Setelah hampir empat tahun meninggalkan istana dan melepaskan segala tugas sebagai ahli senior keluarga diraja British, Meghan Markle bakal muncul di kaca televisyen dalam sebuah siri yang akan dikeluarkan menerusi saluran Netflix.

Perkara ini dikongsikan oleh wakil Duchess of Sussex itu kepada Vogue menyatakan bahawa rancangan yang bakal menampilkan isteri kepada Putera Harry itu sudah berada di peringkat produksi.

Rancangan televisyen itu merupakan siri bukan fiksyen yang mana Meghan bakal memegang watak utama.

Berita ini menjadi bualan ramai kerana ini adalah pertama kali setelah berkahwin Meghan bakal muncul di kaca televisyen bukan sebagai subjek temu bual mahupun dokumentari.

IKLAN

Dalam siri tersebut tema yang akan diketengahkan bakal berkisar tentang meraikan kegembiraan memasak, berkebun, berhibur dan persahabatan.

Berita tentang kembalinya ibu kepada dua cahaya mata itu ke kaca televisyen berlaku pada saat dia memperkenalkan “American Riviera Orchard” yang merupakan sebuah jenama gaya hidup mewah dan pelbagai produk dikatakan dalam pembikinan.

BACA JUGA: Putera Harry Dan Meghan Markle Berundur Daripada Keluarga Diraja, Ratu Elizabeth Kecewa!

IKLAN

Imbas kembali, sebelum berkahwin dengan Putera Harry pada 2018, Meghan terlebih dahulu bergelar pelakon di Amerika Syarikat.

Membintangi pelbagai siri drama di kaca televisyen, wataknya sebagai Rachel Zane dalam siri popular Suits benar-benar membawa namanya ke puncak populariti. Setelah dilaporkan bakal berkahwin dengan Putera Harry, wataknya dalam siri tersebut ditamatkan.

IKLAN

Pada Januari 2020 pasangan ini membuat keputusan untuk tidak lagi bergelar ahli senior kerabat diraja British dan tidak lagi menjalankan tugas mewakili mendiang Ratu Elizabeth II ketika itu.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI