Sejak awal pagi tadi, tular di media sosial sepotong video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa menghina agama Islam dengan melabelkan Nabi Muhammad, Allah dan Islam dengan perkataan kesat.
Tindakan individu terbabit nyata mengundang rasa amarah di hati seluruh rakyat Malaysia.
Antara yang turut tidak ketinggalan memberikan reaksi terhadap isu ini termasuklah pelakon, Fizo Omar.
Menurut Fizo, dia menyifatkan tindakan individu ini sebagai keterlaluan dan perlu dikenakan hukuman yang setimpal agar perkara seperti ini tidak berulang lagi selepas ini.
“Saya rasa lelaki ini perlukan terapi mental. Orang mcm ni patut ‘diajar’. Melampau sangat. Pertama sekali, saya tertanya-tanya atas sebab apa dia nak memuat naik video macam tu. Nak cari perhatian atau cari pasal.
“Rasa geram lain macam tu bila dengar apa dia cakap pasal agama kita. Bangsa sendiri plak tu.
Ads
“Saya rasa pihak berkuasa patut ambil tindakan segera yang setimpal buat individu ini supaya lepas ni tiada dah orang kurang cerdik nak buat macam ni lagi,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Romeo Kota itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Sementara itu, pelakon dan penyanyi, Azza Elite berharap agar individu ini diberikan hidayah dan sedar akan perbuatan terkutuknya itu.
Katanya lagi, dia juga berasa bersalah seandainya membiarkan perkara menghina agama ini terus berterusan dan menjadi trend di dalam masyarakat kita.
Ads
“Semoga bertemu hidayah Allah Mati x kira muda tua tuan. Rasa bersalah dgn Allah dan Rasulullah SAW kalau membiarkan terus Tuhan ku dan Rasulullah SAW serta Islam agama ku di hina. AllahuAkbar
“Semua nabi terdahulu, Allah SWT berikan doa yang mustajab buat mereka. Bagaimanapun, doa itu sudah digunakan melainkan Rasulullah SAW.
“Baginda simpan doa khasnya itu untuk memberi syafaat kepada umatnya pada hari kiamat. Takbir,” ujarnya di Instagram.
Ads
Terdahulu, memetik laporan Kosmo Online, individu terbabit telah ditahan polis sebentar tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, suspek yang berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
“Suspek ditangkap di sebuah rumah di Batu 8, Bukit Kuchai, Puchong oleh pasukan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman,” katanya seperti yang dipetik.
Jelasnya lagi, kes disiasat dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar, Azza Elite & Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah sedikit tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta sekitar jam 12:40 tengah hari bagi mendengar laporan poses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas suaminya Aliff Aziz enggan melafazkan cerai pada April lalu.
Difahamkan kelewatan Bella itu disebabkan dia baru tiba di Malaysia dari Jakarta pagi tadi atas urusan kerja.
Bella yang hadir mengenakan jubah berona hijau dan ditemani keluarga berharap prosiding keputusan laporan Jawantakuasa Pendamai (JKP) hari ini berlangsung dengan baik.
“Bella dah lambat, tunggu Bella keluar nanti, doakan yang terbaik. Insya-Allah,” katanya ringkas.
Sementara itu, Aliff pula tiba di mahkamah jam 12.25 tengah hari sambil diringi dua orang pengawal peribadi dan bapanya.
Ketika disapa media, Aliff memaklumkan keadaannya baik-baik sahaja.
Pada prosiding hari, Peguam syarie mewakili iaitu Azmi Mohd. Rais memaklumkan kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat dan mahu menyelesaikan isu ini secara baik.
Sebelum ini, Bella telah memfailkan cerai secara ekspress di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Mac lalu kerana tiada lagi perasaan sayang.
Semasa perbicaraan kedua prosiding cerai pada 4 April lalu, Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella dengan alasan masih menyayangi isterinya itu.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016. Mereka pernah bercerai talak satu pada April 2020 namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, usahawan dan pelakon popular, Nur Fazura memuat naik sekeping foto di Instagram seperti sedang berurusan di sebuah balai polis yang nyata mencetuskan tanda tanya di kalangan pengikutnya.
Dalam hantarannya itu, Fazura turut merakamkan ucapan terima kasih buat pihak Polis Di-Raja Malaysia.
“Terima kasih PDRM Malaysia. #tegasadildanberhemah,” tulisnya.
Terbaru, menerusi posting di ruangan Instagram story juga, Fazura turut berkongsi mengenai keadaan kakinya yang cedera dan terpaksa dibalut.
Jelas pelakon filem, Pisau Cukur ini lagi, kakinya itu dikatakan tercedera akibat terlanggar besi lampu.
“Sakit juga kaki ya bila terlanggar besi lampu. Kaki jadi macam hantu mummy dah,” kongsinya lagi.
Bagi menjawab spekulasi ramai, Fazura menjelaskan urusannya di balai polis pada Sabtu bukannya disebabkan kecederaan di kakinya itu sebaliknya dia sedang menguruskan hal yang lebih berat.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu tidak mengulas lanjut mengenai hal tersebut.
“Sedikit pencerahan sebab ramai ingat ni sebab kaki Faz yang cedera terlanggar besi lampu. Tapi bukan tau.
“Ini kes yang lebih berat. Kita serahkan ke hadrat Allah SWT dan kepada PDRM,” kongsinya di Instagram stories.
Malah, Fazura turut menyerahkan hal tersebut kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan.
Sementara itu, para pengikutnya pula turut mendoakan semoga segala urusan Fazura sentiasa dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Mustaqim Bahadon kini dilihat sudah mulai terbuka untuk berkongsi mengenai teman rapat yang dikenali sebagai Allysa Zulkarnain.
Foto berkenaan dimuat naik Mustaqim menerusi akaun Instagram sewaktu menghadiri makan malam romantis bersempena hari lahir si dia pada Khamis.
Dalam pada itu, Mustaqim turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana telah dipertemukan dengan wanita tersebut.
“I’m so glad you came into the world, and I’m even more glad you came into my world.
“Happy birthday, sweetheart,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pasangan tersebut.
Terdahulu, Mustaqim difahamkan bakal tampil menerusi drama terbaru berjudul Cinta Sekali Lagi yang akan mula ditayangkan pada 4 November depan di slot Akasia TV3 jam 6.00 petang.
Selain Mustaqim, drama ini turut dibintangi ramai pelakon hebat lain antaranya Nalydia Senrose, Saharul Ridzwan, Hannah Delisha dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Mustaqim Bahadon
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...