‘Berang’ apabila anak menjadi mangsa buli rakan sekolah, pelakon Datin Almy Nadia mengambil pendekatan menasihati anaknya agar jangan terlalu berlembut hati memberikan wang belanja miliknya dengan sewenang-wenangnya.

Menerusi perkongsian video di laman Instagramnya, Almy, 36, menegur anak sulungnya, Nur Afrina Arianna, 7, yang sering menjadi mangsa ‘pau’ duit daripada rakan sekolah agama.

“Kenapa awak nak kena bagi, dia susah sangat ke? Kalau dia nak, awak memang nak kena bagi je semua?

Anak Selalu Kena ‘Pau’ Duit Dengan Kawan, Padunya Nasihat Datin Almy Nadia! Anak Selalu Kena ‘Pau’ Duit Dengan Kawan, Padunya Nasihat Datin Almy Nadia!

“Lepas ni mama dah tak payah bagi duit belanja dah, kalau awak tabur je duit dekat orang. Ingat senang ke nak dapat duit?

“Mama dah cakap kan, kita bantu orang yang betul-betul susah kalau dia takde duit, takde makan, duduk termenung, orang susah

“Ini minta, dapat, minta dapat. Ingat apa!” kata Almy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

IKLAN

Anak Selalu Kena ‘Pau’ Duit Dengan Kawan, Padunya Nasihat Datin Almy Nadia!

Rata-rata netizen memahami apa yang cuba disampaikan Almy kerana mereka turut berhadapan dengan situasi sama apabila anak-anak sering dibuli rakan-rakan yang sengaja meminta-minta wang walaupun mempunyai duit belanja sendiri.

“Berlaku di mana-mana dah sekarang ni… dari umur muda dah tak malu meminta-minta… kadang-kadang pelik… kita dulu sekolah pun susah juga tapi tak pandai nak meminta duit dgn orang.

“Hurmmm sama lah ank dara saya.. Hari-hari bersedekah… Last-last kita bekalkan makanan dengan RM2@3 je. Bagus dorang bersedekah tapi kalau dah hari-hari kopak.

“Kakak saya pun baru marah anak dia sebab bagi duit kat kawan..baru darjah 1, katanya kawan minta,” komen beberapa netizen.

IKLAN

Anak Selalu Kena ‘Pau’ Duit Dengan Kawan, Padunya Nasihat Datin Almy Nadia! Anak Selalu Kena ‘Pau’ Duit Dengan Kawan, Padunya Nasihat Datin Almy Nadia!

Selain netizen, penyanyi Tasha Manshahar yang juga seorang guru turut memberikan pandangannya menerusi ruang komen mengenai isu kanak-kanak meminta wang daripada rakan sekolah.

“Parents, please pesan dekat anak jangan minta-minta duit dekat kawan. Please bertegas sikit bab ni. Cuba tiap kali balik, tanya hari ini duit dah beli apa, ada ke pinjam duit kawan.

“Dapat kawan lembut hati macam kakak ni (Afrina), terus aje dia bagi. Benda ni memang berleluasa dekat mana-mana sekolah sekarang. Kadang yang bagi duit pula tak cukup makan nak tolong kawan punya pasal.

Anak Selalu Kena ‘Pau’ Duit Dengan Kawan, Padunya Nasihat Datin Almy Nadia!Anak Selalu Kena ‘Pau’ Duit Dengan Kawan, Padunya Nasihat Datin Almy Nadia!

IKLAN

“If kawan tu memang time tu nak pinjam sebab tak bawa duit, takpe kita boleh pertimbangkan, tapi ada budak sekarang dia dah jadi habit minta duit kawan.

“Dia ada duit, tapi saja nak minta supaya dia boleh berbelanja lebih daripada apa yang mak ayah dah bekalkan. Cikgu-cikgu pun pening kepala nak setel hal ni,” tulis Tasha.

Sekadar info, Almy mendirikan rumah tangga dengan aktor Datuk Fizz Fairuz pada 26 April 2014.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 7, Nur Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 2, dan Nur Afrina Aisyah yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Datin Almy Nadia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI