“Rasa ‘B*gel’ Kalau Tak Pakai,” – Asbab Rambut Beruban, Daphne Iking Cerita Transisi Pakai Tudung

“Alhamdulillah, suami menyokong meski awalnya dia agak ragu-ragu.” Demikian kata hos terkenal, Daphne Iking yang meluahkan rasa syukur selepas benar-benar berhijab sepenuhnya sejak Oktober tahun lalu.

Daphne Iking, 43, bagaimanapun tidak mahu menipu dan menjelaskan asbab dia mengenakan tudung adalah kerana mahu menutupi uban di kepala pada awalnya. 

“Bapa saya meninggal dunia akibat kanser dan sejak itu saya banyak terlibat dalam aktiviti kesedaran mengenai penyakit berkenaan. Rambut saya panjang dan berhasrat untuk mendermakannya kepada sebuah organisasi kebajikan kanser.

“Tapi untuk berbuat demikian, tak boleh warnakan rambut atau lakukan sebarang perawatan kimia selama enam bulan. Dalam tempoh itu, saya mempunyai uban. Kalau berada di rumah, okaylah sebab ia hanya dilihat suami dan anak-anak.

“Kemudian kita sudah diberikan kelonggaran untuk keluar selepas penguatkuasan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan saya perlu hadiri satu majlis bertemakan warna ungu. Saya berdandan dan nak pastikan uban tidak terlihat, saya pakai turban.

“Tapi saya tidak ada turban warna ungu lalu pakai shawl saja. Bila pakai ia akan ‘terpeleot keluar’, saya jenis kasar. Saya pun kenakan topi selam (diving cap),” katanya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daphne Iking (@daphneiking)

Menyifatkan proses yang berlaku itu dipermudahkan, Ibu kepada empat cahaya mata ini akui rasa janggal sekiranya ‘free hair’.

“Proses itu berterusan sampai Ramadan dan bila tiba hari raya, rasa janggal buka tudung. Saya kembali berselendang ala gaya Grace Kelly. Seminggu kemudian saya pergi berenang dan berbikini. Tapi saya rasa ‘bogel’ sangat.

“Seganlah… sudah berumur nak pakai macam Halle Berry. Pergi pantai macam tu. Jadi saya pakai ‘baju diving’. Transisinya daripada situ kemudian saya beritahu suami untuk jual semua baju seksi,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daphne Iking (@daphneiking)

IKLAN

Ditanya sejauh mana keselesaannya mengenakan hijab, Daphne senang tampil sedemikian kini.

“Rasa bogel kalau tak pakai. Oleh kerana saya turut kerap buat sesi temubual secara virtual, paling tidak saya akan sarung anak tudung dengan topi. Sekurang-kurangnya ia menutupi,” katanya lagi.

Akui bukan mudah istiqamah, pengacara asal Keningau, Sabah ini pada masa sama mahu menumpukan pengisian rohani terlebih dahulu dan terbuka sekiranya peminat menerima ia seadanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.