Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril menitipkan rasa syukur menerusi Insta Stories, malam tadi.
Hantaran tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa isu rumah tangga mereka kembali pulih selepas berdepan konflik baru-baru ini.
“Alhamdulilah! Forgive and forget (memaafkan dan melupakan),” tulisnya.
Malah, Nur Syazwani turut berkongsi semula foto mereka sekeluarga selepas ia dimuat naik terlebih dahulu oleh pemain Selangor FC itu.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga mendoakan yang baik-baik selain menggambarkan kehidupan terkini mereka seperti pasangan pengantin baharu.
Ads
“May Allah protect our marriage till Jannah! (semoga Allah pelihara perkahwinan kita sehingga ke Jannah).
“Love you (cinta kamu) Faisal Halim, rasa macam baru kahwin semalam,” kongsinya disusuli dengan emoji.
Ads
Pernah Failkan Perceraian
Terdahulu, media melaporkan bahawa Nur Syazwani telah memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Perkara itu turut disahkan oleh peguam mewakili Nur Syazwani, Roshdan Sujak Rafie, yang memaklumkan mahkamah menetapkan 16 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian pasangan terbabit.
Ads
Nur Syazwani juga sebelum ini pernah meluahkan hal berkaitan dengan kisah rumah tangganya menerusi Insta Stories.
Sebagai informasi, Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey berkahwin dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap program realiti Kilauan Emas 2025 (KE2025), Ning Baizura menyifatkan kualiti persembahan para peserta minggu ini semakin mantap dan memperlihatkan kesungguhan yang tinggi demi menambat hati juri.
Meskipun turut merasai kehilangan selepas Nurul Azwa Md Shari atau Nurul diumumkan sebagai peserta tersingkir, Ning bagaimanapun menegaskan aspek simpati tidak boleh dijadikan faktor dalam menilai prestasi peserta.
“Kita sudah memasuki saingan minggu keempat dan kami di pihak juri merasakan ada pesembahan peserta lain malam tadi yang lebih ‘onz’. Mereka sudah mencuba dengan sehabis baik.
“Kita tidak boleh mengambil (menilai) dari sisi simpati sebab kadang-kadang kalau kita nak mengasihani… bukan lagi. Ini pertandingan dan sudah menjadi adat akan ada peserta yang kurang bernasib baik.
“Apa pun, saya tumpang sedih bila ada peserta yang terpaksa pergi. Pada saya, Nurul berlapang dada dengan penyingkiran yang diumumkan.
“Ketika bersalam dengan kami, dia positif dan mengucapkan terima kasih kerana dia percaya rezeki, setakat ini sahaja perjalanannya di Kilauan Emas 2025. Kami juga turut berikan semangat untuk dia teruskan apa yang diminatinya.
“Manakala untuk Ezan dan Shah yang turut berada di kedudukan ‘bottom 3’ malam tadi, mereka dah tak boleh nak main-main. Semoga mereka dapat berikan yang terbaik untuk minggu hadapan,” katanya.
Ning turut menambah, ada peserta yang kini menunjukkan peningkatan ketara dalam usaha mempamerkan bakat mereka di atas pentas.
“Sudah minggu keempat persaingan dan kita boleh melihat ada sesetengah daripada mereka yang mulai lebih serius. Mula menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.
“Kita boleh nampak ada di antara mereka juga yang bersemangat untuk kembali mempamerkan bakat yang ada di atas pentas. Ada peserta yang tak sambil lewa, itu yang membuatkan saya rasa bangga.
“Tapi saya percaya penyokong yang hadir juga memberikan semangat kepada peserta bertanding untuk beri mereka semangat.
“Malah pemilihan lagu juga menjadi antara faktor persembahan secara keseluruhan.
“Tapi minggu ini saya puji dengan penampilan dan gaya masing-masing. Persalinan yang dikenakan tepat dengan konsep lagu. Saya melihatnya dari keseluruhan persembahan,” katanya lagi.
Malam tadi, Nurul, 46, yang menyampaikan lagu Ayam Den Lapeh nyanyian asal Anita Sarawak, terpaksa akur untuk meninggalkan saingan minggu hadapan apabila meraih markah terendah dengan 59.04%.
Sementara itu, kedudukan pertama menjadi milik Mazleen dengan 79.07% diikuti Zanie 78.45% dan Kinar sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang Emas Berkilau Of The Week.
Berikut ialah senarai penuh markah peserta minggu keempat saingan;
1. Mazleen – 79.07%
2. Zanie – 78.45%
3. Nawary – 77.61%
4. Majid – 72.71%
5. Zekrai – 68.94%
6. Kinar – 68.67%
7. Leeza – 66.06%
8. Ezan – 63.24%
9. Shah – 59.39%
10. Nurul – 59.04%
KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105) atau strim menerusi Astro One dan sooka.
Sistem pemarkahan ditentukan melalui 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton di rumah. Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Selain konsert mingguan selama lapan minggu, peminat juga boleh mengikuti Diari Kilauan Emas 2025 bermula 11 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.30 malam, serta Kapsul Profil Peserta mulai 5 Ogos jam 3 petang.
Untuk musim ini, Elly Mazlein kembali sebagai pengacara utama, dibantu pelawak Joey Daud yang mengendalikan segmen belakang pentas dan diari.
Barisan juri pula terdiri daripada primadona Erra Fazira, Roy Azman serta juri baharu, Ning Baizura, manakala Zarul Husin bertindak sebagai hos Spotlight yang bersiaran selepas konsert pada jam 11.30 malam di Astro Prima.
KE2025 juga boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan anak-beranak, Shuib dan Thalita sekali lagi mencuri perhatian apabila berada di kedudukan pertama di program realiti, Talk To My Manager (TTMM) malam tadi dengan 90.67%.
Tersendiri ketika membawakan lagu dangdut ‘Dag Dig Dug’ yang dipopularkan oleh Haiza, persembahan nyata memikat hati juri.
Tempat kedua pula diraih anak kepada Ameng, Ammar Haikal dengan markah sebanyak 90.33 diikuti Amad (Siti Sairah) dengan 89.33%.
Athalia (Sharifah Zarina), Marsya (Liza Hanim) dan Hadie (Ina Naim) pula menduduki tangga tiga terbawah, namun sekali lagi tiada penyingkiran dilakukan.
Berikut ialah markah penuh di minggu kedua:
1.Shuib x Thalita – 90.67%
2.Ameng x Ammar Haikal – 90.33%
3.Siti Sairah x Amad – 89.33%
4.Sharifah Shahirah x Auddra – 80.00%
5.Aziz M Osman x Ara – 78.00%
5.Sharifah Zarina x Athalia – 77.67%
6.Liza Hanim x Marsya – 76.67%
7.Ina Naim x Hadie – 72.00%
TTMM dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri yang terdiri daripada Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal.
Berlangsung selama 7 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Ia turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada jelitawan kelahiran Kuala Lumpur, Chloe Lim, 27, yang telah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2025, malam tadi.
Chloe menewaskan 15 finalis lain dalam merebut gelaran yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Dengan kemenangan yang diraih, Chloe membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 bersama mahkota bernilai RM200,000.
Tempat kedua pula diraih Priya Simmi manakala tempat ketiga menjadi milik Jen Lin.
Chloe yang memiliki dua ijazah sarjana dan kini bergelar management consultant, optimis untuk berusaha demi meneruskan legasi pemenang tahun lalu, Sandra Lim, yang berjaya menempatkan diri dalam Top 30 Miss Universe 2024.
“Sandra telah meninggalkan legasi yang memuatkan seluruh rakyat Malaysia bangga dengan pencapaiannya.
“Saya berjanji akan berikan yang terbaik untuk Malaysia tidak kira betapa sukar perjalanan yang bakal ditempuh,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kebangsaan Miss Universe Malaysia, Charissa Chong berkata, pihak organisasi akan melakukan persiapan terbaik untuk memastikan wakil Malaysia meneruskan prestasi cemerlang di pentas Miss Universe 2025 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand November depan.
“Pelbagai aktiviti telah pun diaturkan untuk Chloe termasuklah menghadiri persidangan bersama menteri serta melakukan kerja-kerja sosial bersama komuniti Orang Asli.
“Kami juga akan menyediakan latihan yang rapi untuk ‘catwalk’ serta tatarias sebagai persediaan menghadapi Miss Universe di Thailand nanti,” kongsinya.
Berketinggian 174cm serta berpengalaman luas menimba ilmu di luar negara, ini merupakan penampilan sulung Chloe dalam dunia ratu cantik dan terus berjaya merangkul gelaran utama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...