Pelakon Uqasha Senrose telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi Sabtu.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menerusi hantaran terkini di Instagram.

Menurut Uqasha, dia memanjatkan rasa syukur kerana dia dapat melahirkan bayi seberat 2.72kg itu dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

“Alhamdulilah selamat melahirkan
my little princess Subuh tadi,” tulisnya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Kamal Adli ini juga turut memaklumkan anaknya itu telah diberi nama Uqaira.

IKLAN

“Welcome To The World Sayang,” – Selamat Bersalin, Uqaira Nama Anak Uqasha & Kamal Adli “Welcome To The World Sayang,” – Selamat Bersalin, Uqaira Nama Anak Uqasha & Kamal Adli

“Selamat datang ke dunia sayangku. I love you so much Uqaira sayang 27/4/2024 2.72kg,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semog Uqaira membesar menjadi anak yang solehah.

“Alhamdulillah. Tahniah adik cantik. Mesti baby cantik macam mommy dia,” komen pelakon, Nelydia Senrose.

IKLAN

“Alhamdulillah mommy dah ada baby mesti kiut miut macam mommy dan daddy dia,” komen pelakon Zarina Zainuddin.

“Tahniah Uqasha dan Kamal. Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati jua hendaknya,” kata penceramah, Ustaz Syamsul Debat.

Sekadar informasi, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

IKLAN

Sebelum ini, Uqasha pernah mengalami keguguran dua kali.

Kali pertama keguguran kerja mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar November 2022.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI