Tahniah diucapkan buat lebih 600 peserta yang hadir ke uji bakat pencarian Hero Remaja 2020, selain 12 finalis terpilih ke peringkat seterusnya, bersaing merebut gelaran berkenaan dalam tempoh dua bulan akan datang.

Syukur atas rezeki terpijak, calon juara Hero Remaja edisi terbaru Mohammad Azri Abdul Khair misalnya turut meluahkan rasa syukur dan terharu.

Bagaimanapun rupa-rupanya, sudah ada cakap-cakap raut wajah jejaka berusia 24 tahun ini yang didakwa punya iras bintang Filipina, Dingdong Dantes.

Ditanya mengenai perkara tersebut, dia tidak melatah serta tak pandang enteng mengenainya.

“Saya okay saja kalau mereka nak samakan saya dengan pelakon antarabangsa berkenaan. Saya sendiri tak perasan muka saya seperti aktres tersebut, tetapi ramai yang ‘usik’ dan samakan saya dengan dia.

“Malah, perkara itu sudah berlaku ketika saya memasuki universiti. Kebiasannya, kenalan rapat akan samakan saya dengan hero Filipina itu.

“Dalam masa sama, saya terhibur dan seronok juga apabila disamakan dengan wajah aktor berkenaan” katanya kepada MH. 

“Saya Terhibur & Seronok Bila Disamakan Dengan Dingdong Dantes,”-  Syukuri Rezeki Jadi Finalis Hero Remaja 2020, Ini Reaksi Azri Khair

IKLAN

Baru sahaja menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran di MMU, Cyberjaya pada September tahun lalu, anak kelahiran Selangor ini mempunyai misi dan visi tersendiri untuk memasuki program ini.

“Saya masuk Hero Remaja untuk memberi kesedaran kepada remaja di luar sana khususnya yang melibatkan masalah kesihatan dari segi mental dan fizikal. 

“Saya juga mahu mengetengahkan mengenai persekitaran yang berlaku pada remaja masa kini,” jelasnya lagi.

“Saya Terhibur & Seronok Bila Disamakan Dengan Dingdong Dantes,”-  Syukuri Rezeki Jadi Finalis Hero Remaja 2020, Ini Reaksi Azri Khair

Memiliki hampir 2,000 pengikut di Instagram, Azri tidak mudah putus asa apabila hadir dua kali ke uji bakat program tersebut bagi mencuba nasib.

IKLAN

“Saya mencuba nasib dalam program ini sebanyak dua kali, hari pertama saya sangat gementar kerana ujian yang diberikan juri adalah lakonan.

“Saya akui agak ketandusan dialog dan idea ketika itu kerana juri mahukan lakonan yang spontan dan nampak ‘neutral’.

“Pada hari kedua, rezeki berpihak kepada saya kerana juri nampak potensi saya dan Alhamdulillah saya terpilih,” kongsinya yang turut fasih berbahasa Arab.

Meski keluarga tidak berada di sisi Azri, namun sokongan kedua ibu bapanya menjadikan Azri lebih kuat dan bersemangat.

IKLAN

“Saya sentiasa mendapat sokongan keluarga walaupun mereka jauh dan menetap di Arab Saudi kerana ayah saya bekerja di sebuah syarikat minyak.

“Sebelum ini saya menuntut ilmu di sana, kemudian saya melanjutkan pelajaran di Malaysia kerana mahu menikmati keindahan Malaysia dan merasai suasana di sini,” jelasnya.

“Saya Terhibur & Seronok Bila Disamakan Dengan Dingdong Dantes,”-  Syukuri Rezeki Jadi Finalis Hero Remaja 2020, Ini Reaksi Azri Khair

Program Hero Remaja melibatkan 12 finalis dan akan dikuarantinkan hampir dua bulan bagi menjalani beberapa aktiviti.

Program tersebut akan bersiaran pada 27 Februari ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) jam 9 malam.

Sementara itu, Ain Edruce selaku host, manakala Scha Al-Yahya dan Datuk Hans Isaac merupakan juri tetap bagi program ini.

“Saya Terhibur & Seronok Bila Disamakan Dengan Dingdong Dantes,”-  Syukuri Rezeki Jadi Finalis Hero Remaja 2020, Ini Reaksi Azri Khair “Saya Terhibur & Seronok Bila Disamakan Dengan Dingdong Dantes,”-  Syukuri Rezeki Jadi Finalis Hero Remaja 2020, Ini Reaksi Azri Khair

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI