tangguh Pengajian Sebab Nak Fokus Lagu Baru Iman Troye Jelaskan Video ‘Day 1 Kena Tinggal Sis’ Bukan Gimik, Kini Tangguh Pengajian Sebab Nak Fokus Lagu Baru Iman Troye Jelaskan Video ‘Day 1 Kena Tinggal Sis’ Bukan Gimik, Kini Tangguh Pengajian Sebab Nak Fokus Lagu Baru

Dalam perkembangan lain, PTTI telah melancarkan insentif khas buat calon SPM 2024 berupa ganjaran wang RM500.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa Cikgu Fana berkata, insentif itu bagi meningkatkan motivasi pelajar SPM 2024 dalam mencapai keputusan cemerlang.

IKLAN

“Insentif ini diberikan kepada pelajar SPM 2024 yang bakal mengambil SPM tahun ini. Ini adalah inisiatif khas yang PTTI buat untuk memberi ganjaran kepada pelajar SPM 2024 untuk meningkatkan motivasi mereka agar mendapat keputusan yang berjaya dan cemerlang.

“Ganjaran daripada PTTI berupa RM500 kepada setiap pelajar kita yang mendapat ‘straight’ A dalam SPM 2024. Inisiatif ini ditaja oleh Yayasan PTTI.

“Diharapkan insentif ini lebih memotivasi dan galakan penuh kepada pelajar PTTI yang bakal menduduki SPM tahun ini. Sejujurnya, saya juga teruja apabila lebih ramai lagi pelajar kita yang mendapat keputusan cemerlang,” katanya.

Selain itu, PTTI turut melancarkan peraduan PTTI Better Results yang mana menawarkan kereta Perodua Axia.

IKLAN

Tambahnya, peraduan itu terbuka kepada pelajar PTTI yang mengambil SPM tahun ini dengan mengajak lebih ramai rakan mereka untuk belajar di PTTI.

“Menerusi peraduan ini kita menawarkan hadiah utama iaitu kereta Perodua Axia yang mana diberikan kepada pelajar PTTI yang mengajak kawan paling ramai untuk sama-sama belajar dan berjaya dalam SPM 2024.

“Penyertaan bagi peraduan ini kita sudah buka sejak 25 Mei lalu dan pemenang akan diumumkan pada Jun ini,” katanya lagi

Pada majlis sama, PTTI turut meraikan pelajar SPM 2023 yang baharu saja mendapat keputusan SPM mereka yang diumumkan pada 27 Mei 2024 lalu.

Dianggarkan hampir 300 pelajar PTTI yang menduduki SPM 2023 diraikan dengan keputusan masing-masing.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI