Selepas hampir seminggu laporan polis dibuat terhadap seorang pemilik akaun di Instagram yang menulis komen mempersoalkan taraf anak pelakon Rita Rudaini, akhirnya individu tersebut telah tampil menghubungi peguam aktres berkenaan.

Menurut peguam yang dilantik iaitu Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan, lelaki berkenaan sudah menghubunginya sekali gus menjelaskan mengenai komen yang telah dibuat.

“Selepas laporan polis dibuat, individu itu ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai komen yang ditulis di Instagram milik Rita.

“Memandangkan kita sudah buat laporan polis, jadi dia perlu bertemu dengan pihak polis untuk ambil kenyataan.

“Berbaki lebih kurang tujuh hari sahaja lagi, lelaki itu perlu tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf dengan Rita. Tarikh pertemuan itu masih dalam perbincangan dan akan ditetapkan oleh polis,” lapor mStar.

IKLAN

Syakirin pada masa sama turut memaklumkan, individu berkenaan setakat ini memberikan kerjasama yang baik.

“Lelaki itu memberikan kerjasama yang baik dan pertemuan itu mungkin akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, pelakon Rita Rudaini ada membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman Instagram, pada Isnin.

IKLAN

Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara, Selangor.

Netizen yang dimaksudkan telah meninggalkan komen mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya pada salah satu foto yang di muat naik.

“Entah anak-anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer,” tulis pemilik akaun berkenaan.

IKLAN

Sejurus laporan polis telah dibuat, Rita Rudaini yang diwakili peguam memberi tempoh selama 14 hari buat yang terlibat untuk tampil membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan mahkamah.

Bintang berusia 43 tahun itu memiliki dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.

Rita mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun keduanya bercerai pada September 2013.

Sumber/Foto: mStar/Instagram Rita Rudaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI