“Tak Banyak Songeh, Percaya Sudah Move On,” – Hatta Dolmat Kongsi Kisah Kerja Sama Pian Di AJL33

Persembahan Sufian Suhaimi menerusi lagu Dimatamu kekal trending dan diperkatakan ramai apabila Elfira Loy dilihat melayangkan status menerusi Twitternya.

Bagaimanapun pada masa sama, pereka fesyen Hatta Dolmat menerusi laman Instagram pula ada berkongsi cerita perihal pengalamannya menatarias penyanyi ini.

Cukup terharu dengan sikap rendah diri Sufian, kata Hatta, proses bekerjasama cukup mudah kerana penyanyi ini tidak banyak songeh.

“Dari first jumpa discuss design, jumpa bincang konsep final overall look, sampai lah fitting, @sufiansuhaimi_ ni sangat lah humble personality nya, banyak kali lah abang cakap abang memang sangat suka lagu Di matamu, seronok proses discuss segalanya mudah dengan sufian, apa yang abang suggest, siapa yang abang suggest dia yakin, tiap kali habis dari discuss, dalam hati mesti akan cakap “ ya allah baik betul sufian ni, moga ada lah rezeki dia.”

Pereka tersohor ini juga percaya bahawa bekas tunang Elfira Loy ini benar-benar telah ‘move on’.

IKLAN

Yang abang suka dengan cara sufian, dia PERCAYA kita. Dengan family dengan kawan kawan abang pun abang cakap sufian ni baik, lagu sedap, Kerja Sama dia bagi pun bagus, tak banyak bunyi, Dia Akan cakap “okay je bang, ean okay je.” Itulah rendah diri yang buat dia.

Di senangi dan mendapat tempat Persembahan Terbaik #ajl33 semalam. lagu, pernyampaian syair yang merinding, penampilan, persembahan yang cukup simbolik Dan memberi kesan mendalam pada hati anda semua. Tahniah @sufiansuhaimi_ Dan seluruh team #dimatamu Dan percayalah sepanjang ini sufian sudah benar benar move on! Fuhhhh! Great team weyhh!” tulisnya.

View this post on Instagram

Dari first jumpa discuss design, jumpa bincang konsep final overall look, sampai lah fitting, @sufiansuhaimi_ ni sangat lah humble personality nya, banyak kali lah abang cakap abang memang sangat suka lagu Di matamu, seronok proses discuss segalanya mudah dengan sufian, apa yang abang suggest, siapa yang abang suggest dia yakin, tiap kali habis dari discuss, dalam hati mesti akan cakap “ ya allah baik betul sufian ni, moga ada lah rezeki dia”. Yang abang suka dengan cara sufian, dia PERCAYA kita. Dengan family dengan kawan kawan abang pun abang cakap sufian ni baik, lagu sedap, Kerja Sama dia bagi pun bagus, tak banyak bunyi, Dia Akan cakap “okay je bang, ean okay je.” Itulah rendah diri yang buat dia Di senangi dan mendapat tempat Persembahan Terbaik #ajl33 semalam. lagu, pernyampaian syair yang merinding, penampilan, persembahan yang cukup simbolik Dan memberi kesan mendalam pada hati anda semua. Tahniah @sufiansuhaimi_ Dan seluruh team #dimatamu Dan percayalah sepanjang ini sufian sudah benar benar move on! Fuhhhh! Great team weyhh! #teamdimatamu @sufiansuhaimi_ @hattadolmatofficial @the_calla . . *syair tu sampai sekarang meremang dengar *chandelier besar slowly pusing very dramatic * “ BUANG SEGALA TENTANG KU! “ zaaassss! Kain jatuh simbolik pelamin pulak belakang.,, * pelamin pulak faded hilang satu persatu tinggal kerusi. *duduk berseorangan dikerusi, buka spec. #cukupmendalam

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_) on

Baginya, persembahan lagu Dimatamu cukup simbolik mengisahkan perjalanan cinta yang tidak kesampaian.

Syair tu sampai sekarang meremang dengar.

“Chandelier besar slowly pusing very dramatic.

IKLAN

“BUANG SEGALA TENTANG KU! “ zaaassss! Kain jatuh simbolik pelamin pulak belakang.

“Pelamin pulak faded hilang satu persatu tinggal kerusi. *duduk berseorangan dikerusi, buka spec. #cukupmendalam,” ulasnya lagi.

Lagu Dimatamu berjaya merangkul trofi Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 33, malam tadi.

Foto – Instagram Hatta Dolmat