Untuk menjadi seorang yang sempurna pastinya bukan proses yang mudah. Malah, mungkin juga mustahil. Siapa yang sempurna di muka bumi ini kan?
Namun, trend hari ini seakan memaksa manusia untuk tampil sempurna terutamanya di laman sosial, biarpun terpaksa berkorban demi mencapai ‘beauty standard’ yang diagung-agungkan oleh warganet.
Berbicara mengenai soal berkorban untuk cantik, MH secara eksklusif menemu bual Dato Seri Vida (DSV) mengenai persoalan yang seringkali timbul di kalangan masyarakat mengenai imejnya yang seringkali menjadi viral dan perbualan ramai.
Ada yang menyifatkan bahawa ‘Beauty Standard’ ini hanyalah sekadar propaganda pemasaran jenamanya semata-mata demi untuk mengaut keuntungan. Benarkah ia bersifat sebegitu? Jom bersama MH merungkai setiap persoalan.
“Imej Viral, Ekstravaganza Itu Diri Saya..”
Menyentuh perihal imejnya yang acapkali menjadi perbualan dan mendapat kecaman dari netizen, DSV menyatakan bahawa itulah imejnya yang sebenar.
Ads
Namun dalam masa yang sama, ia merupakan salah satu cara untuk dirinya dikenali ramai dan sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera, dalam kata lain, untuk penjenamaan dirinya.
“Sebenarnya, imej saya hari ini sedikit ringkas dan lebih minimalis berbanding dahulu. Jika dahulu, saya memakai barangan kemas seperti pokok krismas! Begitu sarat dan keterlaluan.
“Namun hari ini, saya lebih suka untuk tampil ringkas tetapi masih tidak melenyapkan ‘trademark’ jenama DSV itu sendiri. Bagi saya fokus amat penting dalam membuat sesuatu perkara.
“Jadi, imej saya ini biarpun sedikit berkurangan, tetapi masih perlu menjadi perhatian ramai.
Ads
“Seperti saya, biarlah kecaman itu melewati hari-hari saya, asalkan saya menjadi diri saya sendiri,” ulasnya lanjut.
DSV Akui Berbaloi Gadai Rasa ‘Malu’ Untuk Dikenali Ramai!
Tambahnya lagi, imej viral yang dihasilkannya itu juga merupakan salah satu cara untuk perniagaannya terus maju dan dikenali ramai. Tidak meletakkan rasa malu sebagai batu penghalang, DSV tetap fokus menjadi dirinya yang sebenar.
Ads
“Jujur saya katakan, siapa yang menjadikan saya sebagai idola mereka, anda harus kental dan kuat menghadapi segala kecaman dan kejian dari masyarakat. Seperti saya, biarlah kecaman itu melewati hari-hari saya, asalkan saya menjadi diri saya sendiri.
Tidak mudah sebenarnya untuk membina imej diri saya hari ini. Pelbagai proses harus saya lalui tetapi itulah matlamat dan fokus yang saya letakkan dalam karier saya sebagai ahli perniagaan mahupun sebagai seorang penyanyi. Setiap kali saya ingin tampil dengan pembaharuan dan kelainan, saya pinta kepada-Nya untuk diberikan sebuah idea baru.
“Jujur saya katakan, siapa yang menjadikan saya sebagai idola mereka, anda harus kental dan kuat menghadapi segala kecaman dan kejian dari masyarakat,” jelasnya.
Ternyata, nama Dato Seri Vida ialah satu dalam sejuta. Tidak ramai yang mampu memiliki hati secekalnya. Bijak dalam mengatur strategi penjenamaannya, sehingga hari ini jenama DSV sentiasa meniti di bibir masyarakat.
Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk berkorban demi cantik? Jawapan itu ada pada diri anda sendiri!
Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat ada berkongsi pengalaman dahsyatnya apabila pernah terlibat dalam satu kemalangan pada tahun 2012.
Menerusi entri post Instagramnya, pengalaman tersebut nyata memberi kesedaran besar dalam hidup penyanyi lagu Nakal itu.
“Saya pernah accident teruk sebab mengantuk, Tak tipu! Boleh google kalau tak percaya.
“Beberapa saat je terlelap, kereta total-lost. Cedera teruk kat muka, tulang muka patah, jahit sana sini.
“Tapi Alhamdulillah, saya ini kira bernasib baik masih sihat sampai sekarang,”tulisnya.
Tambahnya lagi, Ayda turut memberikan nasihat kepada para pemandu lain supaya berhenti berehat jika mengantuk.
“Jadi saya nasihatkan anda semua berhenti memandu, freshkan diri, tambah tenaga dan jangan paksa diri kalau mengantuk.
“Berehat dulu lepas tu baru sambung drive,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Ayda alami kemalangan berkenaan di lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada tengah malam, tahun 2012.
Dia ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya setelah seharian berada di set penggambaran.
Kemalangan tersebut berlaku apabila Aida yang memandu kereta jenis Mazda dipercayai keletihan sehingga menyebabkan keretanya terbabas lalu berpusing beberapa kali sebelum melanggar pokok di lebuh raya berkenaan.
Malah Ayda pernah berkongsikan mengenai hal sama menerusi satu ciapa di Twitter.
Nak belanja sikit muka saya masa tengah lebam dan lepas kene jahit. Siapa gelak tiak hitam. HAHAHA pic.twitter.com/xMApDpkRym
Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit,31, tidak menafikan suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin atau Poji,31, kerap bersamanya ke mana-mana program seni hiburan kebelakangan ini.
Keberadaan suami di samping Ayu sekali gus menyebabkan ada cakap-cakap mendakwa Poji cuba ‘menempel’ isteri demi glamor.
Ayu berkata, apa yang dilakukan hanyalah demi mencari rezeki dan tiada sebab untuk berbuat demikian.
“Tak adalah sampai nak tagih populariti pun. Setakat ini, baru dua kali suami muncul di kaca televisyen. Pertama menerusi satu ‘game show’ dan terbaru untuk sebuah program masakan.
“Mana ada hadap glamor pun? Kalau nak, sudah lama buat tapi kami percaya kepada rezeki. Jika kena pada masa dan kesesusaian, saya tak nampak sebab untuk tolak peluang,” katanya.
Dalam pada itu, Ayu akui suaminya seorang pemalu dan mereka akan berbincang terlebih dulu sebelum bersetuju shooting bersama.
“Dulu suami jarang ke depan sebab biarlah dia fokus dengan tanaman cili dan fertigasi yang diusahakan.
“Sebelum ini, suami memang pemalu berada di hadapan lensa kamera. Tapi mungkin kerana kerap menemani saya jika berkelapangan sebelum ini menyebabkan pendedahan itu diterimanya sedikit demi sedikit.
“Kami pun memang sama-sama cari rezeki, dari awal kahwin sampailah sekarang. Jadi apalah salah jika sesekali dia pun terlibat dalam skop kerja saya pula. Cuma, biarlah berpada-pada.
“Kami muncul berdua di kaca TV pun menerusi program berkonsepkan famili. Saya akan bertanya suami dahulu, mahu ‘masuk TV’ atau tidak. Perlu berbincang terlebih dulu dan minta izinya,” kata Ayu.
Terdahulu, Ayu ditemui pada majlis Hi-Tea dan Pelancaran Produk Baharu Figura International di Flamingo by The Lake, Kuala Lumpur pada Ahad.
Pada majlis itu, syarikat tersebut melancarkan dua produk kesihatan iaitu Figura dan Figura Coffe Latte.
“Untuk pelancaran ini, semua sudah maklum dengan keberkesanan produknya. Saya mengenali rapat Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid dan sudah mencubanya sebelum ia dilancarkan lagi.
“Jadi saya hadir untuk beri sokongan. Tumpang gembira tengok rakan-rakan berjaya, insyaAllah,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk melakukan konten ‘double meaning’ atau berbaur lucah bersama suaminya yang juga pelakon, Dini Schatzmann, baru-baru ini.