AJL34: “Masih Ada Instagram, Twitter, Facebook…,” – Video Persembahan ‘Digantung’ Di YouTube? Ini Jawab Balas Aina Abdul

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak menjelaskan pihaknya mengambil pendirian untuk ‘menggantung’ terlebih dulu video persembahan penyanyi Aina Abdul dan kumpulan Drama Band di platform YouTube TV3.

Memetik Harian Metro, ia berikutan kontroversi terhadap gimik persembahan oleh dua bintang itu di Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) pada Ahad.

Malah, Johan dipetik sebagai berkata, pihaknya akan membuat semakan kod kandungan daripada Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) demi memastikan sama ada persembahan terbabit bercanggah dengan penyiaran stesen televisyen (TV) sebelum mengambil tindakan.

Mengulas mengenai perkara itu, Aina yang sebelum ini sudah pun meminta maaf serta menjelaskan secara terperinci mengenai konsep persembahan Sumpah pada anugerah muzik tahunan itu mengambil sikap positif.

Dia bagaimanapun turut merakamkan rasa syukur kerana setidak-tidaknya, dia berpeluang untuk bersaing di AJL34.

“Tidak mengapa, saya sudah cukup bersyukur berada di pentas akhir AJL. Jadi kalau video tersebuh kena ‘hold’ sekali pun tidak mengapa.

IKLAN

“Kita masih ada Instagram, Twitter, Facebook dan sebagainya, malah WhatsApp juga. Saya masih gembira dan saya okay,” katanya kepada MH.

Aina turut menambah, ia tidak menyekat semangatnya untuk terus memberikan karya terbaik selepas ini. Malah vokalnya juga turut dipuji ramai.

“Saya lega ia sudah berakhir dan harap penonton boleh ‘feel’ dengan apa yang saya sampaikan sedikit-sebanyak. Mungkin bukan rezeki Aina Abdul tahun ini.

“Ini merupakan batu loncatan untuk saya hasilkan lebih banyak karya, lagu-lagu yang membincangkan soal hati.

“Impian saya memang nak menang di AJL, saya pernah suarakan hasrat tersebut beberapa tahun lalu. Sadly, bukan tahun ni… Bukan sekarang, mungkin akan datang InsyaAllah.

Terdahulu ketika membuat persembahan, bahagian dada Aina tiba-tiba mengeluarkan cecair merah sebagai simbolik kepada darah.

IKLAN

Lalu ia menyebabkan sebahagian besar bahagian depan gaun putih yang dipakaikan basah dengan ‘darah’ yang mencurah.

Ikuti temu bual penuh bersamanya di sini;

Foto: Instagram Aina Abdul