Tiap kali menjelang Ramadan dan Syawal, penyanyi Tajul Arif pasti teringatkan arwah bapa serta abangnya, Allahyarham Abdillah Murad Md Shari atau Achik Spin.

Kongsi Tajul atau nama lengkapya, Tajul Ariff Noor Md Shari, ikatan hubungan kekeluargaan di antara adik-beradik sememangnya akrab.

“Sejujurnya, kami semua adik-beradik memang rapat, jadi bila tiba waktu puasa dan raya, automatik semua akan teringat-ingat. Mula-mula ayah saya yang pergi, lepas tu arwah Achik pula.

“Jadi sudah dua orang tak ada pergi buat selama-lamanya. Apa pun saya reda,” katanya.

Tajul bagaimanapun tidak menafikan, tempoh hubungan bersama arwah abang berjalan singkat memandangkan dirinya masih kecil ketika itu.

Malah menurut penyanyi berusia 24 tahun lagi, arwah  Achik yang juga penyanyi terkenal 90-an, jarang berada di rumah oleh kerana sibuk dengan kerjaya seninya, sebelum ini.

IKLAN

“Bila Tiba Puasa Dan Raya, Automatik Semua Akan Teringat-Ingat,” – Tajul “Bila Tiba Puasa Dan Raya, Automatik Semua Akan Teringat-Ingat,” – Tajul

“Saya terus terang cakap, saya dengan dia sebenarnya masa saya kecil memang rapat. Cuma ketika saya dalam darjah tiga atau empat macam tu, kami jarang dapat isi masa sebab kami jarang jumpa.

“Dulu pun dia sibuk kerja, jadi arwah memang jarang balik dan ada kat rumah. Kebiasaannya, dapat jumpa dalam bulan puasa atau raya,” katanya lagi.

IKLAN

Tajul berkongsi hal tersebut ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa FMC Music di Hotel Tenera, Bangi, baru-baru ini.

“Bila Tiba Puasa Dan Raya, Automatik Semua Akan Teringat-Ingat,” – Tajul “Bila Tiba Puasa Dan Raya, Automatik Semua Akan Teringat-Ingat,” – Tajul

Imbas kembali, Achik yang juga vokalis kumpulan Spin meninggal dunia pada 17 April 2010 dalam satu kemalangan di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd (Lekas).

IKLAN

Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

“Bila Tiba Puasa Dan Raya, Automatik Semua Akan Teringat-Ingat,” – Tajul “Bila Tiba Puasa Dan Raya, Automatik Semua Akan Teringat-Ingat,” – Tajul

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/hmMve4skg5U

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI