Bersempena dengan sambutan ulang tahun ketiga platform penstriman dimsum November depan, sebuah konsert yang menampilkan sembilan artis popular dari Thailand, dimsum Thai Pop 2019 akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia.
Lebih menarik, ia bakal dimeriahkan dengan kehadiran pelakon Sunny Suwanmethanont, yang popular menerusi filem Brother Of The Year yang ditayangkan sekitar tahun lalu.
Ads
Kini, nama bintang kacak itu kembali menjadi sebutan selepas drama terbarunya, My Ambulance meraih tontonan ramai di platform dimsum.
Turut sama mengambil bahagian dalam Thai Pop 2019 ialah kumpulan vokal 9BY9. Mereka dikenali menerusi drama lakonan bersama, In Family We Trust. Empat daripada ahli kumpulan 9BY9 akan menyertai konsert ini.
Ads
Mereka terdiri daripada vokalis Tor Thanapob Leeratanakachorn yang membintangi drama yang popular di Asia, Man of Vengeance; rapper Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram; dan juga vokalis Captain Chonlathorn Kongyingyong serta Ice Paris Intarakomalyasut.
Bakal mengambil tempat di IDEAL Convention Centre, Shah Alam, Selangor, pada 10 November 2019 pukul 6 petang, konsert dimsum Thai Pop 2019 turut dijayakan Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong, Thanaerng Kanyawee Songmuang dan Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat.
Bintang Instafamous, Nasrul Faiz Abu Azal atau lebih dikenali sebagai Faizdickie ada berkongsi cerita duka bersama peminat di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Faiz, dia terpaksa menjalani pembedahan di bahagian ketiak akibat terkena jangkitan kuman ‘Abscess’ yang merupakan sejenis penyakit bengkak yang bernanah beberapa bulan lalu.
Difahamkan, Faiz terkena jangkitan kuman berkenaan selepas mencukur bulu di bahagian bawah lengannya.
“PART 1 | Bayangkan sebab KETIAK, kau kene bayar RM17,000! Mana tak pening oi! Haha
“Kisah ni jadi bulan March hari tu. Ramai #Villagepeople terkejut and curious bila abang masuk wad kene operate. Now meh abang share what actually happened:
“1. One day abang perasan kat ketiak abang mcm ada jerawat. Usually biasalah lepas shave bulu ketiak, akan ada irritation sikit and after few days benda tu akan hilang.
“2. Lepas 4/5 hari ‘jerawat’ tu makin membesar macam bisul. First time jadi kat abang so kita just bubuh krim farmasi lah. Tapi makin lama makin sakit sampai susah nak gerak tangan.
“3. Abang pi klinik and doc kata tu adalah abscess. Dia terus rujuk ke hospital. Abang gi Thompson Hospital (icing gi pvt hosp sebab fikir ada amik insurans Great Eastern – GE). Haha
“4. Doc hospital confirmkan yang it is abscess and puncanya besar kemungkinan sebab infection masa shave bulu ketiak! Apoo! Haha
“5. Apparently, kuman tu ada kat whole over our body so masa shave tu maybe ada luka kecil yang kita tak perasan. So kuman tu masuk and berlakulah infection. Doc cakap ni kene minor operation untuk buang abscess tu. Wadefak
“6. Tanya kos, doc kata anggaran RM5-8k untuk operate. Malangnya masa mintak Guarantee Letter kat GE, kene rejek pulak! Kelam kabut contact ejen insurans @sharifahnurnalia and she convinced me to proceed and nanti claim balik dari insurans.
“7. Mujur ada saving so proceed ngan admission ward and operation. Nak dijadikan cerita, operation buang abscess tu kene dua kali pulek! First – operate buang. Then a week later, jahit balik. Tempoh seminggu tu untuk kasi daging yang rompong tu heal dulu. Yih
“8. Time tu dah pening dah sebab satu; risau nak operate dan dua; dok pikir bil hospital yang totalnya dekat RM17,000 untuk 2 operation, ward, rawatan susulan. Haaa
“9. Alhamdulillah operation ok. 2 hari lepas tu dah discharge tapi everyday selama seminggu kene ulang-alik cuci jahitan kat hosp. Everytime cuci, kene byr RM seratus lebih.
“10. Lebih kurang sebulan selepas tu, jahitan pun dibuka. Kalau orang lain ada parut kat muka, kening etc, abang plak ada parut sejengkal kat ketiak. Tak gangster langsung!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.