Jarang berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana tidak mahu dilabel sebagai seorang yang menunjuk-nujuk, penyanyi dan usahawan Linda Rafar kali ini bertindak untuk terus memuat naik foto bersama insan tersayang.
Kongsinya, dia memuat naik beberapa keping foto bersama suami, Syed Aiman bagi menghargai pengorbanan dan jasanya sebagai seorang ketua keluarga.
“Linda susah nk post picture hubby takut org tak suka n ckp nk menunjuk2 tp bila pikir hidup ni sangat singkat dan kita tak tau caturan Allah.. samaada kita atau dia yg akan pergi dulu.
“Jadi mlm ni jom kita sama2 post pict org yg kita sayang.. insyaallah allah panjangkan umur kita dah hidup kita berkhati Allah SWT .. i love u papa @syedaiman75,” tulisnya.
Terdahulu, Linda terkesan dengan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa pagi akibat serangan jantung.
Ads
Malah, Linda turut merasakan kesedihan yang dialami Bunga Cintra Lestari apabila beberapa keping foto dan videonya mulai tersebar di media sosial.
Baginya, setiap pasangan perlu menghargai antara satu sama lain ketika hayatnya.
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy yang kini gigih membangunkan perniagaan makanan tambahan miliknya, KILAFIT mempunyai pandangan tersendiri terhadap istilah seksi, yang sering dikaitkan dengan dirinya.
Bagaimanapun kalau diperhatikan penampilan anak kepada penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil ini menerusi media sosial khasnya Instagram sudah pun berubah dan berbeza dari apa yang pernah dilihat sebelum ini.
Lalu ada yang mengandaikan, perubahan imej Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan ini disebabkan hatinya yang sedang berbunga bersama jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman dan kononnya mereka sedang menuju ke fasa perkahwinan.
Ditanya akan perkara tersebut, empunya diri mempunyai penjelasannya.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
“Pastinya perubahan itu seiring dengan kematangan diri. Ia seperti isyarat atau panggilan kepada diri sendiri. Dalam hidup ini kita sentiasa berusaha mahu jadi lebih baik dan memperbaiki diri.
“Step by step… insyaAllah. Berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih.
“Saya cuba elak atau tak mahu lagi orang di luar sana nampak diri ini dengan terjemahan seperti … oh badan dia cantik mahupun seksi!,” ungkap Kilafairy.
Pada masa sama, penyanyi lagu Put The Word In ini juga kian selesa andai mereka di luar sana melihatnya daripada sudut bakat dimiliki selain usaha untuk terus menjadi usahawanita berjaya.
“Saya mahu memberi contoh yang baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT. InsyaAllah.
“Saya mahu jadi insan yang lebih baik. Sebenarnya sudah tujuh bulan saya cuba menjaga penampilan dan sebagainya. Lagipun saya bukan makin muda.
“Lebih mengujakan perkara ini tanpa diduga membuka mata sendiri dan pasukan KILAFIT mengenai visi dan misi perniagaan kami,” katanya optimis.
Malah, perubahan imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan dengan produk yang diusahakan.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
“Saya bukan saja sayang dan kasihan dengan haiwan. Namun turut bersimpati dengan orang dan persekitaran yang melanda dunia. Termasuk isu umat Islam Uighur di China yang ditindas dan krisis kebakaran hutan di Australia baru baru ini. Serta terbaru isu Coronavirus yang menggemparkan dunia.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
“Jadi berbalik kepada situasi sendiri terutama apabila Mama (Rohana Jalil) berdepan kesan sampingan yang teruk daripada produk yang digunakan, saya yakin hal sama juga terjadi kepada orang lain hingga menjadi mangsa.
“Maka sebab itu juga saya bangkit memulakan perniagaan KILAFIT sejak setahun lebih yang lalu kerana mahu berikan solusi penurunan berat badan terbaik tanpa kesan sampingan.
“Alhamdulillah misi itu berjaya dicapai menerusi testimoni yang menggunakan produk saya secara konsisten. Pelanggan dan pengguna produk sayaboleh turun berat badan dengan selamat secara purata 8 kilogram dan lebih dalam tempoh sebulan ,” katanya.
Tambahnya lagi, soal menjaga penampilan, bentuk badan mahupun kecantikan bukan semata mata dilihat daripada luaran dan dia sendiri takut melihat mereka yang berdepan kesukaran dan kesusahan ketika bergelut dengan masalah kesihatan.
“Kesannya hingga perlu kerap ke hospital atau klinik untuk mendapat rawatan. Bil perubatan sekarang pun melambung tinggi hingga ada yang tak mampu membayarnya.
“Berbalik kepada KILAFIT, kami bukan mahu menjual ‘seksi’ atau perlu kurus semata mata, sebaliknya nak bantu mereka di luar sana yang ada masalah kesihatan dan mengharapkan masa depan yang lebih baik. InsyaAllah.
“Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kurus atau seksi itu cukup subjektif dan mungkin dilihat penting untuk meningkatkan keyakinan diri bagi sesetengah daripada kita.
“Namun di KILAFIT tiada gunanya semua itu jika kesihatan dalaman tidak dijaga. Keseimbangan dalaman dan luaran itu paling penting.
“Itulah juga misi dan azam KILAFIT pada tahun ini serta mendatang. Ia juga seiring dengan imej saya kini. Tagline KILAFIT juga menekankan peri penting Versi Terbaikmu.
“Bukan sahaja daripada sudut kesihatan, tapi bantuan khalayak ramai menerusi sudut taraf kehidupan melalui platform usahawan Agen & Stokis KILAFIT ,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menerima reaksi pelbagai menerusi persembahannya menerusi lagu Sumpah di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) pada Ahad, penyanyi Aina Abdul menjelaskan konsep yang digunakan adalah sebagai simbolik kepada kehancuran hati.
Aina menerusi Instagram turut menjelaskan, ialah satu ekspresi seni yang ingin disampaikan menerusi anugerah muzik tahunan itu dan sebagai seorang Muslim, tidak pernah terlintas di fikiran untuk melakukan konsep seperti yang didakwa sesetengah pihak
Sementara itu, Aina ketika ditemui media sejurus malam kemuncak sekali lagi memberikan penjelasan terperinci mengenai konsep persembahan yang dibawakan.
“Mengenai Sumpah Aina Abdul, saya minta maaf terlebih dahulu sekiranya mesej yang cuba disampaikan itu disalah tafsirkan, melampaui batas atau pun keterlaluan mengikut sesetengah orang yang menonton.
“Saya tak boleh halang orang dari bercakap dan saya ingin tegaskan di sini, isu darah itu bukanlah berkait dengan bunuh diri.
“Sebabnya, Sumpah ialah hati wanita atau lelaki yang terluka. Jadi darah adalah sebagai simbolik kepada hati yang terluka. Itulah cara saya untuk tafsirkan melalui darah. Bagi saya, saya ‘gunakan’ darah kerana itu adalah simbolik terbesar untuk saya ketengahkan perasaan terluka. Itu cara, metafora saya,” terangnya jujur.
Malah, penyanyi yang turut sinonim dengan lagu Shadow ini juga turut menjelaskan mengenai dakwaan dirinya ada menikam dada sehingga darah mencurah keluar.
“Itu tabiat yang tidak boleh saya nak ubah. Ia cara saya untuk lontarkan nyayian jika mungkin yang pernah tonton video nyanyian saya pun, banyak bermain-main dengan tangan.
“Darah itu keluar… Ibarat macam kita terluka,” katanya yang turut memberitahu pada akhir sesi rehearsal, elemen darah itu turut dimainkan.
“Kalau darah tu menitis sikit-sikit tak nampak. Jadi, alang-alang kita nak sampaikan satu isu atau pun ‘statment’, kita kena gunakan darah yang lebih banyak,” kongsi Aina apabila timbul pula isu yang membayangkan persembahannya itu seperti melebih-lebih.
Memberikan persembahan sehingga mencetuskan tular, bintang ini punya jawapan sendiri.
“Ia tidak dirancang sebabnya, ketika saya dan team lakukan sesi brainstom, pertama sekali baju tersebut diinspirasikan dari busana yang dipakai oleh Lady Gaga di Met Gala akan tetapi persembahan adalah simbolik saya sendiri.
“Kami fikir apa yang akan diketengahkan untuk persembahan di AJL sebab kalau hanya menyanyi sahaja, rasa seperti tak cukup untuk saya ekspres ‘sakitnya’ saya,” katanya yang menyedari ia mulai diperkata sejurus selesai membuat persembahan.
“Saya tahu selepas selesai buat persembahan. Saya tidak takut tetapi saya harap ia akan menjadi peluang untuk orang lebih mengenali saya lagi sebagai seorang penulis lagu yang menulis mengenai isu yang lebih berat.
“Lagu yang saya keluarkan hampir semua berkaitan dengan mental health dan isu bunuh diri sama sekali tidak. Alhamdulillah saya masih siuman, waras dan tidak akan gunakan isu bunuh diri sedangkan saya sendiri mahu ketengahkan isu mental health, tak akan saya gunakan pentas AJL untuk ajak orang buat sesuatu yang salah,” katanya.
Menjawab persoalan sama ada dirinya ada melakukan kajian terhadap apa yang boleh dan sebaliknya sebelum membuat persembahan sedemikian, Aina menambah sebetulnya ada beberapa idea lain.
“Kita tidak fikirkan apa yang tidak boleh dilakukan dulu, kita fikir apa yang kita boleh buat dan beberapa idea lain ada. Yang paling dekat dengan hati adalah isu ini dan saya tak tunjukkan yang saya kelar diri ke, itu hanyalah ekspresi tangan ketika menyanyi. Saya tak boleh hentikannya.
Aina turut memberikan reaksi apabila ditanya mengenai sama ada persembahan tersebut boleh mempengaruhi individu bermasalah selepas menontonnya.
Terdahulu, pada persembahan yang berlangsung di Axianta Arena, Bukit Jalil, pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani ini yang mengenakan persalinan serba putih dan tiba-tiba darah mengalir keluar mengundang pelbagai reaksi dikalangan netizen.
Industri hiburan dikejutkan dengan pemergian pelawak popular, Abam Bocey yang telah meninggal dunia selepas Subuh pagi tadi dipercayai akibat demam panas.
Abam atau nama lengkapnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak, Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan isteri Abam, Hidayah kepada adik Allahyarham, Ali.
Lantas, perkara itu mengejutkan ramai pihak termasuk rakan selebriti dan pelawak yang pernah sama-sama dalam satu gelanggang lawak.