Walaupun pernah melalui episod kegagalan dalam rumah tangga, namun penyanyi Mimi Fly tidak pernah menutup hatinya untuk menerima cinta baharu.

Mengakui hatinya sudah dimiliki, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, 36, berkata dia kini dalam fasa mengenali hati budi seorang doktor pakar ortopedik yang berasal dari Amerika Syarikat.

“Dia Doktor Yang Menetap Di Amerika Syarikat, Jejaka Berkulit Gelap,” – Mimi Fly Cerita Soal Jodoh “Dia Doktor Yang Menetap Di Amerika Syarikat, Jejaka Berkulit Gelap,” – Mimi Fly Cerita Soal Jodoh

“Dia Doktor Yang Menetap Di Amerika Syarikat, Jejaka Berkulit Gelap,” – Mimi Fly Cerita Soal Jodoh

“Dia Doktor Yang Menetap Di Amerika Syarikat, Jejaka Berkulit Gelap,” – Mimi Fly Cerita Soal Jodoh

“Saya dah jumpa (cinta baru) tapi dia jauh.  Dia seorang doktor yang menetap di Amerika Syarikat dan jejaka berkulit gelap.  Kami dalam fasa mengenali hati masing-masing.

“Saya berasa sangat gembira sekarang dan sanggup tunggu yang ini, kalau ada jodoh… mungkin jadi (kahwin),” kata Mimi kepada Media Hiburan.

Mimi ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Awesome TV yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.

IKLAN

“Dia Doktor Yang Menetap Di Amerika Syarikat, Jejaka Berkulit Gelap,” – Mimi Fly Cerita Soal Jodoh

“Dia Doktor Yang Menetap Di Amerika Syarikat, Jejaka Berkulit Gelap,” – Mimi Fly Cerita Soal Jodoh

Bercerita detik perkenalannya dengan jejaka tersebut, Mimi mengibaratkan percintaan mereka seperti jatuh cinta pandang pertama ketika masing-masing secara kebetulan bercuti di tempat yang sama.

“Sebenarnya saya jumpa dia di Malaysia dua tahun lalu ketika kami kebetulan masing-masing bercuti di tempat yang sama.

“Kami saling berpandangan dan dua-dua seperti ‘love at first sight’ dan daripada situ kami mula berkawan.

IKLAN

“Saya gembira dapat kenal dengan dia dan si dia pun begitu. Sebenarnya, ini kebahagiaan yang saya cari.

“Setiap wanita layak untuk jumpa dengan orang yang mampu membuatkan kita sering rasa nak improve diri ke arah lebih baik dan dapat maju ke hadapan,” katanya lagi.

“Dia Doktor Yang Menetap Di Amerika Syarikat, Jejaka Berkulit Gelap,” – Mimi Fly Cerita Soal Jodoh

“Dia Doktor Yang Menetap Di Amerika Syarikat, Jejaka Berkulit Gelap,” – Mimi Fly Cerita Soal Jodoh “Dia Doktor Yang Menetap Di Amerika Syarikat, Jejaka Berkulit Gelap,” – Mimi Fly Cerita Soal Jodoh “Dia Doktor Yang Menetap Di Amerika Syarikat, Jejaka Berkulit Gelap,” – Mimi Fly Cerita Soal Jodoh

IKLAN

Pernah mempunyai pengalaman bercinta dengan jejaka bangsa asing sebelum ini, Mimi berkata kedua ibu bapanya menyerahkan soal hati dan jodoh seratu peratus kepada dirinya.

“Ibu bapa tidak kisah, mereka hanya nak lihat saya bahagia dengan pilihan hidup saya.

“Saya pun tidak kisah dengan persepsi orang luar (bercinta dengan lelaki kulit hitam),” katanya.

Mimi yang terkenal dengan julukan ‘Rihanna Malaysia’ ini pernah berkahwin dengan bekas pengurusnya Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun bercerai dua tahun kemudian.

Selepas itu, dia pernah bercinta dengan jejaka dari Mesir pada 2018 namun hubungan itu terlerai di tengah jalan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Mimi Fly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI