Setelah dua tahun berjauhan, pelawak, Vicha Saywho akhirnya bakal menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersama anak-anaknya yang baru sahaja tiba daripada Indonesia.

Menurut Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, dia amat bersyukur selepas akhirnya dia diberikan kesempatan untuk bertemu semula dengan anak-anak itu setelah pintu sempadan kedua-dua buah negara dibuka pada 1 April lalu.

“Tak Dapat Gambarkan Macam Mana Perasaan Saya,” – 2 Tahun Terpisah, Vicha Saywho Bakal Sambut Raya Dengan Anak-Anak Di KL “Tak Dapat Gambarkan Macam Mana Perasaan Saya,” – 2 Tahun Terpisah, Vicha Saywho Bakal Sambut Raya Dengan Anak-Anak Di KL

“Yeaahhh alhamdulillah finally after years plus dapat jumpa lagi dengan anak-anak. Ya Allah tak dapat gambarkan macam mana perasaan saya,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pemenang Muzikal Lawak Superstar 2019 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, dia juga tidak sabar untuk mempertemukan anak-anaknya itu dengan keluarga barunya.

“Tak Dapat Gambarkan Macam Mana Perasaan Saya,” – 2 Tahun Terpisah, Vicha Saywho Bakal Sambut Raya Dengan Anak-Anak Di KL “Tak Dapat Gambarkan Macam Mana Perasaan Saya,” – 2 Tahun Terpisah, Vicha Saywho Bakal Sambut Raya Dengan Anak-Anak Di KL “Tak Dapat Gambarkan Macam Mana Perasaan Saya,” – 2 Tahun Terpisah, Vicha Saywho Bakal Sambut Raya Dengan Anak-Anak Di KL

IKLAN

“Alhamdulillah ya Allah di permudahkan segala urusan dan yaaa kami akan beraya dekat Malaysia. Tak sabar nak bawa diaorang jumpa adik dia junior.

“Pasti mereka happy sebab first time jumpa,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan kebahagiaan yang berpanjangan buat Vicha serta keluarganya.

“Alhamdulillah, so happy for you.

IKLAN

“Wah, mesti meriah raya tahun ni.

“Yay, lebih meriah raya kali ni bila dapat berkumpul semua.

“Selamat beraya di Malaysia Vicha sekeluarga.

“Seronoknya. Mesti anak-anak pun rindu,” antara komen-komen netizen di Instagram.

IKLAN

Sementara itu, Vicha turut berkongsi momen-momen sewaktu menjemput mereka di lapangan terbang di saluran Youtube miliknya.

“Tak Dapat Gambarkan Macam Mana Perasaan Saya,” – 2 Tahun Terpisah, Vicha Saywho Bakal Sambut Raya Dengan Anak-Anak Di KL “Tak Dapat Gambarkan Macam Mana Perasaan Saya,” – 2 Tahun Terpisah, Vicha Saywho Bakal Sambut Raya Dengan Anak-Anak Di KL “Tak Dapat Gambarkan Macam Mana Perasaan Saya,” – 2 Tahun Terpisah, Vicha Saywho Bakal Sambut Raya Dengan Anak-Anak Di KL

Januari lalu, Vicha memaklumkan dia sebenarnya sudah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Nigeria dikenali sebagai Johnson sejak tiga tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Michael Trevor Ayomide yang kini telah pun berusia dua tahun.

Vicha turut mempunyai tiga orang anak perempuan yang tinggal di Indonesia hasil daripada perkahwinan terdahulu iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Vicha Saywho

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI