Supermodel terkenal Bella Hadid merupakan salah seorang bintang yang terkenal di Hollywood. Walaupun dia hanya bergelar seorang peragawati namun dia berdiri sebaris dengan selebriti terkenal yang lain dek popularitinya.

Umum mengetahui, Bella merupakan seorang gadis berketurunan Palestin di sebelah bapanya, Mohamed Anwar Hadid. Bella atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid diajar untuk memahami tradisi masyarakat Muslim sejak kecil termasuklah belajar berpuasa.

Dalam satu temubual bersama Harper’s Bazaar, Bella mengakui yang sewaktu kecil dia rajin berpuasa dan menikmati proses tersebut. Ujarnya, “Kami merayakan Hari Raya bersama-sama dan juga berpuasa ketika bulan Ramadan, saya mengamalkannya sejak kecil lagi.”

Bella Hadid Akui Berpuasa Sejak Kecil, Namun Semakin Lalai Apabila Sudah Dewasa

Walaupun begitu, gadis berusia 25 tahun ini berkongsi yang kini atas beberapa sebab dia semakin tidak mengikut ajaran berpuasa di bulan mulia ini. “Namun semakin menginjak dewasa, disebabkan berkerja dan bersekolah saya tidak mampu untuk berpuasa panjang,” kongsinya.

Ramai yang tertanya-tanya apakah agama yang dianuti gadis ini, kerana ibunya Yolanda Hadid bukanlah seorang penganut agama Islam walaupun ayahnya merupakan seorang Muslim yang masih mengamalkan amalan yang dianjurkan agama.

IKLAN

BACA JUGA: Brooklyn Beckham & Nicola Peltz Disatukan Dalam Majlis Bernilai USD 4.5 Juta. Foto Kahwin ‘Dibeli’ Secara Eksklusif Oleh Majalah Vogue

Bella Hadid Akui Berpuasa Sejak Kecil, Namun Semakin Lalai Apabila Sudah Dewasa

Dia yang tidak selesa bercerita tentang agamanya, lebih suka memberi respon yang mereka sekeluarga merayakan semua perayaan. “Ayah merupakan seorang yang bersemangat  dalam mengajar soal agama dan budaya dan disebabkan itu saya menjadi seorang yang lebih bersemangat untuk mempelajari asal usul,” kongsinya lanjut.

IKLAN

Walaupun tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, Bella lantang mempertahankan hak warga Palestin yang ditindas Zionis Israel.

Dia merupakan antara selebriti yang kerap memberi pendedahan terhadap isu keganasan yang melanda rakyat Palestin. Bahkan sebelum ini dia pernah menyertai demonstrasi jalanan bertujuan mendesak warga dunia membuka mata terhadap apa yang terjadi kepada masyarakat di sana.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI