Anggota kumpulan Indigo, Bad mendedahkan dirinya kini sudahpun kehilangan kesemua jari kaki kirinya akibat penyakit kencing manis yang dideritainya ketika ini.
Memetik laporan Harian Metro, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah kini terpaksa bergantung kepada alat berjalan (walker) sejak Oktober tahun lalu.
“Mulanya jari kecil dulu kena potong. Kemudian tiga jari lagi selepas sebulan dan terakhir ibu jari pada September tahun lalu. Sekarang semua jari kaki kiri sudah tidak ada.
“Disebabkan itu, ia membataskan pergerakan saya dan perlu menggunakan ‘walker’ yang turut berfungsi seperti kerusi roda,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, suami kepada penyanyi, Ashira Aziz ini turut tidak menolak andai dia terpaksa menggunakan kerusi roda bagi mengurangkan pergerakan pada kakinya.
Ads
Katanya lagi, dia juga harus membersihkan luka di bahagian kakinya itu selang sehari.
“Sejak itu pergerakan saya sangat terbatas dan memenatkan apabila bergerak. Ini kerana saya banyak menggunakan kaki kanan untuk menampung badan. Sekarang lutut kanan saya pun sudah sakit.
“Saya seperti akan menggunakan kerusi roda juga nanti sebab kaki ini banyak tekanan hingga mengakibatkan luka selalu terbuka.
Ads
“Apa yang menjadi masalah sekarang apabila banyak juga tempat yang tidak mesra OKU. Jadi susah untuk saya bergerak.
“Namun, susah macam mana pun, apa yang penting kena senyum. Ini kerana Allah Maha Adil, jadi ada yang lebih baik untuk saya, Insya-Allah,” katanya lagi.
Pada masa sama, Bad turut memaklumkan dia juga telah menerima bantuan daripada beberapa agensi kerajaan bagi meringankan beban dirinya dan juga keluarga.
Ads
“Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) belum dapat lagi sebab saya belum lengkapkan borang. Alhamdulillah, baru-baru ini dapat sumbangan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),”akhirinya.
Sebelum ini, Bad memaklumkan dia kini sedang didalam proses untuk memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mengurangkan kos rawatannya dari semasa ke semasa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro & Instagram Bad Indigo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nora Danish ada berkongsi sedutan filem lakonannya, Suami Aku Ustaz yang ditayangkan kira-kira empat tahun lalu.
Bintang cantik itu berkongsi memori berkenaan menerusi IG TV di Instagram lewat malam tadi.
Sambil mengimbas detik menarik sepanjang penggambaran, Nora turut memaklumkan dirinya mendukung watak sebagai pelajar tingkatan lima meski usianya pada ketika itu sudah 33 tahun.
“Suami Aku Ustaz! 2015. Got this from Utube Sebab tu tak clear. I love this movie so much! Good job abg @ghazabubakar & abg @adpadiputra! One of my fav! Walaupun kena bawak boat for real!!! Sorang2 kat laut tu. haha.
“Kayuh basikal Ganas, semua kena ganas, mmg mencabar betul, Sebab tu best! & @izzueislam bff ya power dalam ni. Same goes to my mu @bettyrahmad . We had so much fun shooting this film in Melaka. Hahha byk memories!!! I was 33 this time but bawak watak 17 tahun. Me likely!,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan komen tersendiri terhadap perkongsian yang sudah pun ditonton hampir 200,000 kali itu.
Selain Nora dan Adi Putra, drama Suami Aku Ustaz arahan Ghaz Abu Bakar turut dibarisi pelakon lain seperti Izzue Islam, Betty Rahmat, Liza Abdullah dan ramai lagi.
Difahamkan, ia merupakan adaptasi novel nukilan Hannah Dhaniyah.
Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ada memuat naik video di Instagrammya baru-baru ini.
Video tersebut memaparkan detik pelancaran beliau ke angkasa lepas 12 tahun lalu.
Menariknya, Muszaphar telah berkongsi pengalamannya sepanjang berada di angkasa.
“Saya masih ada beribu rakaman yg tak ditunjukkan dlm simpanan saya..
“Saya telah dilancarkan dari Baikonaur, Kazakhstan iaitu lokasi yang strategik dan terbaik. Tawau, Sabah merupakan lokasi paling strategik untuk melancarkan roket di Malaysia pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11,” tulisnya.
“Mak saya menangis dan hilang berat badan sebanyak 10 kg sepanjang saya berada di angkasa..
“Arwah ayah saya pula menggigil melihat pelancaran saya daripada Bilik Kawalan. Al-fatihah kepadanya yang memberikan saya galakkan dan kekuatan mental dalam hidup.”
“Saya telah bersedia dari segi fizikal, mental, dan psikologi. Kami telah dilatih oleh orang Rusia dengan baik untuk mengurangkan ketakutan setiap masa. Ketakutan saya hanya pada Allah,” tulis Muszaphar lagi.
Menariknya, Muszapahar mendedahkan bahawa impiannya untuk ke angkasa sejak dibangku sekolah lagi.
“Ini merupakan impian saya sejak berusia 10 tahun dan Alhamdulillah saya telah mencapai impian saya.
“Ibu telah memberikan saya al-Quran kecil untuk keselamatan dan sentiasa mengingatkan saya untuk membacanya di angkasa,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Muszapahar merasakan bahawa ia adalah satu pengalaman yang mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental.
“Ini merupakan perjalanan yang sangat hebat kerana merasakan seperti 4G dan letupan daripada roket tapi saya benar-benar fokus pada ketika itu.
“Saya boleh melihat daripada tingkap kecil, kami meninggalkan bumi dan merasakan seperti mahu mati.”
Meski sudah 12 tahun berlalu,namun detik manis itu sentiasa segar dalam ingatannya.
“Saya mahu menunjukkan lebih banyak lagi video di angkasa pada minggu ini termasuklah pemandangan bumi daripada ISS dan beberapa perkara yang dilakukan di sana..
“ Walaupun sudah 12 tahun berlalu tetapi perasaan itu masih segar dalam ingatan saya,” akhiri Muszaphar.
Untuk rekod, Muszaphar menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007 dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007.
Video: IGDatuk Dr.Sheikh Muszaphar, Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...