Setelah beberapa hari tidak sihat, akhirnya pelakon Puteri Sarah mengambil keputusan untuk memasukkan kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah ke wad untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkongsikan perkara itu menerusi satu entri video di laman Instagramnya pada Khamis.

“Syaikhul masih sakit kalau korang tengok mata dia bengkak… tapi bukan HFMD (Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut). Syaikhul kena acute tonsilitis (jangkitan virus di bahagian tekak).

Syaikhul Hidap Acute Tonsillitis, Puteri Sarah Admit Anak-Anak Ke Wad Untuk Pemantauan Lanjut Syaikhul Hidap Acute Tonsillitis, Puteri Sarah Admit Anak-Anak Ke Wad Untuk Pemantauan Lanjut

“Since kedua-dua (Syaikhul dan Sumayyah) pun dah berjangkit so might as well Sarah masukkan kedua-duanya dekat hospital. InsyaAllah doktor dan jururawat pantau.

Kedua-dua anaknya dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara, Selangor sementara Sarah kini sibuk menjalani penggambaran drama Suri Hati.

“Sumayyah pun terjangkit juga. Saya akan admitkan dua-dua anak di situ sebab saya shooting.

IKLAN

“Doakan Syaikhul dan Sumayyah cepat sembuh,” kata Sarah.

Syaikhul Hidap Acute Tonsillitis, Puteri Sarah Admit Anak-Anak Ke Wad Untuk Pemantauan Lanjut

Menerusi ruangan komen, ramai netizen dan rakan artis mendoakan kesembuhan dua beradik tersebut.

“Allahuakhbar , cepat sembuh sayangku . Moga Allah lindungimu sentiasa Sarah sayang,” tulis pelakon Elizad Sharifuddin.

IKLAN

“Semoga Syaikhul dan Sumayyah cepat sembuh, dan untuk Sarah semoga kuat semangat.

“Kesiannya abang. Selalu abang happy je. Semoga cepat sembuh.

“Semoga dipermudahkan segala urusan semua.

Syaikhul Hidap Acute Tonsillitis, Puteri Sarah Admit Anak-Anak Ke Wad Untuk Pemantauan Lanjut Syaikhul Hidap Acute Tonsillitis, Puteri Sarah Admit Anak-Anak Ke Wad Untuk Pemantauan Lanjut Syaikhul Hidap Acute Tonsillitis, Puteri Sarah Admit Anak-Anak Ke Wad Untuk Pemantauan Lanjut

IKLAN

“Kasihan Syaikhul. First time tengok Syaikhul tak ceria, tak senyum lebar… get well soon Syaikhul dan Sumayyah,” komen beberapa warga maya.

Sekadar info, Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Puteri Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI