Anak kepada pasangan popular David Beckham dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham telah mengikat tali pernikahan dengan tunangnya, Nicola Anne Peltz. Brooklyn, 23, berkahwin dengan Nicola, 27, dalam satu majlis tertutup yang dihadiri  keluarga terdekat dan rakan rapat keluarga sahaja.

Sehingga kini tiada satu pun penerbitan yang memperoleh gambar perkahwinan mereka berdua secara dekat melainkan hanya gambar jarak jauh hasil bidikan paparazzi.

Brooklyn Beckham & Nicola Peltz Disatukan Dalam Majlis Bernilai USD 4.5 Juta. Foto Kahwin ‘Dibeli’ Secara Eksklusif Oleh Majalah Vogue

Menurut laporan Mirror, pasangan merpati dua sejoli ini telah menandatangani perjanjian eksklusif bersama majalah fesyen terkemuka dunia, Vogue dengan memberi majalah tersebut hak sepenuhnya untuk merakam momen perkahwinan mereka.

Perkahwinan mereka bukan sahaja bakal dipaparkan di dalam majalah fesyen terkenal itu, bahkan pasangan ini dikatakan akan turut akan menghiasi muka hadapan majalah tersebut bagi penerbitan versi Amerika Syarikat di bawah kelolaan Anna Wintour dan juga versi United Kingdom di bawah kelolaan Edward Eninful.

Seperti yang semua sedia maklum, kedua-dua editor berpengaruh dalam dunia fesyen tersebut merupakan rakan karib kepada Victoria dan David Beckham.

IKLAN

Brooklyn Beckham & Nicola Peltz Disatukan Dalam Majlis Bernilai USD 4.5 Juta. Foto Kahwin ‘Dibeli’ Secara Eksklusif Oleh Majalah Vogue

Dalam perkahwinan itu, Nicola dilaporkan menggayakan busana rekaan jenama terkemuka Itali, Valentino. Gaun berona putih berlengan panjang itu dilengkapi layah dramatic yang menjadikan penampilannya lebih menawan.

Antara selebriti yang hadir ke majlis perkahwinan mereka adalah Eva Longoria, Gordon Ramsey, Mel C, Serena dan Venus William.

Brooklyn Beckham & Nicola Peltz Disatukan Dalam Majlis Bernilai USD 4.5 Juta. Foto Kahwin ‘Dibeli’ Secara Eksklusif Oleh Majalah Vogue
Gaya fesyen Eva tatkala menghadiri majlis Brooklyn dan Nicola

Sebelum berkahwin, Brooklyn dan Nicola telah menandatangangi perjanjian praperkahwinan bernilai lebih 3 juta pound. Perjanjian ini dilakukan bagi melindungi harta kekayaan keluarga Beckham yang dianggarkan bernilai 380 juta pound.

IKLAN

Namun begitu, perjanjian ini lebih kepada nomaliti sebuah perkahwinan kerana Nicola sendiri bukanlah calang-calang orangnya. Ayahnya, Nelson Peltz merupakan usahawan berjaya dengan kekayaan bernilai 1.3 bilion pound.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI