Beberapa Jam Lepas Tamat Grammys, Kourtney Kardashian Kahwin Mengejut Di Lokasi Popular Las Vegas!

Sosialit popular, Kourtney Kardashian dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Travis Barker, 47, di Las Vegas beberapa jam selepas anugerah muzik berprestij dunia, Anugerah Grammy ke-64 melabuhkan tirai pada Isnin lalu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pemilik One Love Wedding Chapel, Marty Frierson. Lokasi itu menjadi kegemaran buat mana-mana pasangan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan secara mengejut. Malah, penyanyi Britney Spears juga pernah berkahwin di situ dengan salah seorang bekas suaminya, Alexander pada 2004.

Sebelum melangsungkan pernikahan mengejut itu, Kourtney, 43, dan drummer kumpulan Blink 182 itu sempat menghadiri majlis ‘after party’ Grammy yang mana ramai sumber melihat kemesraan mereka yang boleh diibaratkan seperti belangkas yang tidak boleh dipisahkan.

“Mereka duduk di meja belakang dan tidak malu untuk menunjukkan kemesraan mereka kepada orang ramai,” kata sumber tersebut.

IKLAN

Percintaan kakak kepada Kim Kardashian itu mula dihidu pada Disember 2020 dan kemudian pada Februari 2021 baharu Kourtney mengakui hubungannya dengan jejaka penuh bertatu itu.

BACA LAGI: Kourtney Kardashian Bertunang Dengan Travis Barker. Anak-Anak Jadi Penghubung Cinta

Mereka kemudiannya bertunang lapan bulan selepas itu.

Hubungan mereka juga turut direstui oleh anak masing-masing. Kourtney mempunyai tiga orang anak iaitu Mason, 12, Penelope, 9, dan Reign, 7, hasil perkongsian hidup dengan Scott Disick.

IKLAN

Manakala Travis mempunyai dua anak meningkat remaja iaitu Landon, 18, dan Alabama, 16, hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Shanna Moakler.

BACA LAGI: Kim Kardashian Bayar Kanye West RM95 Juta Demi Dapatkan Hak Mutlak Rumah Yang Mereka Diami Sepanjang Berkahwin

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.