Penyanyi, Azian Mazwan Sapuan meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Amil Zulkarnain, berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pada 13 September lalu.
Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja PALAPES UA ke-43 itu telah berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Majlis penuh istiadat itu turut menyaksikan seramai 178 Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerima watikah tauliah selepas menamatkan pengajian akademik dan latihan.
Menerusi Instagram, Azian menitipkan dedikasi juga perasaan bangga atas kejayaan yang diraih anak tersayang.
“Tahniah anakandaku Amil berjaya menyelesaikan pengajian (badan beruniform dan akademik).
Ads
“Alhamdulillah dan terima kasih UPNM. Pengiktirafan ini di atas segala usaha, komitmen dan dedikasimu. Kami sekeluarga menjadi saksi kesungguhan Amil.
“Semoga dapat berkhidmat dengan penuh ikhlas, bertanggungjawab dan amanah,” tulis Azian penuh rasa bangga.
Ads
Pesan Ibu Buat Anak
Menerusi hantaran sama, Azian sempat berpesan agar anaknya sentiasa merendah diri serta mengingati Allah dalam setiap langkah kehidupan.
Ads
“Mama sentiasa doakan kejayaan untuk anak mama semuanya, InsyaAllah….amin.
Peserta mewakili Johor, Allyson Mei Ee, muncul juara dan dinobatkan sebagai Miss International Malaysia 2025 selepas menewaskan 11 peserta lain dalam pertandingan yang berlangsung penuh meriah di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu.
Kemenangan itu meletakkan Allyson, seorang Jurutera Kimia, sebagai wakil rasmi Malaysia ke pentas Miss International 2025. Beliau bukan sahaja menyerlah dengan keanggunan, malah kecerdasan dan karisma yang menjadikannya contoh figura wanita moden Malaysia.
Naib johan pertandingan kali ini disandang oleh Yap Wen Wei, wakil dari Kelantan, yang turut menawan hati juri dengan keyakinan dan keperibadiannya.
Ketika pusingan soal jawab, Allyson menerima soalan megenai ketidaksamarataan gender yang masih wujud biarpun masyarakat sudah maju kehadapan.
“Saya seorang Jurutera Kimia dan saya tahu perasaan tidak didengari dalam bidang yang didominasi lelaki. Saya tahu ada wanita tidak percaya diri mereka sendiri.
“Jika saya diberi peluang untuk bergelar Miss International Malaysia yang seterusnya, saya mahu meletakkan pemerkasaan wanita dengan adanya representatasi.
“Mahu ke setiap negeri dan wilayah di Malaysia serta ke sekolah untuk menunjukkan kepada gadis muda yang mereka boleh memilih takdir mereka sendiri dan memilih untuk kejar impian masing-masing,” jawabnya.
Allyson bukan asing dalam dunia ratu cantik. Sebelum ini, beliau pernah bertanding di Miss Universe Philippines 2025 mewakili Caloocan City, di mana beliau memenangi anugerah Best in National Costume.
Dengan kemenangan ini, Allyson membawa harapan seluruh rakyat Malaysia untuk menyerlah di pertandingan dunia, sekaligus memperkukuh reputasi wakil negara di pentas antarabangsa.
Imbas kembali, wakil Malaysia kali pertama berjaya tembus bergelar finalis top 15 di peringkat antarabangsa Miss International adalah pada edisi 2023 menerusi perwakilan Cassandra Yap.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo didakwa selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya, Dash Berlin di sebuah pulau terkemuka di Indonesia.
Dipercayai majlis diadakan secara tertutup dengan dengan dihadiri keluarga kedua belah pihak pada petang hari ini di Bali, Indonesia.
Menerusi sekeping foto yang tular, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30, anggun mengenakan persalinan gaun putih sambil berpegangan tangan dengan lelaki berkenaan.
Terdahulu pada Mei, Sabronzo mengakui cincin yang sering disarung pada jari manisnya adalah pemberian dari individu yang istimewa.
Bagaimanapun, Sabronzo memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai lelaki berkenaan meski tidak menafikan kisah perhubungannya belum lagi masuk ke fasa yang serius.
Malah jelas Sabronzo, sejak pembabitannya dalam bidang seni, dia sangat menjaga privasi selaon lebih selesa untuk berkongsi hal berkaitan dengan kerjaya seni.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun menjadi antara peserta ‘favourite’ di Kilauan Emas 2025 (KE2025), perjalanan Vijay akhirnya terhenti di minggu ketiga.
Satu-satunya peserta berbangsa India di KE2025 itu gagal menyaingi peserta-peserta lain yang lebih berpengalaman apabila persembahannya menerusi lagu Joget Kenangan Manis hanya meraih markah terendah sebanyak 61.31%.
Bagaimanapun, peserta asal Taiping ini tetap menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka selain teruja kerana berjaya melangkah sehingga minggu ketiga.
“Sebenarnya saya tidak berasa sedih. Saya sampai ke tahap ini pun sudah satu keajaiban.
“Daripada lebih 500 orang yang datang ke uji bakat, saya yang tiada apa-apa latar belakang tentang nyanyian di pentas besar ini yang terpilih.
“Ini adalah satu pengalaman terbaik dalam hidup saya. Satu ketika dahulu, saya tidak dikenali. Kini, ramai yang kenal saya.
“Ini satu pencapaian juga buat diri saya,” katanya sejurus saingan konsert di Royal Theatre, Shah Alam, pada Ahad.
Ditanya sama ada dia merasakan dirinya patut diberikan lebih banyak peluang di KE2025, Vijay menyifatkan ia adalah lumrah pertandingan.
“Saya tidak rasa seperti itu. Ini adalah pertandingan dan saya bersaing dengan peserta-peserta terbaik. Mereka memang layak untuk terus berada di sini.
“Setakat ini sahaja peluang saya. Kita kena bagi peluang kepada mereka yang lebih profesional untuk teruskan perjuangan.
“Saya tak rasa ralat. Bila bertanding bersama mereka, saya rasa diri ini sudah menang,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Vijay turut memaklumkan dirinya akan meneruskan kerjaya nyanyian di luar nanti dan bersedia memenuhi sebarang jemputan persembahan.
“Saya akan terus aktif di media sosial seperti Tik Tok. Jika ramai peminat yang mahu dengar saya menyanyi atau ada jemputan, saya akan terus menyanyi.
“Saya tidak akan berhenti menyanyi. Kalau ada apa-apa program, boleh sahaja jemput saya,” katanya lagi.
Sementara itu, Zekrai berjaya merampas kedudukan pertama apabila meraih markah tertinggi sebanyak 75.88%.
Zekrai yang sebelum ini sinonim dengan muzik rock berjaya menambat hati juri apabila keluar daripada zon selesa dengan membawakan lagu rap berjudul Alhamdulillah nyanyian asal Too Phat, Yassin Sulaiman dan Dian Sastro.
Turut mengekori rapat Zekrai ialah Zanie yang cemerlang menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu nyanyian asal Ning Baizura, yang juga juri tetap KE2025.
Kinar pula terus mencipta sensasi apabila berjaya meraih Anugerah Emas Berkilau Of The Week untuk tiga minggu berturut-turut.
KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).
Sistem pemarkahan ditentukan melalui 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton di rumah. Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Selain konsert mingguan selama lapan minggu, peminat juga boleh mengikuti Diari Kilauan Emas 2025 bermula 11 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.30 malam, serta Kapsul Profil Peserta mulai 5 Ogos jam 3 petang.
Untuk musim ini, Elly Mazlein kembali sebagai pengacara utama, dibantu pelawak Joey Daud yang mengendalikan segmen belakang pentas dan diari.
Barisan juri pula terdiri daripada primadona Erra Fazira, pelawak Roy Azman serta juri baharu, Ning Baizura, manakala Zarul Husin bertindak sebagai hos Spotlight yang bersiaran selepas konsert pada jam 11.30 malam di Astro Prima.
KE2025 juga boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Demikian reaksi ringkas pelakon Abby Abadi selepas anaknya, Marissa Diana Hakim disahkan bercerai dengan suaminya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, pagi tadi.