Menjelang tahun 2035, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) optimis bahawa penjanaan pendapatan pelancongan antarabangsa boleh mencecah antara RM47 hingga RM77 bilion menerusi kemasukan seramai 16 hingga 22 juta pelancong antarabangsa.

Malah pada tahun ini sahaja, kerajaan menyasarkan kemasukan kira-kira dua juta pelancong dari luar negara dengan pendapatan sebanyak RM8.6 bilion, menurut menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Tambahnya lagi, sejak sempadan negara mula dibuka, minggu pertama mencatatkan kemasukan pelancong ialah seramai 252,000 orang.

“Elemen Pelancongan Membabitkan Kanak-Kanak Juga Perlu Dipertingkatkan,” – MOTAC Optimis, Boleh Jana Hingga RM77 Bilion Pada 2025 “Elemen Pelancongan Membabitkan Kanak-Kanak Juga Perlu Dipertingkatkan,” – MOTAC Optimis, Boleh Jana Hingga RM77 Bilion Pada 2025“Elemen Pelancongan Membabitkan Kanak-Kanak Juga Perlu Dipertingkatkan,” – MOTAC Optimis, Boleh Jana Hingga RM77 Bilion Pada 2025

“Kita masih memantau angka kemasukan pelancong dan tidak mustahil apabila negara seperti China dan Jepun sudah membenarkan penduduknya keluar, kita akan mencatatkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong itu nanti.

“Di MOTAC, kita sentiasa mendidik orang ramai bahawa Malaysia adalah negara yang selamat kerana kita sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) malah boleh dikatakan negara kita lebih bersih berbanding sebelum pandemik.

“Ini kerana SOP yang dilakukan, sanitasi setiap tempat dengan kerap, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka masih lagi diamalkan hingga kini,” katanya.

IKLAN

Beliau ditemui ketika merasmikan Kempen Pelancaran Perjalanan Selamat Kanak-kanak Oleh Ola Oli, Ahad lalu.

Objektif kempen itu adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar dan mengelakkan daripada terus berkurung di rumah dengan memperkenalkan makanan tambahan yang diperbuat daripada malt coklat.

Turut hadir pada majlis sama ialah Pengasas Ola Oli dan Jom Kembara Utan, Dr Nur Shasa Ain Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha.

Nancy berkata, dalam masa yang sama, kerjasama oleh beberapa agensi untuk menggerakkan sektor pelancongan juga amat digalakkan.

“Elemen Pelancongan Membabitkan Kanak-Kanak Juga Perlu Dipertingkatkan,” – MOTAC Optimis, Boleh Jana Hingga RM77 Bilion Pada 2025 “Elemen Pelancongan Membabitkan Kanak-Kanak Juga Perlu Dipertingkatkan,” – MOTAC Optimis, Boleh Jana Hingga RM77 Bilion Pada 2025

IKLAN

“Elemen pelancongan membabitkan kanak-kanak juga perlu dipertingkatkan, justeru saya turut menggalakkan setiap ibu bapa mendapatkan vaksinasi kepada mereka.

“Selain itu, umpamanya makanan tambahan juga penting untuk menggalakkan imunisasi kanak-kanak dengan produk buatan tempatan yang berkualiti tinggi dan pastinya berdaftar.

“Kempen ini dilihat mampu menyuburkan semula budaya ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ yang amat diperlukan pada masa ini, agar aktiviti pelancongan Keluarga Malaysia, dapat dilakukan dengan selamat dan terkawal,” katanya.

Sementara itu, Dr Shasa berkata, formulasi produk SupeOla Immu B+ dibuat bersesuaian dengan selera kanak-kanak yang tidak menggemari produk makananan yang berperisa buah-buahan.

IKLAN

“Objektif kami memperkenalkan Perjalanan Selamat Kanak-kanak adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar rumah serta menjalani kehidupan normal seperti sebelum zaman pandemik bagi menguatkan lagi institusi Keluarga Malaysia dan kembali memeriahkan sektor pelancongan negara.

“Bukan untuk mengembara semata-mata, makanan tambahan itu juga sesuai untuk kanak-kanak yang sudah pun ke sekolah,” katanya.

Sementara itu, Penyanyi, Haiza yang turut hadir memberikan sokongan menyambut baik langkah yang proaktif yang diambil pihak terlibat di dalam memastikan keselamatan kanak-kanak terus diutamakan meski negara kini sedang berada dalam fasa peralihan endemik.

“Elemen Pelancongan Membabitkan Kanak-Kanak Juga Perlu Dipertingkatkan,” – MOTAC Optimis, Boleh Jana Hingga RM77 Bilion Pada 2025 “Elemen Pelancongan Membabitkan Kanak-Kanak Juga Perlu Dipertingkatkan,” – MOTAC Optimis, Boleh Jana Hingga RM77 Bilion Pada 2025 “Elemen Pelancongan Membabitkan Kanak-Kanak Juga Perlu Dipertingkatkan,” – MOTAC Optimis, Boleh Jana Hingga RM77 Bilion Pada 2025

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/oaroBHHqN-A

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI