Pelakon Syafiq Kyle meluahkan rasa teruja melihat perkembangan adiknya, Syazwan Razak, yang kini bertugas sebagai salah seorang penyampai baharu di stesen radio ERA.
Tumpang gembira, Syafiq akan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan dalam apa jua bidang yang diceburi oleh adiknya itu.
“Saya sangat gembira dengan apa yang sedang dia lakukan ketika ini. Beza umur saya dan dia agak jauh iaitu tujuh tahun. Memang sejak kecil, dia suka pakai baju dan seluar saya.
“Dia bukanlah nak mengikut saya sangat tapi lebih kepada mencari apa yang dia mampu buat. Mungkin sewaktu dia membesar daripada sekolah sampai sekarang, dia melihat keberadaan saya dalam industri.
“Saya juga selalu berkongsi Kebaikan dan keburukan dalam industri ini sama ada bergelar pelakon, personaliti TV mahupun penyampai radio,” katanya.
Syafiq berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Gadis Masa, baru-baru ini di Kuala Lumpur.
Ads
Katanya lagi, dia percaya adiknya itu mampu untuk berhadapan dengan apa sahaja cabaran yang mendatang dalam industri seni.
“Saya akan sentiasa mendoakan kejayaan dia. Saya tahu dia kuat, kental dan suka berusaha. Apa yang baik tentang adik saya, dia orang nombor satu yang akan menjaga ibu bapa saya ketika saya bekerja.
“Saya memang sangat mengharapkan dirinya sebagai seorang adik,” ujarnya lagi.
Ads
Syafiq Kyle Percaya Bakat Adik
Pada masa sama, pelakon filem Sheriff ini juga tak mahu ambil peduli tanggapan segelintir pihak yang mendakwa adiknya itu mungkin menggunakan pengaruhnya untuk terjun ke dalam dunia seni.
“Tak kisah pun sebenarnya. Sama ada adik Syafiq Kyle atau adik sesiapa pun, segalanya bergantung kepada rezeki.
Ads
“Saya selalu berborak dengan adik saya dan saya tidak akan sesekali mengarahkan dia untuk membuat sesuatu. Saya mahu dia buat keputusan sendiri.
“Apa sahaja yang berlaku akan menjadi pengalaman dan iktibar. Saya percaya jika dia betul-betul punyai bakat, dia tidak perlu pun menggunakan nama saya. Segalanya adalah keputusan individu,” katanya lagi.
Malah, Syafiq juga percaya adiknya itu tidak perlu menggunakan pengarunya untuk mencipta namanya sendiri.
“Saya percaya persepsi seperti ini lebih banyak disogok oleh orang luar. Saya tahu adik saya seorang yang tenang dan lebih relax berbanding saya,” akhirinya.
Baru-baru ini, Syazwan telah diumumkan selaku penyampai baharu Era dan akan mengendalikan segmen pada hujung minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun sudah hampir 10 bulan berlalu, pemergian pelawak, Allahyarham Abam Bocey masih lagi dirasai sehingga kini.
Terbaru, adiknya yang juga merupakan pelawak dan pengacara, Ali Puteh menyifatkan dirinya tidak mahu mengambil kisah mengenai tanggapan segelintir pihak mengenai keluarganya.
Menurut Ali, orang luar tidak akan pernah tahu apa yang terjadi di dalam keluarganya dan sekiranya masih ada yang menghina, dia memilih untuk memaafkan individu berkenaan.
“Hari ni 10 hari bulan, genap 9 bulan pemergianmu abang. Kubur masih dilawati orang dan sentiasa bersih. Biar apa orang kata, orang hina pekakkan telinga kerana apa pon terjadi kita tetap adik beradik.
“Mereka tidak tahu apa-apa perihal kita. Hanya kita sekeluarga yang tahu. Maafkan je la mereka-mereka semua yang hina kita. Malam tadi mimpi kau datang bang jenguk kami, senyum je kau,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh juara Maharaja Lawak Mega 2019 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Ali turut memanjatkan doa semoga arwah abangnya itu sentiasa tenang dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
“Semoga tenang disana ye bang, mak sihat Alhamdulillah dan semua sihat. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang beriman. Tengokkan Ainul Mardhiah ye dekat sana,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar Ali sekeluarga kuat menghadapi dugaan ini.
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 10 Februari akibat demam panas.
Manakala sebelum ini pula, Ali pernah dihimpit kontroversi gara-gara insiden saman-menyaman melibatkan keluarganya dengan isteri Allahyarham Abam, Nor Hidayah.
Sumber: Instagram Ali Puteh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon tampan, Ariff Aziz tiba-tiba menjadi perbualan hangat apabila mahligai cinta yang dibina bersama seorang penerbit, Datuk A.Aida.
Pasangan ini akhirnya berpisah selepas melayari bahtera perkahwinan bersama kira-kira 10 bulan lalu.
Mungkin ada yang tidak mengenali dengan pelakon Ariff Aziz, jadi jom lihat 8 fakta menarik mengenainya.
1. Nama lengkapnya ialah Wan Izma Ariff Bin Abd Aziz berasal dari Kuala Lumpur,dilahirkan pada 12 April 1989.
2.Ariff mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Terbuka Malaysia dalam bidang Sarjana Muda IT dan Multimedia.
3.Memiliki ketinggian 184cm membuatkan pelakon ini turut aktif dalam bidang peragaan dan lakonan.
4. Sebelum aktif seni, Ariff juga pernah bergelar finalis Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2014, anjuran Majalah Maskulin.
5. Antara drama terawal yang dibintanginya ialah sebuah drama bersiri Kerambit terbitan tahun 2015.
6. Pada tahun 2017, nama Ariff semakin dikenali oleh peminat apabila dia membintangi sebuah drama Misteri Wan Peah yang ditayangkan di TV3.
7. Difahamkan, Ariff pernah terlibat dalam projek bersama Harris Baba, Daniel Lim Santoso dan juga Neal Bainz dalam sebuah kumpulan band bernama Carla di bawah naungan penyanyi Awi Rafael.
8. Diijabkabulkan bersama seorang penerbit terkenal, Datuk A.Aida pada 21 Julai 2018. Namun jodoh mereka tidak panjang mereka bercerai dengan talak satu, 25 April lalu.
Sumber : Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan sambutan hari Maulidur Rasul, ramai rakan selebriti yang menitipkan ucapan serta berselawat kepada baginda Rasullah SAW.
Penyanyi Datin Alyah misalnya turut ada berkongsi tentang kebesaran Yang Maha Esa dan keperibadian baginda Rasullah menerusi akaun Instagram miliknya.
Alyah atau nama sebenarnya Hasliah Abu Hassan juga menyifatkan keperibadian baginda Rasulllah sebagai satu sifat yang sangat terpuji.
“Membaca kisah Beliau Membuat saya berfikir tentang kebesaran Allah swt.Insan yg terpuji dari segala pekara.Dialah utusan Allah swt & Dialah kekasih Allah swt…
“Terima kasih ya Allah swt kau kirimkan seorng insan yg sempurna cara hidupnya,
Didikannya,Sunnahnya,tutur katanya dan segala galanya utk kita teladani juga menginsafi…
“Beliaulah insan dgn sifat terpuji dan dikasihi semua.Beliau sentiasa merindui umatnya walau pun tidak pernah bertemu ya Allah swt syahdunya.
“Baginda Rasulullah SAW…Salam Maulidur Rasul & Selawat ke Atas Baginda Rasulullah SAW…,” tulisnya.
Video: Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.