Bekas anggota Kool, Zulkifli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Zack Kool mendedahkan, tidak menyertai program Gegar Vaganza (GV) musim keenam kerana menyertai tabligh.
Malah, dirinya juga tidak lagi menjadi anggota kumpulan itu sejak tahun lalu.
Zack menerusi Harian Metro menjelaskan, dia cuba mencari kehidupan yang lebih baik dengan mendalami ilmu agama.
“Sebelum rancangan itu (GV) berlangsung, saya ada menerima jemputan namun terpaksa menolaknya.
Ads
“Buat rakan tercinta iaitu Riot dan Hairee, teruskanlah kehidupan seperti biasa dan jangan sesekali meninggalkan solat,” katanya seperti yang dipetik.
Zack bagaimanapun menjelaskan, biarpun dirinya sudahmenyertai kumpulan agama sejak awal tahun ini, namun itu tidak bermaksud dirinya mengasingkan diri daripada dunia seni.
Ads
Katanya, dia baru sahaja menjawakan drama berjudul Setiaku Di Sini bersama A Aida Production.
“Meniti penghujung usia, saya mahu berkarya melalui cara Islamik,” terang Zack yang turut menambah, seorang lagi anggota Kool, Jay kini menjaga bapa mentuanya yang sakit di Lendu, Melaka.
Ads
“Ini dunia baharu dan setakat ini, saya sudah keluar di tujuh lokasi untuk berkongsi ilmu agama termasuk Langkawi, Kuantan, Ipoh dan Johor Bahru,” akuinya.
Selepas 30 hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).kepada pelakon Abby Abadi, Faizal Zakaria memaklumkan anak mereka kini sudah pun menunjukkan perkembangan positif.
Malah kongsinya menerusi Instagram, Muhammad Danial Firman Faizal atau lebih sinonim dipanggil Baby D dilihat terus kuat.
“Days 30, #MuhammadDanialfirmanfaizal masih di NICU Hospital Sg Buloh, Baby D terus kuat, semakin hari sentiasa ada perkembangan positif.
“Abah dan mama @abby_abadi112 tak sedar masa berlalu begitu pantas, setiap hari tak sabar nak ke hospital, nak berbual2 dengan Baby D, nak pegang tangan…rindu sgt2.
“Abah & Mama x nak baby D sunyi..Abah tahu Baby D dapat rasa sentuhan Abah & Mama, moga terus kuat sayang,” tulisnya.,
Faizal pada masa sama turut memberitahu dia dan isteri kian lega atas situasi baik yang dialami permata hati mereka.
“Hari pertama masuk NICU, Baby D seberat 535 gram dan sekarang dah 622 gram. Susu pun dan minum banyak, lega hati Abah dan Mama.
“Sayang Baby D, Doa Abah & Mama tidak pernah lupa untuk doakan sayang setiap detik dan saat memohon agar Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk Baby D, diberkan kekuatan untuk meneruskan kehidupan moga kita dapat berkumpul.
“Abah tahu Baby D kuat dan tak sabar untuk berada dalam pelukan Abah & Mama, InsyaAllah sayang.
“Baby D tahu tak, ramai diluar sana yang menunggu kabar berita perkembangan Baby, semua tak sabar nak jumpa Baby, mereka juga sayangkan Baby D.
“NICU dah jadi rumah kedua untuk Abah & Mama, tidak ada istilah jemu…yang pasti setiap hari Abah & Mama akan penuhi masa untuk bersama sayang.
“Baby D, Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk sayang, menjadi anak yang solah…Love U Sayang. InsyaAllah setiap impian dan doa pasti menjadi kenyataan,” tulisnya panjang lebar.
Bayi lelaki yang itu dilahirkan pada 27 September lalu dan pasangan ini turut mempunyai dua orang anak angkat iaiti Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Pelakon Elfira Loy kini sedang melalui fasa berpantang selepas selamat bergelar ibu pada 1 Oktober lalu.
Selepas melahirkan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf, bintang drama bersiri Syurgamu Ramadan kini kian berkerap kongsi pengalaman berpantang menerusi akaun Instagram miliknya.
“tak pernah nangis sebab orang letak nasi sikit nak makan, haha . Ni dikira postpartum symptom ke ni symptom taknak kuruskan badan.
“Semua makanan el awal awal atuk el masak, sekarang mama ngan cl el kak nurul yang masakkan,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengharapkan agar pelakon berusia 25 tahun itu dapat menjalani fasa berpantang dengan baik.
Untuk rekod, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari lalu di Cyberview Resort, Cyberjaya.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Lisa Surihani ada mendedahkan berat badannya menerusi salah satu pertanyaan peminat di ruangan komen pada satu posting yang dimuat naik di laman Instagram, baru-baru ini.
Respon Lisa, berat badannya boleh mencecah sekitar 48kg hingga 49kg. Dan mengakui masih perlu untuk menjaga pemakanannya.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat memuji penampilan dan seterusnya bertanya kepada ibu kepada dua cahaya mata itu tips mendapatkan tubuh ideal.