Pelakon, Meerqeen tidak menafikan dirinya pernah bertemu dengan wanita asal Singapura yang didakwa merupakan kekasih gelap kepada kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.
Bagaimanapun, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam menjelaskan mereka tidak pernah berhubung apa lagi menjadi kawan.
“Saya pun tak tahulah. Mungkin dia merupakan salah seorang peminat saya dahulu. Pada saya, saya tidak mahu terlibat dengan sebarang spekulasi melibatkan mereka.
“Perkara yang berlaku ini merupakan hal orang lain. Fokus saya ketika ini untuk menyelesaikan kerja-kerja saya yang seterusnya,” katanya kepada MH.
Meerqeen berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama terbaharu yang berjudul Frame yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Katanya lagi, sebagai artis yang sedang meningkat naik, dia telah bertemu dengan pelbagai orang di setiap acara yang dihadirinya.
Ads
“Mungkin kami pernah berjumpa dan bergambar satu ketika dahulu. Malah, dia pun mengaku yang dirinya berkawan dengan ramai artis.
“Saya pun berjumpa dengan berjuta orang. Mungkin dalam kalangan tersebut kami pernah bertemu,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, bintang kelahiran Hero Remaja 2020 ini juga akui sudah lali apabila namanya sering kali dikaitkan dengan setiap kontroversi yang berlaku melibatkan artis tempatan.
Ads
“Segala hal buruk yang berlaku di dalam industri ini, nama saya akan sentiasa terpalit sama. Itulah hakikat sekarang.
“Ada kalanya saya terpaksa lari daripada hal-hal sebegini untuk memberikan tumpuan terhadap kerjaya dan menjaga nama baik,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia kecewa apabila namanya sering dikaitkan dengan kisah-kisah panas, ini jawab Meerqeen.
“Sudah tentu saya kecewa. Saya hanya manusia biasa. Saya pun ada perasaan dan bukannya robot.
Ads
“Namun, tak mengapalah, fokus saya ketika ini adalaj pada kerjaya dan menjaga nama baik,” akhirinya.
Terdahulu, ketika industri hiburan tanah air sedang huru hara dengan siri pendedahan diantara Sarah dan Aliff, ada pula segelintir netizen mendakwa Meerqeen juga pernah berhubung dengan Sarah sebelum ini.
Lantas Meerqeen terpaksa memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.
Terbaru, Meerqeen membintangi drama bersiri bergenre penyiasatan, Framed arahan Sein Qudsi yang turut menampilkan Mimi Lana, Sangeeta Krishnasamy, Riz Amin, Khir Rahman dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah memohon para peminat tidak saling berperang di media sosial susulan persembahan Siti Nordiana menerusi lagu Kisah Hati di All Stars Vaganza (ASGV) malam tadi yang hangat diperkatakan.
Isteri kepada Datuk Ramli MS menerusi Instagram menjelaskan, dia hadir ke malam kemuncak program realiti ini bagi memberikan sokongan terhadap Siti Nordiana atau Nana.
“Seperti mana semua tahu saya jarang nak datang tonton GV secara live. Adakala dengan jadual jemputan nyanyian yang kebetulan kena pada hari yang sama.
“Tapi malam tadi saya hadir memang untuk support sahabat saya yang menyanyikan lagu saya. Walaupun dikejutkan dengan situasi yang agak buat saya terkedu sehingga saya tak tahu nak react macam mana dan hanya mampu senyum.
“Saya repost semua yang DM, tag nama saya sebab sokongan korang terhadap saya buat saya sebak.
“Terima kasih banyak-banyak cuma saya mohon sangat janganlah kondemkan sahabat saya dan bergaduh sesama fansclub ya,” tulisnya.
Tidak mampu menyembunyikan keterujaan apabila bercerita mengenai anak angkatnya, Shanome Az Zahra, jelas ratu rock negara, Ella, kehidupannya kini berubah 360 darjah.
Ella atau nama sebenanya, Nor Zila Aminuddin berkata terlalu banyak perkara baru yang dipelajari bersama suami, Azhar Ghazali sejak mengambil Shanome sebagai anak angkat kira-kira setahun lalu.
“Dia sangat comel. Kami akan cuba mencari masa dan peluang untuk meluangkan masa dengannya.
“Rutin harian berubah kerana saya kena tukar semua jadual harian. Daripada segi waktu dan membeli belah. Keutamaan sekarang lebih kepada anak. Diri saya jatuh nombor dua tapi tak mengapa.
“Dia cepat belajar dan agak berdikari, yang penting perangainya sama seperti saya,” katanya.
Menghargai momen istimewa membesarkan anak, penyanyi berusia 53 tahun ini turut mengakui dia mengalami alahan dan menangis kerana panik.
“Sampai luka tangan tukar lampin. Kulit saya sensitif dengan krim dan apabila menukar lampin dan menyapu krim ke badan anak, kulit saya luka. Masa mula-mula belajar menukar lampin memang saya panik. Takut namun sekarang sudah okay.
“Kalau anak menangis tak berhenti, saya pun menangis kerana tidak tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi itu semua perkara yang sangat sweet bila dikenangkan kembali,” katanya.
Ella terdahulu ditemui pada majlis sidang media pengumumannya sebagai duta kepada busana muslimah Sabella di Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Ella dan Azhar mendirikan rumah tangga pada Julai 2012.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak Harith Iskander berkongsi carta kes jangkitan Covid-19 yang sedang melanda satu dunia dan dilihat Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan kes paling tinggi dalam hanya dua minggu.
Dilihat pada 10 Mac, Amerika Syarikat mula mencatatkan angka ke-1000 bagi kes jangkitan Covid-19 dan angka terus meningkat secara drastik sehingga mencecah 100,000 kes dalam hanya 17 hari. Dan sehingga ke hari ini, kes wabak di negara maju itu mencecah lebih 276,000 dengan jumlah kematian lebih 7000.
Harith meluahkan kesyukuran di atas tindakan pantas kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang sekaligus mengekang penularan wabak menjadi lebih teruk.
“The Race to be No.1 is scary
Take note from March 18th when USA starts to shoot up in numbers – this is the day that our government called for the (seemingly drastic) MCO 😲 right now I am thankful and grateful. Terima kasih @kkmm_gov @kementeriankesihatanmalaysia @kementeriandalamnegeri
3 April, Amerika Syarikat mencatatkan jumlah angka korban paling tinggi dunia sebanyak 1169 kes.
Terdahulu, Presiden, Donald Trump berkata pentadbirannya sedang mempertimbangkan beberapa larangan perjalanan domestik di antara kawasan dikategori zon merah di Amerika Syarikat untuk mengekang COVID-19.
Foto : Instagram Harith Iskander
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Guru vokal yang juga juri program Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan Arrora Salwa sebagai antara peserta yang mempunyai semangat yang kuat.
Menerusi...