Pemergian Abam Bocey kembali ke Rahmatullah semalam nyata mengejutkan ramai dan yang paling terkesan sudah tentunya dua sahabat arwah yang juga anggota kumpulan Bocey, Achey dan Fad.
Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam sebelum ini berada di Jepun bersama keluarga untuk bercuti dan pastinya, berita pilu yang diterima memberi kesan mendalam.
Fad menerusi Insta Stories sejak semalam ada berkongsi beberapa status berkaitan dan terkini, dia sekeluarga difahamkan menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air bagi melawat pusara sahabat tercinta.
“Aku tak sabar nak balik Malaysia tapi dalam masa yang sama aku berat hati,” tulisnya di Insta Stories.
Ads
Sementara itu menerusi Insta Stories isterinya Nur Syahirah A. Rahman pula, ibu kepada tiga cahaya mata itu ada berkongsi beberapa video, dalam perjalanan menuju ke Malaysia.
Ads
“Kita orang nak balik ni, tunggu kita orang sampai ya,” tulis Syahirah.
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi semalam.
Ads
Allahyarham meninggal dunia pada usia 32 tahun.
Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia lapan bulan.
Moga urusan Fad sekeluarga dipermudahkan.
Foto: Instagram Fad Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu, Nur Risteena dan Isa Khan masih dalam perancangan untuk membina mahligai bersama.
Bagaimanapun, kedua-duanya masih belum mempunyai tarikh spesifik untuk menentukan tarikh bahagia mereka.
Perkara itu dikongsikan Isa menerusi Youtube rasmi, IsaxRis TV dengan durasi selama sembilan minit untuk menjawab persoalan peminat.
“Semuanya dalam perancangan. Kita pun kalau boleh tak nak bertunang lama-lama.
“Namun, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.
“Tambahan pula, saya sebagai pihak lelaki. Insyallah, tahun 2020 ini menjadi tahun yang baik dan tiada halangan.
“Jika tiada aral melintang, saya akan halalkan si dia (Risteena),”kata Isa jujur.
Malah, Risteena menyifatkan bahawa Isa seorang yang ‘gentleman’ dan romantik kerana berani melamar dirinya di Bali, Indonesia tahun lalu.
“Perkara yang paling membuatkan saya tersentuh apabila Isa melamar saya di Bali. Sejujurnya, saya tidak pernah merasa momen sedemikian dan itu merupakan sejarah pertama bagi saya.
“Malah, Isa merupakan lelaki pertama dan terakhir melakukan momen bahagia kepada saya.
“Sebelum ini saya ada memasang impian agar ada seseorang yang membuat perkara berkenaan, ternyata impian saya tercapai dan jejaka itu adalah Isa Khan,” jujur Risteena.
Terdahulu, Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Ikuti video penuh di bawah;
Video : Youtube IsaxRis TV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nora Ariffin mendedahkan dirinya berserah kepada takdir Allah andai selepas ini dia dikurniakan jodoh bersama teman baru.
Kongsinya kepada MH, dia tidak mencari sebaliknya hanya mendoakan yang baik-baik buat dirinya sekeluarga.
“Kita berserah… Sudah dekat tiga tahun pun. Bagi saya, hanya berserah. Kalau perkara yang baik selalu kita doa, minta diberikan benda yang baik. Kalau Allah bagi yang baik, baiklah.
“Yang cuba mendekati itu, tidak dapat larilah. Akan tetapi okay sahaja. Berkawan-kawanlah.
“Nak kata tutup pun tak baik, nak kata tak tutup pun tak baik kan? Bila sampai masanya itu, sampailah. Memang kalau nak mencari, nak dapat macam arwah tu tak akan sama. Tak akan jumpa kan.
“Saya tidaklah mencari pun, kalau anak-anak okay, saya okay. Mereka okay malah kadang-kadang sakat saya. Apa pun kawan memang ramai, tak dapat nafi,” terangnya jujur.
Ditanya mengenai sejauh mana ingatannya terhadap bekas suami, komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 lalu itu, penyanyi Sandiwara ini punya jawapan sendiri.
“Kadang-kadang pada hari tertentu misalnya bulan puasa, Hari Raya atau bila tatap fotonya… ‘habis’, tak boleh buat kerja. Jadi saya kena sibukkan diri dengan fikirkan hal lain.
“Bagi saya kena buka minda, usah terlalu sedih. Cuma pesanan arwah katanya hidup kita tidak lama dan apa kemuncak kita, iaitu nak ke syurga. Dia selalu ingatkan. Saya pegang itulah.
“Kita ni bukannya baik sangat, tapi kita nak tanamkan diri kita untuk jadi individu yang lebih baik,” jelas bintang berusia 46 tahun ini lanjut.
Berkongsi apakah nasihat atau kata yang boleh dititipkan buat wanita yang mempunyai nasib hampur serupa sepertiya, Nora mengakui hidup secara sederhana adalah lebih baik.
“Saya petik pesanan daripada Profesor Muhaya. Katanya, kadang-kadang Dia ambil apa yang kita sayang kerana kita terlalu ‘bertuhankan’ kepada sesuatu perkara itu.
“Contohnya, kalau kita terlalu sayangkan suami sampai ‘lupa’ Tuhan, tidak boleh. Mungkin Allah akan ambilnya sama ada meninggal dunia atau diambil orang lain atau apa sahaja. Begitu juga sebaliknya.
“Kalau kita semua ada, mungkin Allah berikan penyakit dan akhirnya kita tahu ada duit pun tak boleh nak sembuhkan penyakit. Jadi usah terlalu taksub, bersederhana. Yang penting hubungan kita dengan Pencipta,” terangnya lagi.
Terdahulu, Nora ditemui pada majlis perlantikan sebagai duta produk kecantikan, Prettian.
Pengarah Prettian Malaysia, Fauziah Abdul Aziz sebagai dipetik berkata, pemilihan penyanyi itu dibuat berdasarkan kepada penampilan dan kecantikan semula jadi selebriti itu yang tidak di makan usia.
“Kita memang ada mendekati Nora dan beliau sendiri memilih untuk mencuba dulu produk ini sebelum bersetuju.
“Bagi kami, Nora mempunyai kualiti paling signifikan dengan Prettian Malaysia iaitu asas kecantikan secara semula jadi,” katanya.
Prettian merupakan produk premium dengan bahan asas dari Pulau Jeju dan ia adalah siri produk penjagaan kecantikan daripada Korea yang juga dikenali sebagai K Beauty.
Prettian Malaysia yang diasaskan oleh Noor Alhan Ismail, sudah berada di pasaran sejak setahun lalu dengan siri produk seperti Triple Oil Cleanser, Moisturiser, Silky Brightening BP
Sehubungan itu, pelbagai projek dirancang bersama Nora, termasuk siri jelalah di beberapa lokasi terpilih.
Pada majlis sama, Nora turut menyampaikan beberapa buah lagu, termasuk secara duet bersama bintang remaja, Raja Syahiran.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.