Pelakon Fasha Sandha menerusi Instagram ada memuat naik sepotong video pendek yang merakamkan dia sekeluarga sedang menjalani penggambaran untuk muka depan sebuah majalah.
Menerusi video yang sudah pun ditonton lebih 200,000 kali tontonan itu, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh berkenaan ada mendedahkan gelagat dua cahaya matanya ketika beraksi di depan lensa.
“Bertabahlah Sis2 dan Photographer, anak2 ku ni tak biasa Photoshoot, memang langsung tak biasa, kena la pujuk depa sampai ok.
”Apa pun, alhamdulillah, anak2 ibu baik masa photoshoot, cuma meragam manja2 je #iburayfalraysha,” tulisnya jujur.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya teruja dengan aksi comel mereka selain ada yang mendoakan agar kandungan aktres itu dalam keadaan baik-baik sahaja.
Merakam video sebagai simbolik kasih sayang yang utuh, pelakon Nur Risteena Munim ada bertanyakan soalan kepada tunangnya, Isa Khan.
Lantas, Isa menjawab tenang dengan penuh perasaan.
“Siapa sakitkan hati awak (Risteena), kena berhadapan dengan saya. Saya tak akan benarkan siapa-siapa sakiti hati awak.
“Semua kenangan kita, saya simpan dalam ingatan dan saya tak akan lupakan semua itu. Memeori indah saya bersama awak. Ketika kita mula-mula bercinta, saya jaga awak,” katanya jujur.
Berlatatbelakangkan lagu Hanya Rindu nyanyian penayanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng, video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan selepas dimuat naik bebrapa jam lalu.
Sementara itu, menerusi Instagram Risteena pula, Isa turut meluahkan isi hatinya terhadap tunangnya itu.
“Kalau ada perkataan yang lebih meyakinkan dari cinta, kalau ada sebutan yang lebih luar biasa dari ‘I love U’, saya dah sebut perkataan itu setiap hari pada awak.
“Perkataan ‘I love U’ tu tak cukup untuk saya nyatakn cinta saya pada awak.
“Saya tak pernah ada seseorang yang menghargai saya seperti mana awak hargai saya. Setiap hari perasaan sayang saya bertambah pada awak.
“Saya tak akan berhenti mencintai awak. Kalau saya lupa ingatan, awak tunjuk video ni pada saya, okay ,” katanya.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai status hubungannya dengan bekas suami, Aliff Aziz yang kini didakwa berbaik semula.
Menurutnya, ia adalah untuk menghormati keputusan keluarga kedua-dua belah pihak.
“Keluarga saya dan Aliff sudah berbincang mengenai hubungan kami. Apabila tiba masanya nanti, kami akan kongsikan juga.
“Sekarang saya tidak boleh kongsi apa-apa kerana mahu menghormati permintaan keluarga masing-masing”.
“Biarlah ia menjadi suatu perbincangan dengan keluarga terlebih dahulu buatmasa ini,” katanya jujur.
Bintang ini ditemui MH di Pokok Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu sempena majlis pelancaran produk Luxe Perfect Cover Foundation By Bella Astillah.
Tidak menyangka, dalam berduka kehilangan abang tersayang, Ali Puteh mendapat perkhabaran gembira apabila isterinya, Melati Fitri Abdullah kini sedang hamil enam minggu.
Memetik laporan Astro Gempak, dia menyatakan isteri perlu membuat pemeriksaan berkala dan diberi perhatian khas kerana kandungan sebelum ini mengalami jantung berlubang.
“Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang…Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.
Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja.
“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain.
“Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang).
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya” katanya seperti yang dipetik.
Sekadar imbasan, Ali kehilangan puteri kedua, Sharifah Nur Ainul Mardhiah pada 26 November tahun lalu selepas 17 hari dirawat di hospital akibat penyakit jantung berlubang dan masalah injap jantung terbalik.
Selebriti versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim tidak menyangka video yang memaparkan dirinya menyanyikan semula lagu hitsnya, Kini Kau Tiada bersama komposer, Brandon Lim (MFMF) mendapat perhatian banyak pihak.