Select Page
“Setiap Orang Punya Pandangan Berbeza,” – Bila Ada Yang Dakwa Bobo Di Mana Macam ‘Soft Porn’, Sajat Buka Mulut

“Setiap Orang Punya Pandangan Berbeza,” – Bila Ada Yang Dakwa Bobo Di Mana Macam ‘Soft Porn’, Sajat Buka Mulut

Meskipun single kedua nyanyian usahawan berjudul Bobo Di Mana, Nur Sajat mendapat kedudukan trending menerusi YouTube, bagaimanapun lagu  tersebut tetap dikecam ramai. Malah, nyanyiannya bersama dua rakan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Lucinta Luna itu juga mendapat tanda disklike tinggi.

Hingga ada netizen yang memberi reaksi pelbagai terhadap lagu berkenaan. Ada yang mengatakan tarian dan lagu tersebut mempunyai elemen soft porn yang boleh memberi impak negatif.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu menyangkal dakwaan tersebut. Baginya, setiap orang mempunyai pandangan dan interpretasi pelbagai terhadap sesebuah lagu. Bahkan, setiap lirik lagu juga pasti turut menerima tafsiran pelbagai pendengar.

“Bila lagu tersebut dilancarkan, saya ada dengar macam-macam orang cakap. Dalam ramai yang tidak suka, tetapi lagi itu tetap menjadi trending. Selepas isu konon liriknya ditiru daripada sebuah lagu lain, ada pula yang kata ia macam lagu soft porn dan sebagainya.

 

“Bagi saya, setiap orang punya pandangan berbeza-beza. Terpulang pada tafsiran. Kalau kita firkir lirik atau lagunya ke arah positif, positiflah. Begitu jga sebaliknya. Masing-masing punya pendapat dan pandangan sendiri. Tepuk dada, tanya selera,” katanya ketika dihubungi MH.

Pada masa sama, Sajat turut mengaitkan situasi sama pernah berlaku terhadap lagu Abang Nak tegur, nyanyian Aliff Syukri.

“Ketika lagu Abang Nak Tegur dulu pun, macam-macam yang dikata netizen. Ramai yang tidak suka dan beri macam-macam komen, tetapi ia tetap trending sebab yang penting mesej yang diberikan tidaklah negatif seperti yang difikirkan. Ia berbalik kepada pemikiran,” kongsinya. 

Sehingga kini, muzik video lirik daripada pasangan trio itu sudah pun ditonton hampir 8 juta kali tontonan dengan mendapat lebih 300,000 tanda ‘dislike’, berbanding hanya 47,000 klik terhadap tanda ‘like’.

 

 

[VIDEO] Belum Lancar Secara Rasmi, Lagu Trio DS Aliff Syukri, Sajat & Lucinta Dah Kena…

[VIDEO] Belum Lancar Secara Rasmi, Lagu Trio DS Aliff Syukri, Sajat & Lucinta Dah Kena…

Meskipun single terbaru daripada pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Sajat yang turut menampilkan selebriti Indonesia, Lucinta Luna yang berjudul Bobo Di Mana belum dilancarkan secara rasmi, namun ia sudah pun mendapat reaksi pelbagai netizen.

Ada yang suka dan tidak kurang yang tidak berapa gemar dengan lagu berkenaan apatah lagi dengan sedutan tarian yang dipaparkan menerusi teaser lagu tersebut.

Sehari lalu, figura yang sinonim dengan jenama Abang Kosmetik itu ada memuat naik lip sync ketika mereka terhadap lagu tersebut, lengkap dengan tarian yang cukup ‘mengundang’ di Instagram.

Lalu seperti biasa, ia menerima pelbagai pandangan netizen. Ada yang terasa malu dengan beberapa aksi yang dilakukan mereka, terutamanya daripada Sajat dan Lucinta.

Ini dia sedutan video berkenaan. What say you?? Tapi dalam ramai cemuh tu, video tersebut sudah pun ditonton hampir 700,000 kali ok di IG DS Aliff!

Foto/video: Instagram Aliff Syukri.

Throwback Gambar Anniversary Perkahwinan, DS Shahida Doa Keluarga Terpelihara Iman

Throwback Gambar Anniversary Perkahwinan, DS Shahida Doa Keluarga Terpelihara Iman

Semalam genap 11 tahun ulangtahun perkahwinan usahawan DS Nur Shahida Mohd Rashid dan suami DS Aliff Syukri.

Shahidah juga telah berkongsi gambar di akaun Instagramnya beserta kapsyen dengan kata-kata puitis.

“…Allah lebih mengetahui. Percaturan Allah x pernah salah sentiasa berbaik sangka…

 

Mudahan anda semua mendoakan perkahwinan kami diberi kebahagiaan hingga ke akhir hayat, jadikan anak2 kami anak2 yg soleh dan solehah,jadikan keluarga kami keluarga yg sakinah mawaddah dan warahmah”, tulisnya di ruangan kapsyen.

Hari ini genap usia perkahwinan kami mencecah 11 tahun 10/8/2007-10/8/2018. . Terasa cepat masa berlalu….anak2 pun makin bertambah….Syukur dikurniakan kehidupan yg lebih baik berbanding dahulu…dalam kehidupan kita ni banyak benda berlalu bagaikan mimpi….dulu saya nak ada rumah cantik saya selalu merungut dekat @aliffsyukriterlajaklaris saya kata tgk rumah orang lain semua cantik rumah kita x lawa….tapi dia cakap sabar lah kumpul duit dulu…Alhamdulillah rezeki Allah selalu ada utk orang sabar dan berusaha.. . Perkenalan singkat yg membawa ke jinjang pelamin..dugaan perkahwinan terlalu kuat…dugaan menjadi terkenal juga satu dugaan…orang selalu tanya kenapa saya kahwin dgn @aliffsyukriterlajaklaris saya tiada jawapan…sbb Jodoh itu Rahsia Allah…cuma saya yakin suami saya adalah yg terbaik…tidak merokok,tidak keluar malam,bukan kaki perempuan,bukan kaki mabuk,rajin berusaha dan mencari nafkah buat keluarga….zaman dia baru berniaga dia tak akan balik selagi dia tidak mendapat gaji sehari seperti beliau bekerja sebelum ni…dia juga pernah telefon saya menangis sedih bila barang jualannya ketika itu tidak ada seorang pun yg nak beli…….Isnya Allah akan jadi pembimbing yg baik juga… . Dikeji dicaci dihina kadang dipuji tidak menjadi kudis buat kami….Allah lebih mengetahui….percaturan Allah x pernah salah sentiasa berbaik sangka…Mudahan anda semua mendoakan perkahwinan kami diberi kebahagiaan hingga ke akhir hayat,jadikan anak2 kami anak2 yg soleh dan solehah,jadikan keluarga kami keluarga yg sakinah mawaddah dan warahmah… . Saya tidak romantis dan agak malu nak tulis kata2 romantis dekat sini…cukuplah @aliffsyukriterlajaklaris mengetahui betapa saya dan anak2 menghargai setiap jerih payah dia mencari rezeki buat keluarga kami…😘😘💑

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Shahidah juga telah berkongsi gambar percutiannya yang pertama di Vietnam bersama dua orang anaknya ketika itu iaitu Ammar dan Qhadejah.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut.

Wah! Ketara sungguh penampilan Aliff dan Shahidah 11 tahun lalu.

MH doakan agar ikatan kekeluargaan kekal bahagia selamanya.

Foto : Instagram Nur Shahidah

[VIDEO] Aliff Syukri Kata Meski Ramai Yang Mahu Dekati, Tapi Dia Hanya Boleh Ngam Dengan Shahida Saja

[VIDEO] Aliff Syukri Kata Meski Ramai Yang Mahu Dekati, Tapi Dia Hanya Boleh Ngam Dengan Shahida Saja

Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik perkongsian perihal rasa kasih sayang terhadap isterinya, Datin Ser Nur Shahida. Katanya, dia tidak mencari pasangan sempurna tetapi mengharapkan ada insan yang boleh menyempurnakan kelemahan dirinya.

“Saya tak cari pasangan sy yg sempurna tapi sy cari yg boleh menyempurnakan kelemahan saya. Adat dlm perlahwinan ni ada masam dan manis..tapi bagi sy tiada wanita sesempurna awak @shahidadherbs utk saya,” tulisnya.

Katanya lagi, meski ramai yang mahu mendekati, tetapi dia hanya serasi dengan isterinya sahaja.

“Walapun ramai yg minat sy tpi sy tau sy blh ngamm dgn awak jee. Walapun awak pun suka kecam saya dan susahhh sgt kalau nak suruh buat vedio. Disebbkan ramai yg tnya mengenai sy dan wife sy, sekrg ni sy buka soalan anda utk bertanya mengenai kami smua diruangan komen d bawah.

 

“InsyaAllah sy akan replyy satu2 okeyy,” tulisnya lagi.

Pasangan ini berkahwin pada 10 Ogos 2008 dan memiliki enam cahaya mata termasuk dua anak angkat.

 

[GAMBAR] Minta Netizen Tanya Sendiri Sajat Adakah Dia Betul-Betul Perempuan, Ini Koleksi ‘Question’ IG Stories DS Aliff Syukri

[GAMBAR] Minta Netizen Tanya Sendiri Sajat Adakah Dia Betul-Betul Perempuan, Ini Koleksi ‘Question’ IG Stories DS Aliff Syukri

Aplikasi perkongsian foto, Instagram baru-baru ini ada melancarkan satu lagi aplikasi baru di dalam menu penggunannya yang dikenali sebagai Question.

Aplikasi yang boleh digunakan di medium Insta Stories itu memberi peluang kepada mana-mana pemegang akaun untuk buka soalan kepada pengguna lain, bertanya mengenai apa sahaja.

Lalu, para selebtriti juga tidak terlepas daripada menggunakan kemudahan tersebut, sebagai suatu langkah untuk berinteraksi dengan para pengikut mereka.

Secara tidak langsung, ia memberi ruang buat peminat bertanya soalan terhadap selebriti yang mereka sukai.

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang tidak lokek masa menjawab beberapa soalan daripada para pengikutnya.

Nah, kami berikan beberapa jawapan hasil pertanyaan daripada pengikut penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini yang sempat dikongsi Aliff menerusi Instagram.

Yang penting, macam-macam yang ditanya netizen dan setiap jawapan dijawab selamba Aliff.

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: