Pelawak dan usahawan popular, Shuib meluahkan rasa bangga apabila anak perempuannya, Thalita mendapat tawaran untuk membuat persembahan di Konsert ByAjai & Mega Friends yang bakal berlangsung di Singapura pada 10 Mei depan.

Menurut Shuib, ini merupakan kesempatan terbesar buat anaknya itu selepas mencipta sensasi ketika membuat persembahan bersama sebuah kumpulan busker di Bukit Bintang, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Daripada show paling murah ke show paling mahal. Tahniah Thalita. Daddy bangga dengan awak,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas penyampai radio Suria FM itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Terima Kasih Ajai Sebab Beri Peluang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Dalam pada itu, Shuib turut berterima kasih kepada Ajai kerena memberikan peluang istimewa itu kepada anaknya.

Ads

“Terima kasih Abang Ajai. Kita sama-sama doakan Thalita,” kongsinya lagi.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram itu juga, Thalita dilihat sangat terkejut sewaktu Ajai menyampai surat tawaran kepadanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh menyaksikan momen tersebut selain turut mendoakan segalanya akan dipermudahkan buat Thalita.

“Dulu Uncle Ajai bagi peluang dekat ibu Thalita. Sekarang Thalita pula diajarnya. Happy tengok.

Ads

“Kami semua bangga dengan Thalita.

“Alaa sedihnya. Thalita sayang, semoga terus berjaya. Ibumu pasti amat bangga.

“Mewarisi bakat arwah ibunya.

“Tahniah Thalita. Semoga terus maju dan sambung legasi Siti Sarah.

Ads

“Perlahan-lahan Allah buka jalan buat kamu. Sama seperti ibu awak. Mesti ibu awak sedang bahagia tengok awak sekarang ini,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisudin yang berjudul Kesetiaan.

Ketika persembahan tersebut, Talita tidak dapat menahan air mata malah telah membuatkan ramai sebak melihat kerinduannya terhadap bonda tercinta.

Untuk info, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI