Sudah menjadi trend di kalangan artis baru yang memberi nafas semula terhadap lagu-lagu yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu.
Beberapa percubaan yang dilakukan artis BBNU sebelum ini ada yang dilihat berjaya dan ada juga sebaliknya.
Diminta mengulas mengenai trend tersebut, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengatakan dia tidak mempunyai masalah sekiranya ada mana-mana penyanyi mahu menyanyikan semula lagunya.
“Saya tak menghalang bila orang nak menyanyi semula lagu saya. Saya suka kalau ada mereka nak cuba nyanyi dengan cara mereka tersendiri, tapi perlu hati-hati juga sebab kadang-kadang yang sangat sensitif adalah peminat-peminat serta orang yang menilai nyanyian dia.
“Sudah tentu saya nak orang nyanyi lagu saya dengan baik dan bagus, itu sahaja.
“Sama juga dengan kalau saya nak nyanyi lagu-lagu artis lain yang memang popular atau idola saya. Saya mesti nak (kena) hormati karya mereka.
Ads
“(Yang penting) yang kita nyanyikan itu, kita tahu macam mana nak hormat karya orang lain,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, sebagai penyanyi yang lebih senior, Siti turut memberikan pesanan kepada pendatang baharu untuk pergi ke kelas vokal dan kerap membuat latihan sebagai persiapan untuk menyanyikan lagu mereka secara ‘live’.
“Walaupun sudah biasa menyanyi, tapi apabila ada satu lagu yang memang tiba-tiba meletup dan kena menyanyi ‘live’, perasaan gementar memang tinggi. Jadi, kalau artis baru dia kena hadapi perkara ini dengan tenang.
Ads
“Memang betul kita sudah menyanyi sedap dalam studio. Orang nak dengar kita nyanyi ‘live’ tu lebih sedap atau sebaliknya.
“Memang kena bersedia mental fizikal… jadi, kena selalu berlatih untuk melancarkan setiap nyanyian.
Ads
“Tak salah ke kelas vokal. Kadang teknik nyanyian kita tak belajar dan apabila sudah belajar baru kita tahu teknik yang boleh membantu nyanyian kita,” kata Siti lagi.
Sementara itu, Siti bakal menjayakan konsert amal, Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza yang akan berlangsung pada 5 dan 6 November depan di Dewan Planery, KLCC.
Konsert yang turut menampilkan penyanyi jemputan khas, Datuk Awie itu bertujuan untuk mengumpul dana yayasan amal, Yayasan Nurjiwa yang diasaskan oleh Siti bersama Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Semua hasil jualan tiket showcase itu akan disalurkan kepada yayasan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan popular David Beckham dan Victoria Beckham merupakan antara pasangan selebriti antarabangsa yang dikenali begitu rukun dalam menjaga rumah tangga mereka. Dengan usia perkahwinan yang sudah mencecah 23 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Dalam satu temu bual bersama River Café Table Podcast, bintang bola sepak ini mendedahkan yang isterinya itu makan menu yang sama sahaja sejak 25 tahun lalu ketika mereka mula-mula berkenalan.
David yang merupakan seorang penggemar dan kerap bereksperimentasi dengan makanan berkata, “Saya boleh berperasaan emosional tentang makanan dan juga wine, apabila saya makan sesuatu yang hebat saya mahu orang lain juga menikmatinya.
“Malangnya saya berkahwin dengan orang yang hanya makan menu yang sama selama 25 tahun. Sejak saya kenal dengannya, dia hanya makan ikan bakar dan sayur kukus. Jarang sekali dia tersasar dari makan menu tersebut.”
David menambah lagi yang isterinya ini hanya pernah sekali sahaja makan makanan dari pinggannya ketika mengandungkan anak bongsu mereka, Harper Seven.
Kongsinya, “Ada sekali sahaja dia berkongsi makan makanan yang ada di pinggan saya. Ketika itu dia sedang mengandungkan Harper dan ia merupakan perasaan yang paling menakjubkan. Saat itu merupakan petang kegemaran saya. Apa yang pasti, dia tidak lagi makan menu tersebut sejak itu.”
Victoria atau popular dengan gelaran Posh begitu menjaga pemakanannnya untuk mengekalkan bentuk tubuh dan menjaga kesihatan. Dia sebelum ini pernah mengakui yang tidak makan makanan yang dimasak menggunakan minyak, mentega atau sos. Ahli kumpulan Spice girl ini juga tidak makan daging merah dan makanan berasaskan tenusu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Drama, Bougainvillea lakonan mantap Nora Danish dan Beto Kusyairy telah pun melabuhkan tirainya pada Rabu.
Hasil pemerhatian MH, rata-rata peminat dilihat amat berpuas hati dengan jalan cerita episod terakhir drama berkenaan.
Terbaru, suami kepada Nora, Mohammad Nedim Nazri dilihat ada memberikan reaksinya ketika menonton babak persandingan diantara Nora dan Beto.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Nedim atau lebih mesra disapa Boss Ned secara berseloroh menegur Beto yang dilihat amat gembira melakonkan babak berkenaan.
“Bahagia ye kau Adrian,” selorohnya.
Melihat entri tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh Beto;
“Hahaha ini semua permainan fantasi ni @boss_ned. Buat suami yang pasang angan-angan, jangan harap,” balasnya.
Terdahulu, drama 15 episod ini merupakan karya arahan, Ayie Mustafa yang ditayangkan di slot Samarinda, TV3.
Selain Nora dan Beto, drama ini turut dibintangi ramai pelakon hebat lain antaranya Intan Ladyana, Hanna Aqeela, Umar Hisyam dan ramai lagi.
Bersikap profesional pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih sinonim dengan panggilan Jejai dipuji netizen.
Baru-baru ini mereka telah menghadiri satu majlis keramaian di mana kedua-dua anak mereka, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima melakukan persembahan khas di sekolah.
Gambar tersebut menyaksikan Fasha dan Jejai duduk bersebelahan dan memberi sokongan kepada kedua-dua anak mereka itu.
Selain itu, Fasha juga sempat merakam gambar bersama mereka empat sekeluarga.
“Penceraian~ tidak bermaksud kita harus membenci. Lakukan yg terbaik demi anak2 kecil yg tidak berdosa, agar anak2 membesar dlm suasana penuh kasih sayang. Walauapa juga kisah disebalik Penceraian rumahtangga biarlah hanya org dewasa, krn minda mereka tidak berdaya memikirkan soal masalah”, tulis Fasha.
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.