Kerinduan buat arwah ayahnya diluahkan menerusi sekeping foto makam perkuburan di entri Instagramnya.

Tidak mampu membendung lagi rasa sesak dalam jiwa, Iesya Toh meluahkan rasa yang terpendam akan keinginannya melawat pusara ayah yang disemadikan di Madinah.

Allah Maha Mengetahui yg terbaik buat setiap hambaNya.

“Jiwa sentiasa nangis, teringin nak pegang pusara Abah.. nak ziarah setiap hari.. nak berdoa di sana.. nak mengadu dgn Abah.. Tapi apa kan daya, Abah di Madinah.. jannatul baqi’ tidak membenarkan wanita masuk ke dalam.

IKLAN

“Abah, di dunia yg lain kite akan bertemu nti. Rindu! Umi ni tak berapa sihat Abah.”

Sebak tidak punya seinci peluang menjengah perkuburan ayahnya, nasihat pengacara ini, bagi yang dikurniakan nikmat dapat melihat pusara ibu dan ayah, jengahlah mereka selalu.

IKLAN

“Kdg2 umi mengadu jugak, rindu Abah.. ❤ Anak2 yg boleh tgk pusara ibubapa tu, amek laa peluang sebaiknya.. rajin2 laa ziarah & mengemas.. doa, dimana2 pun InsyaAllah smpai utk mereka.. ❤❤ Al-Fatihah.
Sanny Toh Bin Abdullah #CoretanAnakYgTerlaluRinduAbahnya.”

IKLAN

Bapa pengacara RTM ini meninggal dunia di Madinah pada 8 Februari lalu ketika mengerjakan ibadah umrah. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’, Madinah di mana kebenaran ziarah hanya diberikan kepada kaum lelaki sahaja.

Diriwayatkan kira-kira 10,000 sahabat Rasulullah SAW dikebumikan di Baqi’ antaranya Fatimah binti Rasulullah, Hasan bin Ali, Aisyah binti Abu Bakar, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas dan Sayyidina Uthman bin Affan.

Foto – Instagram Iesya Toh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI