Baru-baru ini, pelakon Amanda Misbun sempat bertemu dengan rakan selebriti, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom.
Di samping meluahkan rasa teruja ketika pertemuan itu, Amanda turut mendedahkan kali terakhir mereka bersama-sama dalam sebuah projek sekitar 13 tahun lalu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, adik kepada aktres Haliza Misbun ini menceritakan sikap keperibadian Elly.
Ads
Selain kekal dengan perwatakannya yang manja, Amanda menyifatkan pelakon drama Kampung People itu sebagai kelakar dan sentiasa merendah diri.
“Last kerja dengan Kak Lina PomPom @iamellymazlein 12 ke 13 tahun lepas untuk drama Na-O-Mei. Alhamdulillah harini dapat jumpa Kak Lina dan dapat kenalkan Kak Lina dengan anak-anak i.
Ads
“Still so manja, so humble and so funny which i love! Thank you bagi kids early duit raya semoga bertambah-tambah rezeki Kak Lina satu family!,” tulisnya.
Erra Fazira yang menggalas tanggungjawab sebagai rakan penyampai segmen Pagi Di Sinar di stesen radio Sinar FM selama sebulan di samping Angah, Jepp dan Rahim mendedahkan dia tidak tahu kejutan yang diterima apabila Datuk Awie diundang sebagai tetamu di konti.
Berkongsi di Instagram, bintang filem Hingga Hujung Nyawa itu terkejut dengan kehadiran rakan selebritinya itu.
“So sweet. Datuk @awieofficial turun buat kejutan di konti @sinar_my. Saya tekezut giler sebab tak ada sesiapa bagitahu ada tetamu dan tetamu tu pulak Abam Awie.
“Kejutan yang sweet sangat. Thank you korang, thank you Abam Awie memeriahkan pagi dan menambah lagi memori indah dalm lipatan sejarah. InsyaAllah ada rezeki bjumpa lagi. InsyaAllah ada rezeki kita bkejesama lagi,” tulisnya.
Erra pada masa sama turut menitipkan doa buat insan yang pernah hadir di dalam hidupnya itu.
“Meanwhile, saya doakan Awie diberi kesihatan yang baik, terus gemilang bersama kerjaya dan bahagia bersama seisi keluarga. Take care,” titipnya.
Menerusi beberapa foto dan video sedutan yang dikongsi Erra dan Awie turut mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam di negara ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan selebriti, Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif memilih tarikh 1 Ramadan untuk berkongsi wajah penuh wajah puteri sulung mereka bersama peminat.
Sambil memuat naik foto kecil keluarga, Intan turut mendedahkan nama anak perempuan mereka, Evie Khadeeja.
“Comel sangat. Cute sangat-sangat. Semoga membesar jadi anak yang solehah dan menjadi penyejuk hati ibu ayah. Ameen,” tulis seorang peminat.
“Cute like Mom dan Dad, masyaAllah,” reaksi yang diberikan peminat lainnya.
“Allahuakbar, cantiknya kurniaan Allah,” antara komen yang tertera.
“MasyaAllah comel baby secantik namanya,” komen peminat.
Imbas kembali, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Intan kemudiannya selamat melahirkan anak perempuan, Evie Khadeeja pada 31 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penggunaan golongan artis dan pempengaruh menjadi nilai tambah buat Sardin Viral pek kantung atau ‘pouches’ pertama seumpamanya di Malaysia menjadi bualan seterusnya pilihan ramai pengguna.
Trend pembelian pek sardin itu termasuk pek kantung kari ayam itu didorong oleh sifat produk dalam bungkusan yangjangka hayat bertahan selama dua tahun dan menyenangkan.
Hanya ‘koyak dan makan’, Sardin Viral dan kari ayam sedia dimakan terus atau boleh dipanaskan terlebih dahulu sama ada ketika berbuka puasa atau bersahur.
“Cara memasak sambil bercerita dan menyediakan resipi istimewa membabitkan golongan artis antaranya seperti Sheila Rusly, Izreen Azminda, Sharifah Shahira dan juga isteri Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub mengundang tarikan untuk ramai mendapatkan produk kami,” Menurut Eksekutif Jualannya, Lokman Hakim Mohamad Rosli.
Diusahakan oleh D’Era Pouch Industries Sdn Bhd, jenama ini menggunakan teknik baharu dalam penyediaan produk iaitu teknologi retort atau pensterilan supaya produk yang dihasilkan mampu bertahan sehingga dua tahun tanpa menjejaskan struktur dan rasanya.
“Teknologi retort mungkin baharu di negara, tetapi ia sudah lama digunakan tentera Amerika Syarikat dalam medan pertempuran sejak 1950-an.
“Berbanding penggunaan tin yang cenderung membuatkan ikan sardin itu masih berbau hanyir dan mempunyai aroma tin, pek kantung pula melawan arus dan sangat praktikal untuk mereka yang mahu menjimatkan masa, berkerjaya atau golongan pelajar. Tentunya ia dijamin halal,” katanya lagi.
Selain sardin viral dan kari ayam yang menjadi produk laku keras, dua lagi rangkaian makanan iaitu Baked Beans dan Tomato Puree turut dihasilkan. Malah, ia turut diterbitkan dalam pek kantung mini.
“Kita menjaga kebersihan termasuk melakukan pemeriksaan rapi terhadap ikan dan sumber makanan lain digunakan. Di Nilai 3 misalnya, kami juga miliki kilang pemprosesan dengan melebihi 100 orang pekerja.
“Teknologi retort sendiri menggunakan kaedah pembungkusan makanan dicipta dengan pemprosesan aseptik yang diperbuat daripada pelbagai lapisan berlamina fleksibel.
“Teknologi berkenaan membenarkan pensterilan makanan dihasilkan. Malah semua makanan dihasilkan perlu juga melalui mesin pengesan logam magnetik untuk mengimbasmakanan supaya tidak mengandungi bahan bendasing seperti serbuk besi,” katanya.
Setakat ini saja, 8000 karton sardin dan 2000 karton kari ayam dihasilkan bagi memenuhi permintaan semasa.
“Kita sasarkan jumlah karton itu boleh bertambah dari semasa ke semasa. Sardin viral sendiri boleh dihasilkan lebih 100,500 karton hingga hujung tahun ini. Manakala kari ayam boleh mencecah 7,000 karton.
“Kami sasarkan hasil jualan tahun ini dengan mempertaruhkan rangkaian produk yang ada boleh mencecah RM12.6 juta,” katanya.
Produk jenama ini mengambil masa hampir setahun untuk melalui proses penyelidikan dan pembangunan (RnD) iaitu pada 2013.
“Kita mempunyai lebih 12 orang yang mengawal pusat pengedaran di sebelah Utara seperti Taiping dan Juru selain Kuala Terengganu. Manakala ejen pula seramai 53 orang di serata negeri.
“Selain itu kita juga menjual produk di 133 pasar raya besar dan 527 pasar raya di seluruh negara. Kita juga mempunyai 42 billboard sebagai promosi di laluan lebuh raya terpilih,” katanya.
Produk 100 peratus milik bumiputera ini boleh didapati di pasaraya terpilih atau layari akaun sosial media mereka untuk maklumat lanjut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.