Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan komen dan reaksinya berhubung isu ‘penyanyi nombor satu’ usahawan Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram baru-baru ini sebagai hiburan semata-mata.

Siti berkata, beliau sendiri tidak pernah terlintas mahu meminta apa-apa gelaran daripada peminat kerana percaya hasil kerja yang baik akan membawa kepada sokongan yang berterusan.

“Ia hanyalah gurauan dan saya pun melayan saja (komen) Datuk Aliff Syukri tu. Saya pun tahu dia sebenarnya saja (tulis komen). Jadi tak payah kita ambil serius sangat. Anggaplah hanya macam hiburan sahaja.

“Malah saya sebetulnya dari dalam hati tak adalah mahu orang bagi gelaran nombor satu atau apa sahaja, tidak. Sebab bagi saya, ia tak kekal dan tak ke mana pun.

“Tinggal lagi yang penting ialah hasil kerja kita. Kita cuba buat yang terbaik, selagi peminat suka dan itulah cara untuk kita terus kekal dalam industri. Itu yang paling penting pada pendapat saya,” katanya kepada MH.

Mengulas bila ada peminat yang saling berbalas komen mengenai isu berkenaan, ini pesan Siti

IKLAN

“Janganlah. Kita (beliau dan Aliff) bergurau-gurau begitulah. Janganlah ambil ia serius.

“Saya maklum peminat saya pun faham sebenarnya apa yang kita guraukan ini. Jadi cool dan chill sahajalah,” katanya.

Siti Nurhaliza Respon ‘Penyanyi Nombor 1’ Aliff Syukri; “Tak Payah Kita Ambil Serius, Hanya Hiburan Saja.” Siti Nurhaliza Respon ‘Penyanyi Nombor 1’ Aliff Syukri; “Tak Payah Kita Ambil Serius, Hanya Hiburan Saja.” Siti Nurhaliza Respon ‘Penyanyi Nombor 1’ Aliff Syukri; “Tak Payah Kita Ambil Serius, Hanya Hiburan Saja.” Siti Nurhaliza Respon ‘Penyanyi Nombor 1’ Aliff Syukri; “Tak Payah Kita Ambil Serius, Hanya Hiburan Saja.”

IKLAN

Ditanya mengenai penghargaan yang tidak putus putus diterima daripada peminat, penyanyi lagu Anta Permana ini bersyukur atas apresiasi yang diterima.

“Saya sebenarnya patut bersyukur banyak sebab peminat masih menghargai saya. Harapnya biarlah ia kekal bila mana orang hargai dengan sesuatu perkara yang baik, positif.

“Kalau boleh tak mahulah orang ingat saya dengan perkara yang sebaliknya. Mana yang baik tu, alhamdulillah. Semoga begitulah untuk yang seterusnya. Doa yang baik-baik saja,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, Siti ditemui pada Majlis Iftar Anjuran Prihatin Bersama Media di Courtyard by Marriot Hotel, Setia Alam, pada Ahad.

Di dalam majlis yang turut disokong Shiha Zikir Empire itu, Siti menghiburkan tetamu menyampaikan lagu Sesuci Lebaran.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI