Seorang atlet renang muda Sarawak yang dipercayai mengalami kemurungan ditemui mati oleh ibunya di kediaman mereka di Tabuan Laru, Sarawak, pada Khamis.
Suara Sarawak yang dipetik dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mangsa dikenali sebagai Ayrton Lim, 19, didapati tidak sedarkan diri di bahagian ruang tamu rumahnya.
“Pasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Menurut ibu mangsa, mangsa mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu Awang Din berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah.
Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana menjemput adiknya pulang dari sekolah.
Mangsa sebelum ini pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (Sukma) dan dikatakan baru pulang menjalani latihan di Singapura.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Terdahulu, beberapa jam sebelum atlet berkenaan ditemui mati, Aryton Lim dipercayai ada memuat naik satu IG Story yang mungkin menjadi posting terakhir, iaitu;
“It has been a wonderful 19 years, and i’m grateful if you’re part of it :)Thank you.”
Menjengah ke ruangan komen di Instagram juga, para peminat turut memberikan dedikasi terakhir selain tumpang sedih atas berita kematian atlet muda berbakat itu.
Foto: Instagram Aryton Lim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Beberapa hari lalu, pelawak Ali Puteh ada menitipkan luahan hati menerusi salah satu entri yang merakamkan foto permata hatinya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah di Instagram.
Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dilihat meninggalkan pesanan anaknya yang sinonim dipanggil Ainul itu agar terus kuat deminya dan si ibu.
“Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Untuk anak walid dan ibu sharifah nur ainul mardhiah, Walid tau kamu kuat.
“Soal duit walid usahakan..biar lah susah dan perit..ibu dan walid akan sentiasa bersama kamu..yg penting kamu kuat dan walid nak kamu terus kuat untuk ibu dan walid,” tulisnya.
Lalu, perkongsian menyentuh perasaan itu disusuli dengan pelbagai komen peminat yang rata-ratanya mendoakan agar si comel berkenaan segera sembuh.
Malah isterinya, Melati Fitri Abdullah turut berkongsi foto serta keadaan terkini anaknya itu, pada Khamis.
Untuk rekod, Ainul mengalami masalah masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang dan difahamkan sedang menantikan giliran untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).
Foto: Instagram Ali Puteh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.