Hampir dua tahun beri fokus pada rumah tangga, Izara Aishah tidak menafikan meski dirinya ada menerima tawaran lakonan, namun dia memilih untuk selektif.
Malah, bintang ini juga sebolehnya cuba untuk tidak membawakan watak yang berunsurkan stereotaip terhadap golongan wanita.
“Jujurnya saya sangat cerewet tentang watak yang akan dibawa dan disebabkan itu saya jarang muncul di kaca televisyen.
“Kalau boleh, saya tidak mahu membawa watak klise mengenai wanita. Biarlah watak yang diberikan itu mencabar dan berdasarkan kisah benar pun bagus,” jelasnya.
Ads
Izara terdahulu ditemui pada majlis pelancaran Izara Aishah X Lilit di The Linc Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun ini turut berkongsi pandangan mengenai kritikan netizen akan penampilannya yang dikatakan agak berani.
“Apa sahaja yang dikatakan netizen, saya tidak pernah ambil kisah. Dan ia tidak penting,” tegasnya ringkas.
Ads
Terdahulu, aktres ini kembali berkongsi perihal suntik bibir sebagaimana yang pernah dinyatakannya menerusi laman Twitternya, tidak lama dulu.
“Saya mengaku suntik bibir dan kini bibir saya sudah kembali seperti biasa. Ia tidak harus menjadi isu,” tambahnya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Izara Aishah muncul berkolaborasi bersama Fashion Valet mengeluarkan clothing line yang diberi nama Lilit khas untuk wanita berhijab.
Cukup mengejutkan, ada koleksi pakaian Izara Aishah X Lilit sudah pun habis terjual hanya dalam masa satu hari selepas dilancarkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah tujuh bulan bergelar isteri, pelakon Nelydia Senrose mengimbau detik pernikahanya pada 6 April lalu bersama suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Kongsi pelakon drama Lelakimu Yang Dulu itu, ketika majlis itu berlangsung, dia dalam keadaan keliru sama ada perlu bersalam atau menyarungkan cincin terlebih dahulu.
“LOL masa ni masing-masing nervous so tak tahu patut salam dulu ke sarung cincin terus, nasib baik Nely pandai cover terus konon-konon pegang my mother in law padahal tangan yangdihulur belum disambut lagi hahahah.
“Mama and my mother in law cantik sangat-sangat kan?,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan itu dinikahkan bapa Nelydia, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid dalam satu majlis tertutup diadakan di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.
Nelydia, 24, menerima mas kahwin berjumlah RM10,000 berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada Mohd Hafez.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
Pelakon dan personaliti media sosial Indonesia, Erika Carlina mengejutkan ramai apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil sembilan bulan hasil hubungan luar nikah.
Pengakuan tersebut dibuat secara terbuka ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara kendalian Deddy Corbuzier menerusi saluran YouTube miliknya baru-baru ini.
“Erika… saya cuma nak ucap tahniah. Awak kini hamil sembilan bulan. Ini belum ramai yang tahu, bukan?” soal Deddy dalam temu bual tersebut yang disambut Erika dengan tenang.
“Setakat ini, hanya keluarga dan sahabat yang tahu,” jawab Erika.
Dalam temu bual itu, Erika turut mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkannya adalah lelaki. Sambil menitiskan air mata, selebriti berusia 30 tahun itu berkata, dia berasa sudah tiba masanya untuk berlaku jujur dan mengakui kesilapan yang telah dilakukannya.
“Ini memang kesalahan saya. Saya hanya ingin bercakap jujur. Saya tidak fikir sama ada masyarakat akan menerima atau tidak, saya hanya mahu mengakui kesalahan saya,” katanya.
Menurut Erika, dia enggan menggugurkan kandungannya meskipun menyedari risiko yang perlu ditanggung. Sebaliknya, dia memilih untuk bertanggungjawab penuh membesarkan anak tersebut.
“Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab. Malah, keluarga juga tidak menyokong jika saya mengambil keputusan untuk menggugurkannya. Orang pertama yang tahu keadaan saya ialah ibu dan ayah,” jelasnya lagi.
Jelas Erika, biarpun tanpa sokongan penuh dari pasangan, dia tetap bersedia menjadi ibu tunggal dan berjanji akan membesarkan anak itu sendiri.
“Walau sesusah mana pun, saya tetap akan bertanggungjawab. Sama ada bersendirian atau dibantu orang sekeliling, saya harus pertanggungjawabkan semuanya sendiri,” katanya.
Erika menjangkakan akan melahirkan anak sulungnya pada 8 Ogos 2025. Apabila ditanya tentang identiti bapa kepada anak dalam kandungannya, Erika memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci, meskipun pernah merancang untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan.
“Bapanya ada. Dulu kami sepakat untuk tanggungjawab bersama. Tetapi akhirnya saya buat keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan kerana beberapa sebab,” katanya.
Tambahnya, dia hanya mengetahui lelaki tersebut mempunyai anak hasil hubungan terdahulu selepas keluarga mereka saling bertemu.
“Saya diberitahu oleh ayahnya bahawa dia sudah pun mempunyai seorang anak. Saya hanya tahu perkara itu sewaktu kami sedang merancang untuk berkahwin,” ujarnya.
Akibat ketidaksefahaman yang timbul ekoran pendedahan itu, mereka akhirnya membatalkan hasrat untuk berkahwin.
Untuk rekod, Erika Carlina mula dikenali sebagai model dan personaliti media sosial sebelum melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan. Antara filem yang pernah dibintangi oleh Erika termasuklah Pengantin Setan, Sakral serta filem seram popular yang mencapai kutipan Box Office, Pabrik Gula.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Andi Bernadee, kembali memikat peminat dengan single terbaharunya berjudul Siapakah Namamu, sebuah lagu yang mengangkat kisah indah pertemuan cinta yang tidak...