Pemergian penyanyi Indonesia bersuara lunak, Emilia Contessa, pada Isnin, 27 Januari 2025 meninggalkan rasa duka dalam dunia hiburan Nusantara.
Disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Blambangan, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur, dia yang menutup hidup pada usia 67 tahun dilaporkan menghidap penyakit diabetes.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh adik bongsunya, Dino Rosano Hansa, ketika ditemui oleh media tempatan.
Jelasnya, arwah kakaknya itu dibawa ke RSUD pada jam 7 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) kerana mengeluh tidak sihat sejak malam sebelumnya lagi.
Kesihatan Emilia terus merosot dari waktu ke waktu sepanjang berada dibawah perawatan dan kemudiannya menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang WIB
“Jadi Allahyarhamah memang memiliki penyakit diabetes dan dari hasil pemeriksaan pasukan doktor yang merawat, tahap diabetesnya terus meningkat naik bermula dengan bacaan 400, 350 dan kemudiannya 500 sampai drop,” kongsi Dino lagi.
Kehebatannya dalam dunia seni membuatkan Emilia diberi gelaran Singa Pentas Asia oleh majalah Asia Week.
Selain itu dalam laporan lain, pelantun lagu Penasaran ini turut menghidap penyakit darah tinggi dan sentiasa mendapatkan perawatan untuk kedua-dua sakit yang dihidapinya.
Imbas kembali, Emilia atau nama penuhnya, Nur Indah Citra Sukma Munsyi, memulakan kerjaya dalam dunia seni sejak berusia 12 tahun lagi sebagai seorang penyanyi.
Dia kemudiannya mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan dan menjadi antara pelakon terkenal di Indonesia.
Sekadar info, Emilia pernah berduet dengan penyanyi popular Malaysia, Liza Aziz, dalam sebuah lagu bertajuk Dari Jauh hasil ciptaan Ross Ariffin dan Amran Omar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad akui fobia selepas mengetahui kisah mengenai anak kecil, Allahyarham Handzalah yang dilaporkan meninggal dunia sewaktu berada di taska.
Menurut Uyaina, dia tidak dapat membayangkan perasaan ibu kepada bayi berkenaan yang harus menempuh ujian berat ini.
“Hancur hati baca luahan hati seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anak. Nak cari taska atau tadika, semua buat saya jadi takut sebenarnya. Nauzubillah,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengacara program Wanita Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Pada masa sama, Uyaina turut menggesa para ibu bapa untuk membuat semakan dahulu sebelum menghantar anak-anak ke mana-mana pusat taska bagi memastikan mereka berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Tapi, antara langkah yang boleh kita ambil sebagai parents adalah check dulu sama ada taska tu berdaftar dengan JKM.
“Kalau berdaftar, sekiranya apa-apa berlaku, kita boleh ambil tindakan dan taska tu boleh disiasat dan ditutup,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Uyaina turut memberikan kata-kata semangat buat ibu bapa kepada bayi Handzalah untuk terus kuat menghadapi ujian Allah ini.
“Salam takziah untuk ibu dan ayah baby Handzalah. Semoga kalian bertemu semula di syurga nanti,” kongsinya.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kisah seorang ibu yang membawa pulang anak lelakinya yang baru berusia empat bulan dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah taska di Saujana Putra, Jenjarom, Selangor pada Jumaat minggu lepas.
Bayi tersebut didakwa meninggal dunia tanpa diberitahu sebab atau punca secara terperinci oleh pihak taska.
Malah, terdapat dakwaan yang mengatakan berlaku kecuaian dan pengabaian daripada pihak taska sehingga menyebabkan kematian anak kecilnya itu.
Ibu kepada anak tersebut bagaimanapun dikatakan sudah membuat laporan polis dan kes masih dalam siasatan.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan taska mahu pun pihak berkuasa berhubung kejadian itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024 kembali lagi untuk memberikan pengiktirafan sekali gus meraikan para penggiat seni dan pembikin konten yang selama ini tak pernah putus menyajikan pelbagai karya dan kandungan menarik buat peminat.
Memasuki edisi ketiga penganjuran, GMWA2024 kali ini bakal mengangkat tema ‘Flex Your Art’ sebagai simbolik kepada kebebasan dalam berkarya.
Menurut Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, tema ini sebagai gambaran kepada semangat yang dipamerkan para finalis GMWA 2024 yang berani mencipta kelainan demi menghasilkan pelbagai karya dan kandungan yang mampu mencipta impak.
“Kami merasakan tema ini mewakili barisan calon GMWA2024 atas dasar keberanian mereka yang berani mengekspresikan diri secara positif.
“Mereka juga memberikan keyakinan dan menampilkan nilai-nilai yang sangat unik kepada para pengikut untuk berkongsi pelbagai kandungan tanpa batasan.
“Jadi, ‘flex your art’ dan tunjukkan seni anda kerana kita semua percaya disebalik setiap trend itu ada seninya,” katanya.
Syazwan berkata demikian pada sidang media dan pengumuman Top 5 GMWA2024 di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur ada Rabu.
Dalam pada itu, Ketua Kandungan Astro Gempak, Nazihah Dalhar pula menjelaskan, tema berkenaan juga bukan sahaja boleh diterjemahkan menerusi fesyen dan kandungan digital semata-mata, tetapi turut merangkumi pembinaan pentas utama.
“Seperti yang kita umumkan, GMWA2024 berkolaborasi dengan visual artis tempatan, Fritilldea.
“Jadi dia akan membantu kita merialisasikan tema ‘flex your art’ dengan sebaik mungkin, bukan sahaja dari segi visual tetapi untuk keseluruhan set”, katanya.
Malah, elemen seni ini juga digarapkan dalam kesemua persembahan pada malam kemuncak, termasuk penampilan bintang popular dari Indonesia sebagai kejutan.
“Kami kekal dengan ‘DNA’ kami iaitu untuk mempersembahkan lagu-lagu yang trending tetapi sudah tentu dalam persembahan tersebut kita akan bawakan juga elemen seni.
“Kesemua itu adalah kejutan dan tidak tak boleh nak maklumkan sekarang. Pada masa sama, kami juga teruja kerana berpeluang untuk mendapatkan nama-nama besar.
“Saya pasti ramai yang tertunggu-tunggu siapakan kejutan yang akan kita bawakan nanti. Ada tiga lagi nama yang kita tidak umumkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Syazwan turut mengulas mengenai penambahan beberapa kategori baharu GMWA 2024.
“Kategori baharu yang diperkenalkan adalah Digital Creator (Foodie) Tergempak, Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak dan Program Digital Tergempak.
“Jadi, kita ‘pecahkan’ digital creator itu supaya ia lebih fokus seterusnya mengiktiraf lebih ramai pembikin konten berkualiti,” katanya lagi.
Nazihah pula menambah, Anugerah Keluangman Of The Year turut diperkenalkan bagi memberikan penghargaan buat individu yang banyak berjasa kepada komuniti.
“Itu adalah kolaborasi kami bersama filem Keluangman yang akan ditayangkan pada tahun ini. Dalam kategori ini, kita ada lapan calon.
“Mereka ini memang mengangkat tema dan ciri-ciri Keluangman iaitu seorang superhero yang banyak berjasa kepada komuniti. Mereka tiada apa-apa yang istimewa tapi tetap membantu orang,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai hos GMWA2024 yang akan dikendalikan secara trio oleh Sean Lee, Amelia Henderson dan Sherry Al Hadad, Syazwan tidak menafikan keserasian yang wujud di antara mereka bertiga.
“Ramai yang beri reaksi baik susulan keserasian mereka bertiga di atas pentas. Sean Lee dan Amelia memang pengacara program berkenaan secara mingguan.
“Malah tahun lalu kita bawakan Sherry dan Zizan sebagai melengkapkan tema Y2K. Jadi bila nilai semula, kami merasakan kombinasi ini sangat menarik.
“Ketiga-tiga mereka juga mempunyai pengikut yang tersendiri dan sangat positif. Kita bukan tak mahu bawa Zizan tetapi dia akan terlibat dalam persembahan.
“Sebagai pembaharuan tahun demi tahun, sudah pasti ada perkara yang kita kekalkan dan perbaharui demi yang terbaik,” katanya lagi.
GMWA2024 bakal berlangsung pada 23 Febuari ini di Auditorium MBSA, Shah Alam.
GMWA2024 bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria serta platform penstriman Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kes keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh pempengaruh popular Indonesia, Cut Intan Nabila akhirnya mendapat pembelaan.
Suaminya, Armor Toreador dijatuhi hukuman penjara empat tahun setengah atas kesalahan melakukan penderaan fizikal terhadap isterinya itu.
Dalam laporan media tempatan, Armor dikatakan menerima segala hukuman yang dijatuhkan terhadap dirinya dan tidak akan mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan tersebut.
“Baiklah, saya sudah mengatakan bahawa saya hanya mengingatkan anda bahawa dari awal penahanan saya tidak ada apa-apa tentangan, jadi saya menerima akibat undang-undang yang dikenakan,” ujar Armor kepada media
Walau bagaimanapun, hukuman yang dijatuhkan panel hakim adalah lebih ringan berbanding tuntutan Pendakwa Raya (JPU) yang menuntut Armor dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun.
Imbas kembali, video rakaman cctv yang menampakkan Cut Intan Nabila ditendang suaminya tular sekitar Ogos tahun lalu yang menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.
Video yang dimuat naik di Instagram pempengaruh itu menampakkan pertengkaran antara pasangan itu dan memaparkan Cut Intan Nabila dipukul beberapa kali walaupun dia merayu agar tindakan ganas itu dihentikan.
Dalam perkembangan lain, Cut Intan Nabila sudah pun memaafkan suaminya itu namun tetap meneruskan proses perceraian apabila proses mediasi di antara mereka gagal.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...