Pengarah dan penerbit, Michael Ang meluahkan rasa berang dengan tindakan segelintir pihak yang memainkan sentimen perkauman berhubung pendapatnya mengenai kes basikal lajak baru-baru ini.

Menurut Michael, dia sendiri tidak menyangka pandangan itu mampu mencetuskan kecaman pihak tertentu yang mendakwa dirinya mempertahankan wanita tersebut hanya kerana mereka sebangsa.

Jelasnya lagi, sekiranya perbuatan tersebut dilakukan oleh individu berbangsa lain, responnya juga akan tetap sama dan tidak berubah.

“Korang Takda Modal Lain Ke Kalau Berhujah,” – Beri Pandangan Kes Basikal Lajak, Michael Ang Bengang Dituduh Rasis “Korang Takda Modal Lain Ke Kalau Berhujah,” – Beri Pandangan Kes Basikal Lajak, Michael Ang Bengang Dituduh Rasis

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Korang netizen neraka tak ada modal lain ke kalau nak berhujah. Balik-balik guna guna isu rasis. Dah 2022, sifat rasis ni sangat ketinggalan zaman.

“Hanya kerana saya kata cakap tak rasa perempuan tu patut dipenjara, dengan segera statement dia ‘kaum kau, kau back up la’.

IKLAN

“Apa yang bodoh sangat tu. Hey, aku tak kisahlah kalau dia Cina ke Melayu ke India ke, kalau aku rasa ia tak betul, aku akan cakap juga,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Cinta Atau Propa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Sabtu.

Micheal turut menambah, sekiranya pemandu tersebut benar-benar bersalah, dia juga akan tetap lantang bersuara dan mencadangkan mahkamah untuk memberikan hukuman yang berat buat si pelaku.

IKLAN

“Korang Takda Modal Lain Ke Kalau Berhujah,” – Beri Pandangan Kes Basikal Lajak, Michael Ang Bengang Dituduh Rasis “Korang Takda Modal Lain Ke Kalau Berhujah,” – Beri Pandangan Kes Basikal Lajak, Michael Ang Bengang Dituduh Rasis “Korang Takda Modal Lain Ke Kalau Berhujah,” – Beri Pandangan Kes Basikal Lajak, Michael Ang Bengang Dituduh Rasis

“Kalaulah pemandu tu mabuk, aku akan tetap suruh mahkamah untuk gantung pesalah sampai mati tak kira bangsa.

“Tak semua orang ni rasis okay. Nak ‘hanjingkan’ orang, cuba jadi kreatif lagi ye,” ujarnya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menasihati Michael untuk tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.

“Korang Takda Modal Lain Ke Kalau Berhujah,” – Beri Pandangan Kes Basikal Lajak, Michael Ang Bengang Dituduh Rasis “Korang Takda Modal Lain Ke Kalau Berhujah,” – Beri Pandangan Kes Basikal Lajak, Michael Ang Bengang Dituduh Rasis “Korang Takda Modal Lain Ke Kalau Berhujah,” – Beri Pandangan Kes Basikal Lajak, Michael Ang Bengang Dituduh Rasis

Dalam perkembangan lain, Michael ini difahamkan sedang sibuk drama terbarunyanya berjudul Setelah Terlafaznya Akad 2 yang menampilkan Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai tunjang utama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI