“Saya beruntung memperisterikan Nor kerana dia seorang yang berdikari dan bercita-cita tinggi.” Itu kata pelakon senior, Edika Yusof apabila bercerita mengenai isterinya, Nor Hidayah Yusri.
Bagaimanapun selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, keduanya diuji apabila permaisuri hatinya diserang meningitis sehingga lumpuh.
“Lima hari selepas bersalin, Nor diserang demam panas. Doktor yang merawat mencadangkan saya membawa Nor ke hospital kerana itu bukan demam biasa. Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia sudah menunjukkan tanda sakit yang amat sangat.
“Setibanya saya di labour room pula, saya terdengar suara wanita menjerit-jerit kesakitan. Setelah dijengah, rupa-rupanya itu suara isteri saya. Dari kejauhan, saya melihat dia sudah nyawa-nyawa ikan kerana jangkitan kuman sudah sampai ke kepala.
“Tiada apa yang boleh dilakukan ketika itu, saya terduduk sambil mengadu kesedihan pada Yang Maha Esa. Setelah dibawa pulang, keadaan isteri ketika itu berubah 360 darjah. Dari seorang yang aktif dan periang, sudah bertukar lumpuh terbaring di atas katil,” kongsinya seperti yang dipetik Nona.
Bercerita dengan lebih lanjut, Edika yang pada ketika itu baru sahaja memulakan bisnes bersama isteri turut menambah, walau apa berlaku dia tetap akan menjaga isteri sebaiknya.
“Saya perlu mengangkat Nor untuk ke bilik air dan membantu menguruskan segala keperluannya. Lebih parah lagi ketika itu hampir semua memorinya hilang. Mujur dia masih mengingati saya dan ahli keluarga rapat.
“Saya dah janji dengan isteri, walau apa yang berlaku, saya akan jaga dia dengan baik. Apa yang sering saya bayangkan tentang dia adalah apa yang saya bayangkan jika berlaku kepada saya pula.
“Saya terbayang, bagaimana perasaan saya yang sedang sakit jika isteri abaikan tanggungjawab dan tinggalkan saya sendirian,” ujarnya seperti yang dipetik.
Popular kerana lakonan serta figuranya yang kacak pada awa penglibatan dalam dunia lakonan, Edika juga pernah berkhidmat sebagai pramugara di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) selama lima tahun.
Sementara itu, isterinya turut berkongsi, dia akui apa yang telah dilakukan suami tiada nilai yang mampu dibalas.
“Memang dengan apa cara sekalipun saya tidak akan dapat membalas budi dan pengorbanan yang telah Edika lakukan. Ketika terlantar sakit sampailah sekarang, saya telah ditatang umpama seorang bayi yang masih kecil. No words can describe apa yang saya rasa, memang susah nak terangkan
“Dalam mengatur perjalanan hidup ini kami perlu berada dalam satu team. Kalau hanya Edika sahaja atau satu pihak yang bagi komitmen, of course akan sampai masa yang dia akan fed up.
“Jadi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bukan senang nak kekalkan rumah tangga lebih-lebih lagi dalam keadaan macam saya ini dan bersuamikan lelaki yang bernama Edika Yusof. It’s not an easy journey. Tapi alhamdulillah dan insyaAllah, we can do this.
“Saya selalu reda, tawakal dan yakin pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya bukan jenis yang suka duduk termenung, meratapi nasib dan fikir kenapa aku yang terpilih untuk mengharungi semua ini,” jelasnya.
Ditanya mengenai status kesihatannya pula, Nor memberitahu ia kian menunjukkan perkembagan positif andai dibandingkan pada peringkat awal.
“Tahap kesihatan kalau nak banding dengan hari pertama sakit 12 tahun lepas, memang ada banyak perbezaan. Sebab masa mula-mula dahulu saya betul-betul lumpuh dari dada hingga ke hujung kaki.
“Masa itu saya memang betul-betul lemah, tangan memang tak kuat nak bergerak. Memang kira terlantar sahaja. Telinga tak dapat dengar selama enam bulan dan suara pun tak boleh keluar. Semua komunikasi kena bertulis di atas kertas.
“Anak mata tidak berada di tempat yang sepatutnya dan muka sebelah kiri strok. Pada masa itu, makan pun tak ada selera langsung. Memang kurus sangat-sangat tinggal tulang untuk tiga tahun pertama selepas jatuh sakit.
“Lepas tu beransur-ansur ambil suplemen baru ada tenaga untuk buat fisioterapi dan senaman sendiri di rumah. Sehingga kini saya masih sihat tetapi, pergerakan dari dada hingga ke hujung kaki masih sama, tidak boleh bergerak.
Foto: Instagram Edika Yusof, Majalah Nona
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir berputus asa untuk menyertai mana-mana program lawak selepas gagal lebih lima kali, ternyata percubaan terakhir ini telah mengembalikan semangat peserta asal Kelantan, Zunny untuk mengejar impiannya di dalam dunia komedi.
Bakal bersaing dengan 13 peserta lain di program Awesome Raja Lawak, Zunny tidak mahu mensia-siakan peluang sebaliknya ingin menjadikan platform ini sebagai medan untuk membuktikan bakatnya sebagai pelawak.
“Kalau nak bercakap soal kelakar ni, semua orang ada sisi lawak yang tersendiri. Cuma berani atau tidak sahaja utuk tunjukkan kepada khalayak ramai. Jadi, saya putuskan untuk memberanikan diri hadir ke uji bakat untuk tunjukkan bakat skil-skil saya dalam bidang komedi.
“Sebelum ini saya pernah mencuba untuk menyertai program-program lawak hampir lima kali tapi semuanya tiada rezeki. Umur saya pun dah cecah 30-an. Saya cakap dengan diri, kalau tiada rezeki juga di sini, saya akan lupakan dunia komedi ini.
“Alhamdulillah, perancangan Allah itu cantik. Saya bersyukur kerana terpilih menjadi 14 peserta akhir yang akan berentap di Awesome Raja Lawak,” katanya kepada MH.
Apa yang menariknya, sebelum menyertai pertandingan ini, Zunny merupakan seorang usahawan yang mengusahakan servis mengangkat sampah dari rumah ke rumah.
Bagi pemuda berusia 27 tahun ini, dia tidak pernah berasa malu dengan pekerjaannya itu dan turut menganggap tugasnya itu memberi sumbangan yang besar buat masyarakat terutamanya buat penduduk di kampungnya.
“Saya bekerja sendiri sebagai pemungut sampah. Jangan salah anggap, saya bukan jenis yang mencari sampah.
“Kerja saya adalah menyediakan servis mengangkat sampah dari rumah ke rumah. Ini perusahaan yang saya buat sendiri. Sayalah kuli, saya jugalah bos. Saya banyak beroperasi di kawasan kampung saya yang terletak di Tanah Merah, Kelantan.
“Apa yang nak dimalukan. Bukannya pekerjaan yang tidak elok. Saya juga memestikan keadaan persekitaran itu bersih. Kalau tiada saya, siapa yang nak pungut sampah-sampah tu. Jadi, saya bersyukur dengan segala aturan yang telah disusun oleh Allah kepada saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga mahu memanfaatkan peluang ini untuk mengubah nasib keluarganya ke arah yang lebih baik
“Kalau kita lihatkan peserta-peserta terdahulu, rata-rata kehidupan mereka berubah selepas menyertai program-program seperti ini. Jadi, saya berhadap dengan peluang yang diberikan oleh pihak Awesome TV ini, saya juga dapat mengubah kehidupan saya dari segi kewangan dan status.
“Jadi, saya mahu memberikan sepenuh komitmen sepanjang menyertai program ini. Bunyinya mungkin agak cliche, tapi memang saya nak ubah kehidupan saya ke arah yang lebih baik. Bukanlah saya nak kata kehidupan saya sebelum ini tak baik, cuma saya mahukan perubahan,” akhirinya.
Terdahulu, Awesome Raja Lawak akan bersiaran pada setiap Rabu mulai 7 September ini secara eksklusif di saluran Awesome TV 123 (Astro) dan 112 (MyTV).
Program ini bakal dihoskan oleh gandinagn pelawak Chiwan Chilok dan Nizam Jentik-Jentik.
Pelawak lagenda, Saiful Apek, Pelakon, Khir Rahman dan selebriti popular, Ayda Jebat akan menggalas tanggungjawab selaku juri tetap.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Zila Bakarin meluahkan kegusarannya melihat realiti masa kini yang dihadapi golongan kurang bernasib baik untuk turut sama mengikuti pembelajaran secara atas talian.
Menurut Zila, tidak semua ibu bapa mampu untuk menyediakan kemudahan pembelajaran atas talian lebih-lebih lagi buat mereka yang miliki anak yang ramai.
“Dah beberapa hari anak-anak online class. Bila sama-sama dengan diorang masa online, aku tengok tak ramai jugak murid yang ada. Setahu aku satu kelas lebih kurang 22 orang. Mana yang lain?
“Hari tu aku terbaca seorang ibu bagi tahu cikgu anak dia tak boleh online sebab phone ada satu. Ibu tu punya. Anak ada tiga. Masa online sama. Macam mana tu cikgu? Allahu luluh hati aku dengar,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Hatimu Sedingin Salju itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik pada Khamis.
Dalam pada itu, Zila turut berharap agar peluang pekerjaan dapat diperluaskan bagi meringankan beban buat mereka yang kurang bernasib baik.
“Mulalah terfikir kalaulah aku dapat bantu. Itu seorang! Berapa ramai lagi yang tak mampu adakan phone, tab dan laptop untuk anak-anak online dan belajar.
“Itu kita cerita pasal gajet. Wifi? Semua tu duit? Pada yang mampu tak rasa. Duit 80 keturunan boleh hidup. Pada yang tak? Itu baru cerita pasal pembelajaran anak-anak. Tak masuk yang lain lagi #kamiperlukerja,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Zila selain turut berharap agar pihak kerajaan dapat memikirkan solusi bagi permasalahan ini.
Sumber: Instagram Zila Bakarin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Andika Putera atau nama sebenarnya Muhamad Andika Putera, 27, menegaskan dia tidak pernah berlaku curang ketika dalam perkahwinan bersama bekas isterinya, Ananda Natasha.
Andika atau lebih mesra disapa Dika berkata, dia terkejuta pabila dituduh curang dengan pekerja dan isteri orang, sebelum ini.
“Untuk makluman semua, saya dan Natasha pernah bercerai pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, dan kemudian rujuk semula demi kebaikan anak kami, Alisha Puteri.
“Namun kami masih lagi tiada persefahaman sehingga masing-masing membuat keputusan untuk bercerai pada Disember tahun lalu. Penceraian ini juga berlaku secara baik dengan bekas isteri.
“Walaupun sudah bercerai, saya masih berusaha melakukan tanggungjawab sebagai seorang ayah sebaik mungkin seperti memberi duit nafkah anak dan duit mutaah setiap bulan tanpa gagal kepada Natasha selain menguruskan rawatan mata Alisha.
“Dan sepanjang berumahtangga dengannya, saya tidak pernah berlaku curang dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa.
“Ia satu fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dengan coach yang diperkatakan kerana dia sudah berkahwin dan perkara ini sangat mengaibkan untuk dia dan juga saya,” katanya.
Bagaimanapun Dika mengakui atas kekhilafan kata-katanya ketika menyampaikan seminar mengenai topik hubungan suami isteri, ia telah disalah tafsir dan dimanipulasikan individu-individu tidak bertangungjawab. Mereka juga telah dikenalpasti untuk diambil tindakan perundangan.
“Saya mengakui rasa khilaf sangat kerana penggunaan kata-kata saya berlebihan dan mesra terhadap coach itu. Saya memohon maaf atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
“Dan seperti biasa semua seminar saya akan dirakamkan untuk rujukan akan datang. Entah macam mana pihak yang dikenal pasti sudah memberikan video berkenaan kepada Natasha. Terus ia menjadi salah faham.
“Tak fasah-fasal saya dituduh curang selama 4 tahun tanpa bukti. Dalam kes ini, benar ia silap saya, tetapi seminar itu diadakan selepas saya bercerai, cuma disebabkan pihak ketiga menokok tambah, menyebabkan ia membina andaian terhadap Natasha ia berlaku sebelum bercerai,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Dika berharap dengan penjelasan yang diberi, isu skandal berkenaan tidak diperbesar-besarkan lagi kerana ia akan mengelirukan ramai pihak.
Dika juga menegaskan sekiranya ada pihak yang cuba untuk terus memfitnah dirinya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.
Sementara itu ada juga pihak yang terkesan dengan fitnah yang dilemparkan juga akan juga tampil membuat kenyataan media bagi menjernihkan keadaan yang tegang selain menghentikan tuduhan yang tidak masuk akal ini.
“Saya tidak mahu membuka aib mana-mana pihak. Kerana itu selama ini saya hanya menjalani kehidupan seperti biasa dan menguruskan komitmen harian saya.
“Cukuplah tuduh saya macam-macam. Hentikan atau sayaakan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan reputasi saya,” tegasnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!