Penerbit drama popular era 90-an , Mohd Noor Kadir, 69, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser prostat tahap empat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 1.57 pagi Jumaat.

Memetik Berita Harian, berita pemergiannya disahkan sahabat baiknya yang juga produser terkenal, Datuk Yusof Haslam yang terkejut mendengar sahabat baiknya itu telah pulang ke rahmatullah.

“Arwah menjalani pembedahan jantung, bulan lalu. Arwah sudah balik rumah, namun, dikejarkan ke HKL semula selepas jantungnya bengkak.

Penerbit Drama Cinta Antara Benua, Cinta Korporat, Mohd Noor Kadir Meninggal Dunia

“Jumaat minggu lalu, saya ada melawatnya. Keadaannya agak lemah, tetapi masih boleh melayan saya berbual.

IKLAN

“Ikutkan, saya mahu melawat arwah hari ini (Jumaat), saya memang tergerak hati nak menjenguknya lagi.

“Namun, Allah lebih menyayangi arwah. Isteri, Datin (Patimah Ismail) mengejutkan saya selepas mendapat panggilan telefon daripada anak arwah kira-kira jam 2.15 pagi,” katanya.

IKLAN

Yusof berkata, dia diberitahu arwah juga berdepan beberapa komplikasi selepas menjalani pembedahan jantung.

“Minggu lalu, arwah dikejarkan semula ke HKL disebabkan jantung bengkak, kemudiannya paru-paru berair.

IKLAN

“Terbaharu, arwah disyaki mengalami kanser prostat tahap empat, sebelum meninggal dunia,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Mohd Noor yang merupakan Pengarah Urusan Kuasatek Picturers pernah menerbitkan drama popular seperti Cinta Korporat, Marabbuka, Cinta Antara Benua, Cinderella, Romeo & Juliet, Salam Taj Mahal dan Kama Sutra pada era 1990-an termasuk dua buah filem popular iaitu Mr Cinderella 1 & 2.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI