“Jangan kita mengecam. Sebaliknya doa, cakap dan balas dengan benda yang baik-baik.”

Demikian pandangan pelakon, Ashraf Muslim selepas ditanya mengenai komen-komen keterlaluan netizen di media sosial berhubung konflik rumah tangga membabitkan mana-mana selebriti.

Ashraf, 40, yang kini menjalani kehidupan harmoni bahagia bersama dua isteri, Dr Noor Dayana Lokman serta isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi berkata, adalah lebih baik untuk beri teguran secara rasional supaya tidak menyakiti hati mana-mana pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FINAS Malaysia (@finasmalaysia)

“Saya berkata begitu sebab kita tidak tahu, kadang-kadang apa yang dikatakan itu boleh jadi satu doa juga. Bimbang akan terpalit kepada kita balik. Kadang-kadang kita lupa benda yang begitu.

“Jadi, kita kena sentiasa fikir positif sebab saya sendiri pernah alami situasi ini. Senang cerita, doa yang terbaik. Kalau nak menegur, tegur dengan cara berhemah jangan sampai menyakitkan hati.

IKLAN

“Supaya mereka yang terlibat berfikir ada lagi orang yang sayangkan mereka, boleh buat keputusan yang baik,” katanya.

Ditanya pengalaman sendiri pada peringkat awal proses poligami, Ashraf akui ia bukan sesuatu yang mudah.

“Susah… Kena tenang, sabar. Buat keputusan betul-betul. Kalau tidak tenang, tak sabar akan buat keputusan yang tak betul,” katanya.

Bapa kepada empat cahaya mata ini berkata demikian ketika ditemui sejurus Sesi Tayangan Filem Musyrik: Api Neraka Menantimu! Bersama Artis & Media di TGV One Utama, Petaling Jaya, pada Rabu.

IKLAN

Mengakui isu membabitkan keluarga adalah sesuatu yang privasi, Ashraf berpandangan soal tersebut sebaiknya tidak terlalu dikongsikan di media sosial.

“Kena Tenang, Sabar. Buat Keputusan Betul-Betul,” – Reaksi Ashraf Muslim Isu Poligami, Tak Perlu Cerita Terbuka Di Media Sosial Bimbang Buka Aib “Kena Tenang, Sabar. Buat Keputusan Betul-Betul,” – Reaksi Ashraf Muslim Isu Poligami, Tak Perlu Cerita Terbuka Di Media Sosial Bimbang Buka Aib

“Bagi saya benda-benda macam ni… fasal keluarga, simpan untuk kita sahajalah. Kalau kita asyik nak beritahu pada orang, kadang-kadang kita buka aib kita. Kita terlupa tu.

IKLAN

“Jadi senang ceritalah… kebahagian diri kita, kesusahan di dalam keluarga kita, apa sahaja hubungan dalam kaum keluarga kita, tak payah beritahu orang lain.

“Biarlah kita simpan, selesaikan masalah kita. Sebab takut nanti ada masalah lain pula yang timbul, yang kita tak tahu,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/mrZ4yobZESo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI