Menurut penyanyi berusia 19 tahun ini, hubungan perkenalan bersama Shalma hanya sekadar teman rapat.
“Sebenarnya saya dengan Shalma ni kami memang rapat dan saling kenal mengenali.
Baru-baru ini dia patah kaki jadi saya selagi boleh macam hiburkan dia buat dia rasa okey.
“Kadang-kadang bawa dia keluar pergi makan malam jumpa kawan-kawan saya, pergi Big Stage jadi tak ada lah dia macam rasa sepi sangat.
“Kaki dia patah di bahagian tumit dan mengambil masa yang lama untuk pulih jadi saya harap kita semua doakan yang terbaik buat dia, InsyaAllah.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bidadari ini berkata hubungan dia bersama gadis tersebut semakin rapat apabila kerap luang masa bersama.
“Bagi saya peminat ni setengah orang cakap benda tu adalah risiko, janganlah buat itu ini dan sebagainya tapi saya percaya dengan peminat dan saya pun sayang mereka macam mana mereka sayangkan saya.
“Tanpa mereka saya tak akan berada dimana saya berada sekarang, Jadi bagi saya untuk kongsi YouTube content ke apa tu tak salah sebab kami hanya berkawan,” kongsi Ismail jujur.
Selain itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bidadari ini memaklumkan bahawa gadis tersebut telah diterima baik oleh keluarganya meski hanya berkawan rapat.
“Kita boleh berkawan dengan siapa sahaja kita nak berkawan dan Mama pun selesa dengan dia. Jadi bagi saya membuat YouTube content dengan dia bukan satu kesalahan.
“Saya rasa teruja sebab peminat saya pun teruja nak tengok video tu sebab kami jadi diri kami sendiri kat dalam video tu. Tak ada nak control itu ini jadi seronoklah.
“Semua kawan yang saya kenal saya nak restu daripada parents mereka, boleh tak saya nak kenal dengan anak puan atau anak pak cik sebab benda tu kadang-kadang kita tak tahu kalau mereka tak selesa dengan kita.
“Jadi kita pun akan jadi tak sedap hati dan tak nak benda-benda macam tu jadi,” katanya kepada MH.
Hampir dua tahun beri fokus pada rumah tangga, Izara Aishah tidak menafikan meski dirinya ada menerima tawaran lakonan, namun dia memilih untuk selektif.
Malah, bintang ini juga sebolehnya cuba untuk tidak membawakan watak yang berunsurkan stereotaip terhadap golongan wanita.
“Jujurnya saya sangat cerewet tentang watak yang akan dibawa dan disebabkan itu saya jarang muncul di kaca televisyen.
“Kalau boleh, saya tidak mahu membawa watak klise mengenai wanita. Biarlah watak yang diberikan itu mencabar dan berdasarkan kisah benar pun bagus,” jelasnya.
Izara terdahulu ditemui pada majlis pelancaran Izara Aishah X Lilit di The Linc Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun ini turut berkongsi pandangan mengenai kritikan netizen akan penampilannya yang dikatakan agak berani.
“Apa sahaja yang dikatakan netizen, saya tidak pernah ambil kisah. Dan ia tidak penting,” tegasnya ringkas.
Terdahulu, aktres ini kembali berkongsi perihal suntik bibir sebagaimana yang pernah dinyatakannya menerusi laman Twitternya, tidak lama dulu.
“Saya mengaku suntik bibir dan kini bibir saya sudah kembali seperti biasa. Ia tidak harus menjadi isu,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Izara Aishah muncul berkolaborasi bersama Fashion Valet mengeluarkan clothing line yang diberi nama Lilit khas untuk wanita berhijab.
Cukup mengejutkan, ada koleksi pakaian Izara Aishah X Lilit sudah pun habis terjual hanya dalam masa satu hari selepas dilancarkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik terharu apabila Aaron sanggup menikmati makanan yang disediakan meski dalam keadaan penat.
Malah, ibu kepada tiga orang anak itu turut menghargai pengobanan suaminya yang sentiasa bekerja keras untuk keluarga.
“Alhamdulilah… Sebagaimana kita para isteri ingin dihargai, suami kita juga patut dipeluk dan berterima kepadanya atas semua kebaikan dan kerja keras mereka. Semoga Allah sentiasa menjaga suamiku dari segala bahaya. “Dua hari yang lalu dia pulang dari kerja dan MeleTOP, kelihatan sangat letih sampai nak makan pun dia tidak dapat membuka matanya.
Dalam pada itu, Diyana mengharapkan agar anak-anak turut memahami kerjaya bapanya yang sentiasa padat dengan aktiviti bergelar selebriti.
“Saya harap anak-anak kita akan menghargai bapa mereka. Anak-anak, mohon memahami keadaan bapa kamu apabila dia letih, faham ketika dia berkata tidak, faham ketika dia tidak dapat mengambil kamu dan faham jika apa sahaja yang dia lakukan semuanya adalah untuk keluarga. “Terima kasih. Sayang awak. @aarondwiaziz. Satu-satunya perkara yang lebih baik daripada mempunyai awak sebagai suami adalah anak-anak kita mempunyai awak sebagai bapa mereka. Alhamdulilah, terima kasih Allah S.W.T,” tulisnya.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.