Semalam telah pun bersiaran tayangan tele-movie, Adik Kakak yang menampil gandingan pelakon senior adik beradik, Fauziah Ahmad Daud dan Fazlina Ahmad Daud selaku tunjang utama.
Telemovie yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini menceritakan mengenai pengorbanan besar Hanum, 45 (Fazlina) yang sanggup menjaga kakaknya Azizah, 52 (Fauziah) yang dilahirkan dengan masalah ID (Intellectual Disorder) peringkat ‘moderate’.
Lakonan mantap yang ditunjukkan oleh Fauziah dan Fazlina nyata meruntun hati para penonton.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Fazlina merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menonton dan menunjuk sokongan terhadap telemovie tersebut.
Menurut Fazlina, ke semua pelakon telah pun memberikan kualiti lakonan yang terbaik demi menjayakan telemovie ini.
“Terima kasih kerana menonton telemovie, Adik Kakak. Yang baik datang daripada Allah, yang kurang dari kelemahan kami sendiri.
“Terima kasih untuk sokongan dan rasa cinta yang telah diberikan.
Ads
“Sayang Adik Kakak sampai syurga. Goodnight,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi entri berasingan, pelakon, Nia Natalia mengakui amat berbesar hati selepas diberikan kepercayaan untuk turut sama membintangi telemovie ini bersama pelakon-pelakon ternama yang lain.
Katanya lagi, dia juga sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk berlakon bersama Fauziah dan Fazlina.
Ads
“Salah satu naskah yang sangat berat untuk Lia sebenarnya membawa watak Hanum (adik muda) dalam telemovie ADIK KAKAK.
“Tetapi dengan adanya pelakon-pelakon hebat yang banyak membantu Lia kak @fazlinaahmaddaud @fauziahnawi @kak_ogy @fayekusairi dan sutradara @kyollhamzah_director thank you so much🥺🙏🏻
“Alhamdulillah terima kasih juga @iamshazritz @kal_azhar @switchon.entertainment yang memberi peluang dan merealisasikan impian Lia untuk bekerjasama dengan @kak_ogy @fazlinaahmaddaud @fauziahnawi @hasnulrahmat,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif selain turut berharap agar lebih banyak karya-karya seperti ini akan dihasilkan pada masa akan datang.
“Tak cukup tisu sekotak. Mantap lakonan semua.
Ads
“Lakonan terbaik daripada Kak Ogy dan semua pelakon.
“Sedih ceritanya. Tengok pun nangis. Terbaik Kak Ogy.
“Tak berganjak. Berkelip mata tengok cerita Adik Kakak. Memang menyentuh jiwa sangat.
“Sedih sangat ceritanya. Semoga jadi pengajaran buat semua untuk jaga hubungan adik beradik dengan baik,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Selain Fazlina dan Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, telemovie yang ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Hasnol Rahmat, Fauziah Nawi, Feye Kusyairy, Lia Natalia dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazlina Ahmad Daud, Lia Natalia, Feye Kusyairy, Hasnol Rahmat & TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Salam Ramadan. Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan yang mulia, bulan penuh keampunan dan rahmat daripada-Nya.
“Alhamdulillah Eidrees bakal dapat adik Hari Raya nanti. Another “Eid” baby. InsyaAllah. Untuk itu, mohon doa semua agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik. Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen disusuli kredit.
Perkongsian berkenaan nyata membuatkan rakan artis dan peminat turut tumpang bahagia dan mendoakan yang baik-baik buat ibu dan anak yang bakal lahir.
Terdahulu, Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.
Anak sulung mereka, iaitu Mohamad Eidrees dilahirkan pada bulan Syawal iaitu pada 31 Mei 2019 lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ozlynn, mendedahkan anak kelimanya, Moleiq turut sama-sama belajar berpuasa meski usianya baru mencecah empat tahun.
Bagaimanapun, meneurut Ozlynn, dia tidak memaksa Moleiq berbuat demikian, sebaliknya dia terikut-ikut dengan apa yang dilakukan abang dan kakaknya.
“Alhamdulillah so far dia puasa penuh lagi. Harap hari ni pun berjaya. Tapi dia dalam pemantauan, if dia cakap lapar or sakit perut kitaorg tak kan paksa dia puasa.
“Ni hanya layankan dia je sebab dia tengok abang dan kakak dia puasa. Kadang-kadang siap main kejar-kejar. Tapi kita orang paksa dia tidur rehat lepas Zohor.
“Terawih pun pergi dan buat habis. Subhanallah, Moleiq belum masuk 4 tahun pun, dia seronok minta pi terawih dan puasa. Alhamdulillah… sahur pun bangun Subuh pun solat.
“Cuma mane kain ko tu anak oi. Tak kisahlah kan ilmu ni hari-hari kita belajar. Pelan-pelan la. Mama pun masih belajar dan sentiasa belajar untuk perbaiki kekurangan. Mama sayang you Moleiq dan Hanania mama semua #DoakanDalamHatiLebihBaik,”tulisnya.
Pelakon Sweet Qismina memberikan kejutan manis buat adiknya yang baharu mencecah usia 18 tahun dengan menghadiahkan sebuah kereta Volkswagen.
Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 25, berkongsikan perkara itu di laman Instagramnya dengan memuat naik saat adiknya, Farhanna Qisrina menerima hadiah tersebut pada Khamis.
“Adik dah banyak tolong saya.Antara kita sahaja yang tahu.Terima kasih Farhanna Qisrina.
“I love you my so not little princess anymore (bayar ansuran tau kereta tu sampai ke tua hahaha),” tulis Sweet.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.