“Saya percaya tak semua akan baca penuh isi artikel, tapi hanya baca tajuknya sahaja.” Itu pendapat penyanyi, Siti Sarah yang terkesan apabila ada portal hiburan yang menggunakan tajuk yang dilihat agak bertentangan dengan isi kandungan sesebuah cerita melibatkan selebriti.
Malah katanya kepada MH, tajuk sensasi yang agak ‘lari’ sedikit sebanyak boleh membuatkan peminat akan salah erti, seterusnya membuat andaian sendiri jika hanya membaca tajuknya semata-mata.
“Saya faham, tajuk yang ‘catchy’ boleh menarik orang untuk membaca sesebuah artikel yang dikeluarkan. Saya pun bukanlah baru dalam industri.
Ads
“Bagaimanapun, kalau ada tajuk yang diolah terlalu sensasi hingga boleh beri persepsi berbeza kepada mereka yang hanya baca tajuk, ia secara tak langsung boleh menyebabkan fitnah.
“Apatah lagi apabila cerita yang dikeluarkan melibatkan mereka yang sudah berkahwin dan berkeluarga,” katanya.
Ads
Pada masa sama, penyanyi lagu Semakin ini turut menjelaskan ada ketikanya reaksi atau perbualan sesama artis di media sosial yang agak kasar dan sinikal hanyalah niat gurau dan tidak memberi apa-apa maksud.
“Tajuk macam tu bahaya kerana rasanya peminat pun faham kadang-kadang perbualan di antara rakan selebriti di media sosial adalah gurau, malah ada juga peminat yang turut sama ikut komen.
Ads
“Akan tetapi kalau hal tersebut dijadikan artikel, saya faham dan tak kisah, cuma biarlah selari dengan apa isi dalamnya. Berhemah dan setiap penulisan yang disiarkan.
“Harap hal seperti ini tidak berlaku lagi kerana saya dan suami sebolehnya mahu jalin dan kekalkan hubungan baik dengan semua karyawan dalam industri ini, termasuk rakan media,” tambahnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Momen paling berharga dalam diri seorang yang bergelar ibu adalah ketika melahirkan permata hati.
Tambahan pula, momen tersebut adalah saat melahirkan cahaya mata sulung.
Ia merupakan pengalaman pertama dalam hidup apabila dianugerahkan zuriat hasil daripada perkahwinan bersama suami tercinta.
Jadi, MH senaraikan 10 selebriti wanita yang selamat menimang cahaya mata setakat Oktober ini.
1. Elfira Loy
Sepakat memilih nama anak sulung Muhammad Rayyan Khalaf, pasangan Elfira Loy dan Khairol Faris Anuar teruja akan kehadiran ahli keluarga baru.
Rayyan yang lahir pada 1 Oktober lalu seberat 3.68 kg di Andorra Women & Children Hospital, Seri Kembangan kini mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Popular dengan filem Kami The Movie, pelakon Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan anak perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada 13 Julai lalu.
Juliana berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.
Tiga tahun mendirikan rumah tangga iaitu pada 21 Februari 2016, Anzalna dan suami, Hanif Zaki akhrinya dikurniakan seorang bayi lelaki comel bernama Mohamad Eidrees.
Eidress dilahirkan pada 31 Mei di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Vokalis kumpulan Sakura Band, Melley Matius atau mesra disapa Mell berkahwin dengan ahli kumpulan 6ixth Sense iaitu Mohammad Safwan (Wan) pada Sepetember 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak sulung, Marissa Sofea seberat 3.00 kg.
Bekas penyanyi Tasha Manshahar sering berkongsi pengalaman dan tips ketika bersalin menerusi Instagramnya.
Telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan komposer, Raqib Majid pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
Mereka dikurniakan anak sulung, Muammar Rafiqi pada 21 Jun lalu.
Menerusi petikan di Harian Metro, penyanyi Adira Suhaimi mengesahkan telah menfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak dan akan dibicarakan pukul 3.00 petang ini.
Mengikut jadual asal, perbicaraan permohonan cerai sepatutnya dilakukan jam 9.00 pagi namun diminta untuk diubah oleh penyanyi itu kerana tidak menyangka perkara itu diketahui umum.
Suami kepada penyanyi ini, Datuk Seri Adnan Abu bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui isteri memfailkan perceraian.
“Berita mengatakan saya dan Adira mahu bercerai itu adalah palsu kerana kami masih bersama.
“Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim.
“Pagi semalam saya bersarapan bersamanya seperti biasa sebelum keluar bekerja. Hubungan kami baik dan mesra,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Pasangan ini bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Foto : Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak pernah sesekali mengeluh dengan kepenatan membesarkan anak, Shakillah Khoriri menjelaskan kalanya dia perlu meluahkan rasa yang terbuku di hati.
Tambahnya, biarpun hanya sekadar di rumah, namun jangan sesekali menyangka si ibu hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa.
“Sorang dah makan dan mandi.
Sorang Tak makan lagi, tak mandi lagi.
Layan Tuan Puti @ameenasofia_ berhibur sambil tak nak ditinggal.
“Rutin harian setiap pagi tanpa jemu.
Rutin bila bebas dari KERJA. Rutin yang lebih penat dari shooting pagi ke subuh.
"Kadang nangis sendiri dalam hati sebab terlalu penat. Bukan budak ni memenatkan tapi tanggungjawab aku nak pasti kan segalanya OK untuk budak ni.
"Penat bukanlah budak ni selalu menangis, kadang menangis boleh kira bila.
“Terkenang pulak macam mana emak3 dulu hiburkan kita tanpa cartoon dan gadget. Pasti lebih memenatkan.
“Malu pulak rasa aku bila perkataan penat tu muncul dalam benak fikiran aku.
Apa lah sangat anak sorang kalau nak dibandingkan dengan emak2 dulu yang anak2nya berderet. Kan ?!
TAK.bukan mengeluh tapi saja share.
at least orang lelaki yang terbaca posting ni yang dah berkawin atau tidak. Faham," tegasnya.
Malah, ibu beranak satu ini turut memberitahu, tidak perlu untuk membandingkan antara satu sama lain.
"Aku tahu, posting ni on behalf emak2 di serata dunia. Anak je lain2 tapi PENAT tu sama. Jangan tanya penat apa. Nampak rehat je kat rumah. Banyak tidur.
Makan pun order.
“Eh suruh bapak jaga kejap, kadang anak makan pun tak cukup, tidur pun tak cukup, tempat tukar pampers anak pun macam dilanda tsunami. So tak payah nak sembang bab lain2 sebab pasti alasannya tak sempat nak buat anak nangis. SEE !
“So berhati2 nak bercakap pasal seorang emak kalau awak sendiri pun gagal untuk jadikan semuanya PERFECT! Untung kalau ada suami yang membantu dan meringankan rasa PENAT.
"“Hoi…ni bukan mengeluh. Tak mungkin mengeluh untuk anak. Never. Cuma aku kan manusia. Ada rasa semua tu.
"Hati2 juga jari nak comment, make sure cermin didepan. Tengok diri sendiri dan family sendiri. THEN boleh comment.
“Relax …..ni pengalaman aku.
Siapa yang rasa sama, kita GENG !
Siapa yang belum ada anak better DIAM !
“Sebab kau tak rasa PENAT yang menghiburkan. PENAT berpahala.
“Main badminton 3 jam belum tentu penat yang murni. Hiking gunung semalaman belum tentu kepuasan yang MURNI.
“So tak ada keluhan. Cuma kongsi rahsia penat yang MURNI,” jelasnya panjang lebar.
A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on Oct 29, 2019 at 9:33pm PDT
Untuk rekod, Shakilla dan suaminya, penyampai radio Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada 14 Mac 2019.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.