Cantik menawan saat bergelar raja sehari, penampilan Zahirah MacWilson disempurnakan dengan menggayakan busana hasil sentuhan pereka fesyen, Teh Firdaus.

Lebih menarik, bintang jelita itu turut ditatarias set barangan kemas dari Hearts On Fire dari Habib Jewels yang bernilai lebih kurang RM1,000,000.

Nah, ini dia perincian mengenai set barangan kemas yang dimaksudkan.

  1. Berlian paling sempurna dengan membentuk pantulan cahaya maksimum. Cincin berlian yang diikat dengan emas putih 750. Cincin eksklusif ini turut dipenuhi dengan 7 butir berlian seberat 0.33 karat.

2. Cincin berlian Hearts On Fire dari koleksi Aerial bertatahkan 82 butir berlian seberat 0.9 karat mempunyai reka bentuk yang sangat unik.

IKLAN

3. Rantai tangan 3 baqrisan berlian dari koleksi Copley Hearts On Fire menyerikan lagi pergelangan tangan pengantin perempuan pada malam itu.

4. Rantai leher dari koleksi Aerial bertatahkan 750 butir berlian berbentuk ‘teardrop’ mempunyai berat lebih dari 22 karat nyata menyempurnakan busana indah yang dipakai Zahirah.

5. Ini cincin berlian berbentuk ‘pir’ dipenuhi dengan berlian 1.22 karat.

IKLAN

6. Cincin perkahwinan ‘eternity’ dari Hearts On Fire pasti menjadi peneman sempurna buat pengantin wanita, malam tadi.

Sementara itu, solekan wajahnya ditataris oleh jurusolek terkenal, Bosco Ryzal. Manakala Aiman Hakim, yang juga pemilik cafe Bakersfellas di Ara Damansara itu pula selesa memilih persalinan baju Melayu rekaan Cosry.

IKLAN

Sumber/Foto: Habib Jewels/Boscoryzal (IG)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI