
Tanggal 12 Jun 2019 menjadi detik bersejarah buat pelakon,Khir Rahman apabila bapa kesayangan, Datuk A Rahman Hassan menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Mahu mengabadikan momen indah bersama, Khir atau nama lengkapnya Khairulizam telah memuat naik video bapanya di Instagram.
“Antara yg pernah saya jadikan story di IG.
“Arwah abah ketawa sendiri melihat telefon.. Ntah apa yg menggelikan hatinya.
“Izinkan saya abadikan disini. Hujung minggu andai tak punya kerja, memang mudah sangat teringat pada arwah,” tulisnya.

Menerusi video hitam-putih itu, arwah yang juga penyanyi popular era 1960-an, tersenyum sendirian sambil matanya menatap telefon bimbit.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton hampir 20,000 tontonan.
Terdahulu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun di Hospital Ampang akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Keramat,Kuala Lumpur.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fadilah Mansor dan dua anak iaitu Khir Rahman dan Khairulazmi.
Anak kedua arwah, Allahyarham Khairul Ilmi meninggal dunia pada 2016 akibat kanser.

Video/Foto : Instagram Khir Rahman,Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Selagi Tak Sah Jadi Suami Isteri, Jangan Bagi Tahu Sesiapa,”- Ayah Emma Maembong Simpan Rahsia 6 Bulan

Kakak kepada Emma Maembong iaitu Beby Maembong mendedahkan bahawa ada sebab tertentu majlis nikah adiknya tidak diketahui ramai pihak sebelum tiba masanya.
Perkara itu dipersetujui oleh bapa mereka, Ismail Embong agar merahsiakan terlebih dahulu perkahwinan tersebut.
Malah, persiapan tersebut telah dirancang pada Ogos tahun lalu.
“Ingat senang ke nak simpan rahsia miema nk kawin?
“Benda happy mesti la nk kepoh 1dunia kan. Persiapan di rancang sejak aug 2019 kekal rahsia hingga hari pernikahan demi pengantin dan demi ayoh.
“Kita rahsiakan dulu sebab ayoh pesan “𝙨𝙚𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙩𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙨𝙪𝙖𝙢𝙞 𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙟𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙗𝙜 𝙩𝙖𝙪 𝙨𝙚𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖… 𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙜 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙟𝙖𝙙𝙞.. 𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙖𝙣𝙘𝙖𝙣𝙜, 𝙖𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙚𝙣𝙩𝙪𝙠𝙖𝙣.. 𝙎𝙚𝙙𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙮𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙪𝙣𝙖𝙣𝙜 2𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣 𝙥𝙤𝙣 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙥𝙪𝙩𝙪𝙨 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙖𝙖𝙩 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙞𝙠𝙖𝙝𝙖𝙣”.
“Alhamdulillah sekarang miema dah sah jadi isteri shazli dengan skali lafaz shj. Alhamdulillah,” tulisnya.
A post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
Terdahulu, Emma,27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada 20 Februari lalu.
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 dan senaskhah al-Quran, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.
Pada 6 Mac ini, majlis berinai akan dianjurkan. Sehari selepas itu, pasangan ini akan diraikan pada majlis resepsi di Putrajaya.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Foto : Instagram Beby Maembong, Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Tular di media sosial apabila ‘photo meme’ usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mahu membuat liputan dengan menemubual Tun Mahathir atau Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merungkai persoalan yang berlegar mengenai politik negara kini.
“Rakyat Malaysia perlukan saya jumpa Mahathir atau Anwar untuk buat live? Moga kerisauan anda terungkai,”kongsinya di laman Facebook.
Lantas, perkara itu telah mendapat respon dari Datuk Seri Vida (DSV) berkenaan foto tersebut.
“Adoiii Datuk Seri Aliff Syukri, banyak kau punya hal. Nak jadi wartawan CNN. Macam mana cara nak buat live dan interview Tun M dan DS Anwar.
“Banyaknya cita-cita awak,berniaga sudahlah. Teringat zaman sekolah dulu cikgu tanya “cita-cita nak jadi apa?”
“Aliff, apa yang awak cari dalam diri awak lagi ya? Semua dah ada, duit banyak, perniagaan stabil, apa lagi awak nak ?,” kata DSV dengan merakam video di IGTV miliknya.
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Terdahulu, ada yang menyifatkan Aliff disifatkan sebagai ‘wartawan nombor satu’ apabila tindakannya menemubual balu kepada arwah Abam sebelum ini.
Malah, tindakannya itu juga turut menerima reaksi pelbagai netizen lalu mencetuskan isu terkait.
Aliff turut melakukan sidang media bagi memohon maaf baru-baru ini, seterusnya mahu menjernihkan situasi yang berlaku berkaitan isu kunjungannya ke kediaman balu arwah Abam, tempoh hari.
Video : Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Sumpah ciptaan Naim Daniel Dan Omar K, diumum sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada malam Ahad.
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi bersama baucer CJ Wowshop sebanyak RM10,000.
Naib juara AJL34 pula milik Budak Flat yang dinyanyikan Aman sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi dan juga baucer CJ Wowshop bernilai RM5,000.
Tempat ketiga milik lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Anta Permana yang dinyanyikan Bob Yusof dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penampilan khas.
Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan baucer CJ Wowshop bernilai RM3,000.
Manakala Persembahan Terbaik pula disandang Hafiz Suip menerusi persembahan lagu Kisah Cinta Kita
Penyanyi asal Sarawak itu membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, baucer CJ Wowshop dan trofi.
Hafiz Suip turut dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik, sekali gus membawa pulang RM12,000.
Haqiem Rusli menerusi lagu Lembah Kesepian pula dipilih sebagai Anugerah Pilihan Peminat Setel.
AJL34 dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq.
Persembahan pembuka AJL 34 diserikan dengan persembahan para pemenang vokal terbaik AJL lalu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami.
Persembahan interlude AJL 34 pula akan menampilkan karya-karya balada M.Nasir yang disampaikan oleh Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, dan Datuk M. Nasir sendiri.
Kesemua lagu di AJL34 diadili 10 juri profesional iaitu Ajai selaku ketua juri, Azmeer, Edrie Hashim, Dato’ Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Dato Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi dan Cat Farish menggantikan arwah Lok-U.
Neelofa sebelum ini ada membuat ramalan tersebut menerusi media sosial, awal semalm.
Foto: Instagram Hatta Dolmat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

