Kini sedang mengerjakan umrah bersama anak-anak, Datin Seri Shahida menerusi posting terbaru mengimbau kembali kenangan ketika menunaikan haji tahun lalu sewaktu sedang sarat hamil.
Jelasnya, kini dia kembali ke Arafah bersama Raudhah yang sebelum ini berada dalam kandungan.
“Raudhah kalau ingat kita ke Arafah tahun lepas mengerjakan haji sama2….waktu raudhah dalam kandungan usia 6-7 bulan.
Ads
“Sekarang kita datang lagi sama2 doakan keluarga kita dapat kebaikan dunia dan akhirat,” kongsinya.
Datin Seri Nur Shahida dilihat ada mengimbau kembali detik perkenalan dengan rakan penyanyi, Bienda ketika sama-sama menganggotai kumpulan nasyid Solehah tak lama dulu.
Jelasnya, sewaktu berada di Tingkatan Satu, dia dan Bienda duduk bersebelahan di dalam kelas dan sangat rapat sehinggakan baju sekolah turut dikongsi bersama.
“lama x jumpa kawan saya ni @biendalavienda rasanya last pergi umrah sama2 3 tahun lepas.
“Saya kawan dengan bienda ni dah lama dari umur 13 tahun,duduk sebelah2 je dulu…dulu kat sekolah semua org nak kawan dan dekat dgn dia sebab dia cantik…pastu dia famous.
“Hahaha saya pun sama nak kawan dgn dia sebab dia cantik manalah tau kan dapat aura cantik tu sikit (gurau je) tapi dia mmg baik, kita org rapat sampai baju sekolah pun kita org boleh share….semua masalah kami share sama2.
“Cuma bila dah kahwin masing2 sibuk sebab ada komitmen dan kerjaya masing2,” tulisnya.
Malah kata isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri ini lagi, dia sering dimarahi Bienda kerana jarang berada dalam kelas.
“Dulu dia selalu marah saya sebab jarang masuk kelas sebab saya ni mmg sibuk kat sekolah, kejap kang main hoki, pastu bola baling,pastu dikir barat la,lompat jauh la…(macam2 la ko ni da) selalu dia sebut ayat tu.
“Alhamdulillah dah 22 tahun kami kawan,gaduh baik,gaduh baik…bila gaduh mesti tukar tempat duduk dlm kelas.
“Apapun semoga sahabat saya ni diberi kebahagiaan dunia dan akhirat dan mudahan persahabatan kita kekal sampai ke nafas yg terakhir,” kongsinya panjang lebar.
Persembahan Aina Abdul menerusi lagu Sumpah pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) mendapat kecaman dan kritikan meski ramai yang memuji.
Persembahan penyanyi terbabit yang seolah-olah memberi gambaran bunuh diri mendapat perhatian Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa) memuat naik kenyataan berkenaan perkara itu di Facebook, sebentar tadi.
Menerusi kenyataan tersebut, pihak Miasa berpendapat persembahan menerusi lagu hasil ciptaan sepenuhnya dari penyanyi terbabit membawa mesej yang kurang tepat kepada penonton mengenai luahan kekecewaan sehingga mengambil keputusan untuk melakukan tindakan yang dilarang.
“Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan memudaratkan diri di pentas AJL tahun ini?
“Stesyen TV dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adengan sedemikian di media.
“Dalam persembahan tersebut, penyanyi tersebut yang berpakaian serba putih telah menikam dadanya sehinga darah membuak buak keluar membasahi pakaiannya. Skrin latar mempamerkan darah pekat yang mengalir.
“Ternyata persembahan seperti ini memberi mesej yang salah kepada penonton mengenai kekesalan kekecewaan dalam percintaan sehingga perlu menamatkan riwayat dengan menikam dada,” tulis status terbabit.
Aina yang berpakaian serba putih dilihat tiba-tiba bahagian dadanya seolah-olah darah keluar mengundang pelbagai reaksi netizen, menerusi persembahan secara langsung di AJL34 di Axita Arena, pada Ahad.
Dalam pada itu, pihak Miasa turut menegaskan persembahan tersebut melanggar garis panduan.
“Persembahan seperti ini jelas telah melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adegan membunuh diri dengan menunjukkan cara dan kaedah untuk menamatkan riwayat.
“Bagi individu yang memiliki masalah mental, adengan seperti ini boleh menyebabkan ia boleh menggangu pemikiran dan mungkin mendorong mereka untuk menamatkan riwayat.
“Bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang kami ingin memohon masyarakat untuk membantu untuk membuat perlaporan kepada Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF),” ujarnya.
Sebelum ini, Miasa pernah mengecam muzik video Sumpah nyanyian Aina Abdul yang didakwa boleh memberi gambaran buruk terhadap penghidap masalah mental iaitu skizofrenia.
Foto: Instagram Aina Abdul, Facebook MIASA
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah hampir putus asa untuk meneruskan bidang nyanyian dalam industri hiburan, penyanyi duo, MeeyoJoe tidak patah semangat untuk menghiburkan orang ramai.
Dianggotai Amirul Shafiq Sukor atau Meeyo Shapik, 26, dan Muhammad Bazli Zakaria (Joe Bazli), 26, kedua-duanya menganggap industri seni adalah satu cabang yang sukar.
“Ada satu hari itu, kami hampir putus asa kerana hendak mencipta nama dalam industri bukanlah sesuatu yang mudah.
“Hal ini kerana ramai artis kini tumbuh bak cendawan. Setiap hari ada sahaja artis baru.
“Tambahan pula, dunia kini ada digital platform seperti Instagram, Youtube. Mereka boleh tonjolkan bakat melalui platform tersebut,” katanya.
Terdahulu, duo ini ditemui di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Khamis sempena Sidang Media Bersama MeeyoJoe.
Hampir enam tahun berusaha mengetengahkan bakat, MeeyoJoe mahu lebih dikenali ramai.
“Kami cuba sedapa upaya untuk memberitahu pada masyarakat tentang kewujudan kami.
“Oleh itu, kami buat kelainan dari segi konsep lagu dan bekerjasama dengan orang-orang kuat.
“Apabila kami mencapai satu tahap iaitu satu visi dan misi yang sama, bagi kami itu pun sudah cukup memadai,” opitimis Meeyoo.
Pernah menerima kritikan dari netizen, kedua-dua jejaka ini tenang berdepan situasi berkenaan.
“Apabila menerima kritikan dari netizen,kami mengambil ia sebagai sesuatu yang positif.
“Kami juga mengambil ia sebagai satu loncatan apabila ada yang samakan kami dengan Azhael dan ada juga yang memberi komen untuk membuat kelainan tetapi tidak menjadi,” jelas Meeyoo.
Dalam perkembangan lain, lagu berjudulDelusi telah memasuki pasaran Indonesia dan mendapat sambutan yang baik.
Setelah tujuh minggu berjuang dan berhempas pulas memberikan persembahan terbaik, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan bagai menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara sulung Kilauan Emas Selebriti (KES) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Sabtu.