Menepati ramalan ramai, malam final program Big Stage yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), menyaksikan peserta Korea Selatan, Han-Byul diumumkan sebagai juara bagi musim kedua.
Bintang berusia 29 tahun itu membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style, sebuah telefon pintar Vivo V17 Pro dan trofi.
Mempersembahkan dua lagu termasuk single terkininya berjudul Luka Dan Bahagia, persembahan meyakinkan dari Han-Byul nyata mendapat tepukan gemuruh penonton di auditorium serta reaksi positif juri.
Tempat kedua dimenangi Neeta Manisha yang mendendangkan lagu I Wanna Dance With Somebody dan Ruang Mimpi iaitu single terbarunya.
Bintang muda itu membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.
Ads
Peserta dari Kuala Lumpur, Adzrin menduduki tempat ketiga, membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 beserta trofi dengan mengumpul markah sebanyak 61.99 peratus.
Ads
Tempat keempat dan kelima masing-masing disandang Irfan Haris dan Dinda Permata yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, Dinda RM5,000.
Konsert akhir Big Stage yang dihoskan Alif Satar ldan Sherry Al Hadad menampilkan Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan Cakra Khan selaku juri tetap serta Misha Omar sebagai juri jemputan.
Penutup konsert akhir Big Stage 2019 yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria 104 dan Ria HD 123 turut diserikan dengan persembahan dua juri tetapnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon mengakui hubungannya bersama bekas isteri, Fatin Afeefa kian baik demi kepentingan anak.
Malah pada masa sama, bintang Juvana ini turut menafikan dakwaan kononnya hubungan baik bersama Fatin kerana ingin mencari publisiti murahan.
“Memang betul, pada awalnya ada perbalahan antara kami dan setiap yang berlaku itu pasti ada sebab. Sesetengah orang mungkin anggap berbaik dengan bekas isteri seolah-olah nak mencari publisiti.
“Tapi sebenarnya hubungan kami baik semata-mata untuk anak…lagipun anak selalu tanya kenapa tak keluar dengan mummy dan dia mungkin tanya kepada Fatin kenapa tak keluar dengan daddy” ujarnya seperti yang dipetik mStar.
Difahamkan sebelum ini, hubungan keduanya dingin selepas mereka membawa haluan masing-masing.
Bagaimanapun, Adam baru-baru ini ada berkongsi foto bersama Fatin saat menghadiri satu majlis.
“Tapi kami sekarang okay sahaja. Tiada masalah. Malah, kami boleh main game bersama dekat event. Sebenarnya hubungan kami baik semata-mata untuk anak.
“Pernah beberapa hari lalu netizen timbulkan isu dan buat hubungan saya dengan Fatin jadi tegang.
“Apa-apa saya update di Twitter kadang-kadang bukan dituju untuk sesiapa pun.Kenyataan itu random saja,” jelasnya yang lebih selesa untuk bersikap profesional.
Sementara itu, Adam turut menjelaskan ketika ini dia terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
“Buat masa ini saya selesa berkawan dengan semua orang. Setakat ini tiada apa-apa planning tapi kalau ada yang mendoakan, siapa tahu ia menjadi,” katanya ringkas.
Untuk rekod, Adam mendirikan rumah tangga dengan pelakon Tentang Bulan berusia 25 tahun itu pada 21 Disember 2013.
Bagaimanapun, keduanya bercerai pada 30 Mei 2017 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia empat tahun.
Kian menyerlah di Indonesia, bakat serta pesona yang dimiliki pelakon dan hos, Uyaina Arshad semakin diterima ramai penggiat seni di sana.
Mengimbau kenangan, bintang berusia 27 tahun yang dicungkil bakatnya menerusi satu program pencarian ikon Muslimah memberi kesempatan buatnya untuk mencari peluang mencari tapak kukuh di negara jiran.
“Sekitar April lalu, pihak produksi di sana ada tawarkan saya untuk jadi hos bagi program Dangdut Akademi (D’Academy Asia) sahaja.
“Bagaimanapun tiba-tiba sebulan kemudian pengurus saya, Rahman beritahu Indosiar tawarkan untuk sebuah lagi prgoram iaitu Golden Memories Asia 2019.
“Saya difahamkan sebelum ini program tersebut hanya melibatkan penyanyi tempatan sahaja.
“Akan tetapi untuk musim baru, mereka kembangkan ia dengan memanggil peserta serantau. Jadi saya sambung terus berada lebih empat bulan di sana,” katanya yang dijadual bakal mengendalikan D’ Academy Asia musim terbaru.
Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad merupakan juara pertama pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang anjuran Indosiar.
“Sejak itulah, peluang dan rezeki hadir. Saya diberi peluang untuk menjadi hos bagi beberapa rancangan besar di sana. Misalnya D’Academy Asia dan Akademi Sahur Indonesia (Aksi) Asia 2018.
“Alhamdulillah reaksi yang diterima sangat baik dan mereka boleh terima saya dengan terbuka,” jelasnya kepada MH.
Tidak mahu memberi tumpuan dalam satu bidang semata, wanita asal Perak ini turut mencari peluang dalam dunia lakonan di negara ini sementelah beberapa drama lakonan terdahulu seperti Lelaki Kiriman Tuhan dan Curi-Curi Cinta mendapat perhatian yang bukan calang-calang.
“Saya ni masih boleh dikira baru dalam lakonan, akan tetapi rezeki itu tetap ada. Alhamdulillah. Cuma ya, sebagai orang baru saya tidaklah terlalu mengetatkan soal pemilihan watak.
“Asalkan dia bersesuaian dengan imej dan batasan saya, itu sudah memadai. Cuma ketika ini, fokus dan komitmen saya perlu dilebihkan kepada pengacaraan dahulu,” katanya.
Uyaina juga turut mengakui ada menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah lagi drama bersiri atas kekangan komitmen. Bagaimanapun, ia tidak bermakna Uyaina mahu lupakan kerjaya seni di negara sendiri.
“Ramai juga yang tanya akan hal berkenaan, akan tetapi siaran program yang saya kendalikan di Indonesia lazimnya berlangsung dari malam Isnin hingga Jumaat. Jadi saya masih berpeluang pulang ke Malaysia pada hari minggu.
“Malah masih ada program yang perlu saya kendalikan juga,” jelas Uyaina yang memberi janji untuk cuma memberikan ruang terbaiknya dalam seni dua negara.
Ditanya mengenai status kesihatannya kini, Uyaina menjelaskan dirinya berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sibuk tidak bermakna dirinya leka untuk menjaga kesihatan.
“Saya masih bergantung kepada beberapa jenis pil yang berkaitan. Meski saya agak sibuk dengan jadual yang padat, namun saya cuba untuk pastikan diri mempunyai rehat selain mendapatkan tidur secukupnya.
“Malah saya kerap bertanya pada pakar mengenai status kesihatan selain turut melakukan senaman ringan untuk memastikan kadar degupan jantung berada pada paras normal,” jelas Uyaina yang turut perlu mengawal menu pemakanannya.
Awal tahun ini, bintang tersebut telah disahkan menghidap penyakit komplikasi jantung takikardia supraventrikel(SVT) dan injap jantung.
Penyanyi Fieya Julia mendedahkan antara gangguan misteri yang dialami sepanjang berada dalam saingan Big Stage 2019.
Menurut Fieya, perkara tersebut dialaminya beberapa kali hingga menyebabkan persembahannya terjejas.
“Ketika minggu pertama saingan, saya berada di belakang pentas dan ketika itu saya berseorangan. Saya ada nampak seperti ada entiti yang dalam keadaan mencangkung pandang saya.
“Tak berapa jelas sebabnya saya seorang yang rabun, kadang benda biasa pun saya rasa ia ‘benda tu’. Mungkin overthinking juga…Terus gementar jadi hilang fokus,” katanya jujur.
Malah, situasi menyeramkan turut dirasainya saat mahu pulang ke rumah sejurus selesai saingan separuh akhir Big Stage.
“Jujurnya, pada saingan separuh akhir pun, saya ada ternampak seperti seekor anjing Bulldog yang berada di tepi jalan. Saya ada bercerita hal sama kepada pengurus juga, tetapi dia tidak percaya.
“Ia berada di tepi jalan sewaktu pulang. Ia seakan-akan Bulldog yang tidak berbulu…berwarna coklat dan duduk mencangkung. Saya tengoknya sekilas panjang,” akui Fieya.
Ditanya mengenai apakah reaksinya apabila pendedahan terdahulu yang kononnya dia ada menerima gangguan sepanjang bersaing di program berkenaan, Fieya ada jawapan sendiri.
“Jujurnya sebelum ini saya juga tidak percaya akan perkara-perkara sedemikian. Apa pun, saya rasa mahu ikhtiar untuk pergi berubat, cuma belum berkesempatan.
“Ramai juga yang meminta saya untuk berbuat demikian. Ini cerita betul, saya bukan reka,” tegasnya yang turut mengakui seorang yang lemah semangat.
Pada masa sama, penyanyi yang kini muncul menerusi single terbaru, Jangan Gila turut mendedahkan peti suaranya seakan-akan dikunci ketika mahu membuat persembahan.
“Saya sendiri tak tahu apa puncanya. Boleh dikatakan setiap minggu saya tidak berapa sihat.
“Misalnya ketika saya mahu membuat persembahan, peti suara saya seperti ‘dikunci’. Memang tak boleh, kalau nak nyanyi rasa macam sakit,” kata Fieya yang sebolehnya tidak mahu percaya dengan hal-hal yang di luar akal.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.