Selain Daiyan Trisha, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz turut berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah dalam bulan Ramadan.
Kali terakhir mengerjakan umrah pada Disember tahun lalu, kali ini kedatangan Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, ke sana turut ditemani suami tercinta, Farhan Norzaini.
“Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci menunaiukan umrah dan menjalani ibadah puasa di sana. Doakan urusan kami dipermudahkan dan selamat perjalanan pergi dan balik kami.
“Semoga mendapat umrah yang mabrur. Jika ada yang nak titipkan doa tulis di komen, InsyaAllah jika ada kelapangan saya bacakan doa-doa anda,” tulisnya di laman Instagram.
Rakan selebriti juga tidak ketinggalan mendoakan agar urusan Zulin dan suami dipermudahkan sepanjang berada di tanah suci.
“Semoga dipermudahkan… selamat pergi dan balik, dapat umrah mabrur dan balik ini lekat pregnant amin amin amin,” tulis pelakon Dayana Roza.
“Selamat menunaikan umrah my love,” tulis selebriti serba boleh, Elly Mazlein.
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan semua urusan amal ibadah you dan suami di sana. Kirim salam Rasullullah ya,” tulis penyanyi Ezlynn Ariffin.
Zulin dan Farhan, 35, diijabkabul pada 20 Februari lalu di Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas hampir dua tahun berkenalan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zulin Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apa Yang Dibualkan? Neelofa Kesat Air Mata Di Samping Prof Muhaya
Hos dan usahawan terkenal, Neelofa ada memuat naik sekeping foto kandid bersama Profesor Dr Muhaya Mohamad yang diundang sebagai tetamu menerusi program bual bicara, Next To Neelofa.
Episod tersebut bakal bersiaran malam ini, jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Bagaimanapun apa yang menarik, foto yang dirakam menampakkan keduanya ibarat berkongsi sesuatu yang emosional sehingga Neelofa dilihat mengesatkan air matanya.
“Apabila anda melihat air mata saya jatuh ke pipi, anda sudah tahu ia akan menjadi satu episod yang menyentuh hati. Ikuti saya dan Prof Muhaya malam ini,” tulis Lofa menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian yang kini sudah pun mendapat hampir 100,000 tanda suka itu, para peminat dan selebriti memberikan reaksi mereka sambil tidak sama untuk menonton episod berkenaan.
Figura kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini juga turut memuat naik foto mereka berdua di Insta Stories.
Ikuti beberapa sedutan episod ini menerusi beberapa posting yang dimuat naik di akaun IG Next To Neelofa;
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Patutlah Makin Kurus…” – Sudah ‘Hilang’ 19Kg, Ini Cara Yang Shah Jaszle Lakukan!
Tampil lebih kurus berbanding sebelum ini, penampilan Shah Jaszle nyata mengejutkan ramai pihak. Malah perkara tersebut turut diakui sendiri pelakon lelaki berkenaan.
Katanya kepada MH, meski tidak bertemu secara empat mata dengan kebanyakan rakan pelakon selepas tampil lebih kurus, namun ada di antara mereka yang memberi komen di Instagram khususnya.
“Saya belum lagi jumpa kawan-kawan pelakon. Pengarah pun sama. Cuma adalah yang beri komen di Instagram,” katanya ringkas.
Ditanya mengenai apakah yang diamalkan hero filem Asmara ini agar tampil lebih kurus berbanding beberapa tahun kebelakangan ini, Shah mengakui dia ada mengamalkan diet sihat bersama sebuah klinik.
“Menerusi program berkenaan, saya diminta untuk mengambil menu sehingga 500 kalori saja sehari. Program tersebut berjalan selama 23 hari. Pada awalnya, agak sukar juga untuk amalkan.
“Saya hanya ambil ikan separuh, epal dan sayur,” kongsi Shah ketika ditemui di majlis pelancaran single sulung penyanyi baru, Soll Ahmadd di Neway, One Utama baru-baru ini.
Pada masa sama, Shah juga mengakui dia sudah jarang melakukan aktiviti sukan bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap program yang diambil.
“Saya sudah jarang bersukan sebab saya penat memandangkan hanya ambil 500 kalori makanan saja. Bagaimanapun saya masih lagi menjalani penggambaran drama. Sukan saja yang sudah kurang,” terangnya.
Berkongsi berat badannya ketikai ni, Shah mengatakan beratnya kini hanya sekitar 70 kilogram berbanding sebelum ini, berat badan pernah mencecah hingga ke 89 kilogram.
“Cuma sebelum saya amil program tersebut, berat saya dalam 81 kilogram,” akui Shah yang turut membayangkan penampilan fizikal terbarunya ini adalah sebagai persiapan dirinya dalam seni tahun hadapan.
“Sebenarnya hasrat nak kurangkan berat badan ni sejak tahun lalu. Saya banyak lakukan diet dan aktif bersukan. Tapi agak lambat turun. Lalu saya ambil inesiatif untuk ambil program tersebut selepas dipelawa doktor mereka,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by Shahrizal Jaszle Jasmin (@shahzjaszle) on
Dalam perkembangan lain, Shah kini sedang menjalani penggambaran drama rantaian Jodoh-Jodoh Anissa di samping Izara Aishah dan Cinta Tanpa Henti untuk slot Samarinda di TV3.
Foto: Instagram Shah Jaszle
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Covid-19: “Tak Boleh Pikul Bawa Ke Kubur, Tak Boleh Tolong Tanamkan,” – Mawar Rashid
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid turut peka dan memberi pesanan buat warga di negara ini agar memandang serius peluranan Covid-19 selain mematuhi etika Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuat kuasakan.
Bintang Tq Caption ini juga turut menegaskan virus jahat ini bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng.
Kata Mawar, ahli keluarga mangsa Covid-19 yang meninggal dunia turut terkesan kerana tidak boleh untuk mengikuti jenazah saat dikebumikan demi keselamatan.
“Please stay at home guys. COVID-19 bukan virus main-main. Mangsa COVID-19 yang meninggal dunia, ahli keluarga tidak boleh pun tatap wajah mereka.
“Tak boleh pikul bawa ke kubur, tak boleh tolong tanamkan. Ini kerana virus yang ada pada tubuh mereka masih aktif hingga beberapa jam/hari.
“Petugas khas sahaja boleh kebumikan dan urusan mandi mayat guna prosedur ketat. Tiada sesiapa boleh mendekat. Tidak ada solat jenazah seperti mayat normal lain.
“Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman, amin,” tulis Mawar.
Pada masa sama, peserta Dewi Remaja 2015 ini juga memohon ramai agar peka dan turuti saranan pihak kerajaan bagi mengekang masalah ini dari terus berlarutan demi kebaikan bersama.
“COVID-19 bukan perkara main-main. Jadi tolong jangan main-main dengan arahan pihak berkuasa agar kita stay di rumah dan minimakan pergerakan.
“Langkah dibuat oleh kerajaan ini untuk kebaikan kita semua. Tolong patuhi. Jangan disebabkan kalian, orang lain mendapat jangkitan.
“Ayuh Malaysian kita sama-sama perangi wabak bahaya ini. Sama-sama kita berganding bahu dan memberi kerjasama atas semua arahan yang diberi.
“Kita mampu melawan wabak ini jika patuh pada arahan yang diberikan.
“Ayuh Malaysia! Kita lawan wabak ini sama-sama!,” tegasnya.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI